Shopping - Jutawan di New Delhi Part 2

by - December 14, 2012

Hah mesti ramai yang suka shopping kan? Yer ako jawab semestinya ..ia adalah wajib bagi kaum wanita bab kata kak Reen "Shopping is a MUST". begitulah serasinya shopping dan wanita..selari dan saling memahami.antara satu sama lain.



Ok Taknak citer lagi tempat bersejarah yang ako dah jajah selama di India, skang kita citer pasal shopping/beli belah dulu ok. Apa yang best ape yang murah dan ape yang menarik perhatian untuk korang melaburkan segala fulus2 yang telah ditukar kepada note RUPEE...damn.....Very cheappppppppp!!!!!...

Janpath Market

Pasaran Janpath terletak bertentangan dengan Connaught Place yang terkenal, di New Delhi. Ia amat sesuai untuk membeli barang-barang fesyen terkini pada harga yang sangat sangat murah. Bajet yang berbaloi adalah di , Janpath Market. Ini adalah salah satu tempat di ibu kota, di mana korang akan menemui lebih banyak pembeli asing daripada pembeli India. Terdapat beberapa kedai kedai dan tapak tapak jualan juga di sini. Walau bagaimanapun, shopping di jalan Jan, New Delhi adalah yang terbaik di antara kedai2 di luar sini.. (betul very cheapppp)

Satu perkara yang perlu diingat semasa membeli-belah di Janpath adalah aktiviti  tawar-menawar seberapa banyak yang korang  boleh.( Ko berani tawar berapa sahaja sampai kesudahannya penjual akan setuju dengan harga permintaan yang telah korang mintak) jangan tak percaya kalau satu harga barang tu  Bermula dari harga RM30 bila time tawar menawar harga akan merundum ke RM5 seunit. Yer betul tak caya?? Tolong lah percaya sebab ini benar benar terjadi kepada ako. Tiada had kepada bagaimana rendah korang boleh dapatkan harga.. Sebahagian daripada barang-barang yang paling popular di pasaran Janpath adalah:

pakaian etnik
Harian-memakai Pakaian (kanan dari skirt jeans t-shirt dan sebagainya)
Barang Kemas Junk
Barang Kemas perak
Kasut Kulit (Jutis, Mojris, Kohlapuris, dll)
Linen dihiasi
kapas Pakaian
Lukisan warna sayur-sayuran Terengganu
Barang Kemas tiruan
Artifak India dan Permaidani
CD dan DVD
Perabot
Item hiasan







balik hotel try test pakai sendiri plak.

Ni lag suasana pasar janpath pada waktu malam, sekali tengok cam pasar malam ok. tapi diorang berniaga dengan harga yang sape2 mampu milik, even barangan silver diorang pun sangat2 murah. Kalau kat KL memang ko tak dapat lah harga cenggitu murah kan.






Chandni Chowk

Kalau korang sampai ke New Delhi, atau cuba google tempat-tempat shopping di New Delhi...mesti nama Chandni Chowk nie akan jarang-jarang muncul. Even, kalangan tour operator di New Delhi yang selalu bawak pelancong ke sini pun akan cuba mengelak dari memandu korang ke Chandni Chowk. Pada hal jarak antara Chandni Chowk denganRed Fort bukanlah jauh sangat. Tapi, memang patut pun kalau tourist guide tak bawak pelancong ke tempat yang nak aku ceritakan nie.





AMARAN: Chandni Chowk bukan tempat shopping bagi mereka yang bergelar mak Datin or mereka yang hard core dalam bidang membeli belah di arena shopping kompleks. Tempat ini hanya menerima pengunjung yang bercita rasa unik pada produk-produk yang aku rasa cukup eksotik. Hanya mereka yang berhati cekal dan sanggup mengharungi situasi-situasi yang jarang-jarang boleh dialami di negara kita boleh dilihat di sini.

Betul yang ni ako memang xkan tipu korang. bagi sesape yang kurang gemas untuk sebarangan meronda tanpa hala tuju dan mencari barangan yang ada class gitu ini tempat yang salah untuk dilawati. Kenapa? 

Chandni Chowk sebenarnya sebuah pasar borong barangan yang sudah wujud sejak zaman pemerintahan Shah Jahan (Moghul) lagi. Terletak di kawasan bandar Old Delhi berhadapan dengan Red Fort, ianya adalah sebuah lorong yang akan menerima kepadatan manusia pada setiap hari. Paling menakutkan pada hari Jumaat. Jumlah pengunjung boleh mencecah sejuta orang !!! Pada bulan Ramadhan...berjuta. Pada musim sebelum Diwali...pun berjuta. Apa tak nya kepadatan penduduk Old Delhi sahaja sudah mencecah 7 juta orang. Old Delhi nie pun bukannya besar sangat. Kecik sikit jer dari bandar Kuala Lumpur.
Apa yang menariknya di sini ? Aku tak taulah orang lain...Tapi, pada aku...kalau ada kesempatan Chandi Chowk nie tempat yang cukup menarik untuk dilawati. Namakan saja apa yang korang cari di

India...pastinya akan dapat di sini. Sari (dari cotton sampailah ke sutera), perkakas dapur, pinggan mangkok (dari fine bone biasa sehinggalah ke tahap Noritake), kain, dan macam-macam lagilah...Makin menarik lagi, harga di sini buat korang rasa segan nak melakukan adegan tawar menawar. Memang murah dan berbaloi kalau dapat jumpa barang yang menjadi idaman hati.



