Korea Eps 1
(6 December - 11 December 2013) Destinasi percutian kali ini tahun ini adalah Korea yer Tuan
Puan. Yer Kampung halaman si Lee Ming Hoo ataupun Jo in Sang kalau gamaknya
korang tak kenal jugak Tempat tinggal ahli keluarga Running man. Hah!! Dan dan
je trus ingat kan..mentang-mentang lah rancangan tu fofuler.
Bertolak dari KLIA airport pukul 12 tengah malam,
penerbangan mengambil masa dalam 5jam, Dan akhirnya sampai di Incheon Airport
pukul 7.10pagi. No Flight yang aku naik masa tu KE672 (Korean Airline)
Semestinya stewardess dorang cun melecun kulit putih mulus lagi licin tinggi
dan jugak kurus ramping. Baru naik flight dah fefeeling Kpop.
Sampai je kami di sana disambut mesra oleh oppaonni tour
guide yang bakal jadi our navigator sepanjang tempoh percutian. Miss Ahjuma
Miki and lagi sorang mamat kpop tu tak hingat nama dia ah tapi muka memang
jambu lah. Hah baru ingat oppa Ricky. Quite handsome la jugak.
Breakfast dulu dengan donut dan juice dan seterusnya kami
dibawa berjalan
di mana istana terbesar dan utama diantara
5 istana lain. Dan National Folklore Museum. Untuk sampai ke sana pakcik
bas tu bawak kitaorang jalan jalan pusing Bandar Seoul pass by Presidential
Blue House. Aduhai tak boleh nak kata apa apa sebab permandangan kat sana
sangat lah cantik, dengan suhu sejuk boleh tahan dan warna pokok pokok dan daun
daun kat sana merah dan kuning keemasan buatkan sesiapa yang tengok akan
terpegun. Terdetik terus kat hati ni alangkah seronoknya kalau Malaysia ada
musim macam ni. romantic view.
Lunch kami makan kat Halal Restaurant (style India Buffet)
Dah kenyang kenyang kami terus lah check in Hotel. (Soeul Palace Hotel 5*****).
Setelah itu bermula lah journey kami ke destinasi yang bakal aku ceritakan.
Best jugak sebab akhirnya dapat lah kiranya aku belajar cara
penyediaan kimchi, selama ni duk gila layan korea movie memang lansung lah tak
tau macam mana kimchi di sediakan. Kimchi lebih sinonim dengan kobis bunga yang
mana cara penyediaannya memerlukan tempoh tuaian. Makna kata kobis tu di basuh
dan disapu dengan rempah ratus yang pedas menyengat semuanya dan diperam
sehingga matang. Dan aku dapat tau lagi lame ia di perap lagi sedap rase kimchi
tu. (memang budaya masyarakat korea segala sayur ikan atau ape sahaja diperap
berbulan bulan atau makan tahun) menjadikan ia makanan asasi mereka. Bayangkan
akar pokok pun boleh dijeruk,perap untuk dimakan. (hebat). Dari segi rasa aku
sangat suka sebab ada rasa pedas pedas. Kira kena tune lah ngan lidah aku yang
sukakkan makanan pedas.
Pakaian tradisi
masyarakat korea, cantik dan sopan je baju diorang, inilah pengalaman pertama
kali dan tak kan dilupakan sebab boleh
sarung Hanbok ni. Azriel pun dapat sarung..heheh so cute..(puji anak sendirilah
plak). Asal usul Hanbok (Korea Selatan) atau Chosŏn-ot (Korea Utara) adalah pakaian tradisional masyarakat Korea. Hanbok pada umumnya memiliki warna yang
cerah, dengan garis yang sederhana serta tidak memiliki saku. Walaupun secara
umumnya "pakaian orang Korea", hanbok zaman kini
"pakaian gaya Dinasti Joseon" yang biasa dipakai secara formal atau
semi-formal dalam perayaan atau festival tradisional.
Setelah
selesai kami ke
N Seoul Tower adalah menara komunikasi dan observasi yang
dibangun di atas Gunung Namsan di pusat kota Seoul. Dibangun pada tahun 1969
dan terbuka untuk publik tahun 1980. Menara ini sudah menjadi simbol untuk
Seoul, dengan tinggi 236,7 meter (777 kaki) atau 479,7 meter (1,574 kaki) di
atas permukaan laut.
Menara ini juga disebut dengan nama Namsan Tower atau Seoul
Tower. Setelah pemilik aslinya merger dengan CJ Corporation, maka namanya
diganti jadi N Seoul Tower (nama resmi CJ Seoul Tower).
2 Comments
BEST NYE! Hope one day dapat g sana dgn hubby:)
ReplyDeleteInsyaa Allah leeya one fine day.. saya pun doakan ok
DeleteBismilahirohmanirrohim