Seperkara lagi yang menjadi tarikan di sini, persekitarannya. Korang akan berasa seakan berada di zaman tahun 60an. Atau mungkin lebih lagi. Dari struktur bangunan, keadaan sekeliling dan budaya yang mereka lalui di sini seakan kita tak percaya dalam keadaan dunia era cyber masih ada yang mengamalkan cara hidup masyarakat dahulu kala. Ada kedai yang sudah beroperasi sejak tahun sebelum India merdeka lagi, dan masih mengamalkan warisan sistem sejak itu lagi. Jadi, jangan pelik kalau ke sini kita akan berjumpa dengan barangan lama yang mampu mengimbau ingatan dan kenangan kita bersama dengan nenek atau atok kita dizaman kecil kita. Pelita, lampu minyak tanah, seterika arang, pam air, telefon (yang jenis kalau nak dail kena pusing-pusing tu), jam klasik (masih berfungsi lagi) dan macam-macam barangan pada mata kita antik tetapi nampak baru (memang baru pun) dan berfungsi dengan baik berada di sini. tapi untuk sampai ke setiap kedai kedai ini korang punya mental kena fit, fizikal pun kena fit..paling teruk lagi jika korang bagus dalam mengawal sistem penafasan. Ini kerana budaya mereka kencing merata, tidak kira lah dimana sahaja korang lalu akan kelihantan sekumpulan atau seorang dua lelaki sedang memancut (kecing) kearah dinding atau mane mane tempat sahaja. Mungkin tak mampu bertahan kat situ gak diorang akan kencing..burok betol perangai dorang.Manusia yang akan kelihatan seperti ulat ramainya. Masuk saja ke lorong Chandi Chowk, nah...baunya mungkin korang takkan tahan. Maklumlah, budaya kencing merata orang sini memang membuat kita geli geleman nak menjelajah lebih jauh Chandi Chowk. Teruk betul diorang nie.



Tetapi, kalau korang sanggup meredah segala cabaran di sini...Chandi Chowk mampu memberikan kelainan dan pengalaman lain yang tak pernah kita alami. Dari segi kualiti dan dibandingkan dengan nilai harag yang ditawarkan oleh si penjual buat korang rasa..."Apsal duit aku banyak lagi nie ?". Itu salah satu keistimewaan Chandi Chowk.

Nasihat dari aku: andai ada yang berhajat mahu ke Chandi Chowk. Pastikan pakai pakaian yang biasa-biasa sahaja. Jangan bagi nampakkan kita nie sebagai tourist sangat. Duit kena jaga dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Budak-budak tidak digalakkan sama sekali untuk dibawa ke sini. Sila pastikan korang membawa duit kecik yang banyak. Jangan bawa duit note besar. DAN, jangan sesekali percaya bila ada penduduk tempatan yang cuba-cuba datang menghampiri dan cuba menjual barang pada korang atau mengoffer nak jadi tour guide atau sapa-sapa pun yang datang menghampiri korang jaga-jagalah dengan mereka.

You May Also Like

8 Comments

  1. alamak. macam tengok rancangan unsung places pula. hehe...comelnya comel pakai sari
    dah la putih macam heroin bollywood
    tapi bab hygiene , rasanya negara mereka mmg kurang banyak lah kan dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe- comel pun bila baca post ni balik da terasa cam tinjauan majalah 3 ke negara asing la plak..panjang betul huraian tapi nak buat camne mmg itulah yang sebenar keaadaan disana..

      hahah heroin boliwud kalau cmtu nak pilih preety zinta lah ekekekek

      Delete
    2. takpe. panjang pun takpe. itu pun rasa cam x puas je baca
      sbb x pernah jejak lagi jadi bila baca pengalaman yg comel tulis rasa best sangat kan preety zinta kan. hehe

      Delete
  2. lawak la baca review comel. hehe.. suka momoy baca. kalau awal2 tahu comel nak ke sana shopping , nak je kirim rantai silver yang buahnya comel2 dan simple. hehe...mesti murah giler

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh momoy pun suka rantai silver ek..comel suka gelang kaki..lagi banyak loceng lagi comel suka..hahah gelang kaki silver la yang paling comel banyak borong ekekek....kalau cakap awal2 boleh cml belikan ..sebab harga2nya very da cheeeaaapppppp!!!!....

      Delete
    2. hehe...takde rezeki la tu
      biasa la sekarang ni busy
      nak blogging terpaksa korban masa tido
      tapi semangat blogging nye pasal
      seminggu tu harus jugalah =)

      kat sana gelang kaki mesti banyak kan.
      cerita diarang kan kalau xde gelang kaki mcm x sah pula kan =)
      nnt update barang dear shopping tau

      Delete
    3. yela momoy same la..tp comel kes malas je..

      yup kt india sgt2 byk glng kaki yg sgt2 bnyk loceng super cute sweet n segalanya la..nk update psal ape yg cml shopping byk yang ..dahtu plak brg da slamat distributed hahahs

      Delete
  3. salam tahun bary... memang best blog u..feel free to visit n follow maw back.. www.azlinsafena.com tq

    ReplyDelete

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.