Detik Penting Perkembangan Bayi.

by - February 12, 2014

 Pertumbuhan gigi





Pertumbuhan gigi bukan suatu tahap perkembangan yang dicapai oleh bayi sekaligus. Peralihan dari senyuman bergusi ke sebuah mulut penuh dengan gigi adalah perjalanan yang akan mengambil masa tiga tahun pertama anak anda.

Perjalanan itu bermula dari dalam rahim lagi. Ketika anda mengandung, kudup gigi bayi anda telah berkembang. Ini ialah asas bagi gigi bayi (juga dikenali sebagai gigi susu). Kudup-kudup itu akan menembusi permukaan gusi di antara usia tiga bulan dan 12 bulan.

Kemunculan gigi pertama adalah tanda yang menunjukkan bayi anda sedang membesar. Anda biasanya akan melihat gigi pertamanya pada sekitar usia enam bulan. Ketika ini jugalah biasanya diet si kecil mula merangkumi makanan pejal.

Apabila dia mencapai usia tiga tahun, dia sudah ada mulut yang dipenuhi gigi yang dia boleh berus (dengan sedikit bantuan daripada anda) – satu langkah asas ke alam penjagaan diri.




Azriel jugak melalui detik terindah ini. Mana tak happynya bila gusi anak kesayangan mula ditumbuhi gigi. Excited bukan? Dalam kepala lepas ni takdalah gigih sangat nak lenyek sampai hancur food untuk bagi Azriel makan.

Tau tak setiap kanak kanak akan mengalami demam. Kata orang tua tua demam membeli katanya. Dimana untuk setiap perbuatan atau aktiviti si anak dapat harus melalui demam. Contohnya Azriel Demam panas tempoh hari suhu mencecah  40 cel. Ibubapa mana tak susah hati, Alhamdulillah walau demam panas yang tinggi tapi anak mommy masih mampu senyum dan makan. Punca dari demam panas tu rupanya dia nak tumbuh gigi kapak (gigi pertama aka gigi susu depan). Ada setengah kanak kanak akan demam untuk setiap perbuatan yang akan die buat. Seperti minggu lepas Azriel dapat demam panas balik, tapi satu hari je rupanya demam nak berjalan. Susah nak mengagak setiap perbuatan kanak kanak adalah berbeza bergantung pada pertumbesaran kanak kanak tersebut.
Merangkak



 Masa nilah Azriel demam panas dan aku terpakse vogelkan die dengan hanya pakaikan dia pampers semata. Semalaman Azriel tido vogel bersama mommy atas tilam basah. Mommy pun terpakse lah berseluar pendek dan baju xda lengan memandangkan bilik dipasangkan aircond 16 dan kipas 4(volume) untuk cepatkan proses penurunan suhu demam.


Aktiviti merangkak membantu anak anda menguatkan otot-ototnya supaya boleh berjalan dan ia adalah kaedah terawalnya untuk bergerak sendiri. Untuk cara merangkak tipikal, mula-mula dia akan belajar mengimbangkan diri atas tangan dan lututnya. Kemudian dia akan mendapat akal untuk bergerak ke depan dan ke belakang dari postur ini dengan mendorong dirinya dengan menggunakan lutut.

Bila ia berkembang
Kebanyakkan bayi belajar merangkak di antara usia enam dan sepuluh bulan. Tetapi sesetengah kanak-kanak langsung tidak merangkak, sebaliknya memilih untuk bergerak dengan mengheret punggung, melata atas perut, atau terus maju ke tahap menarik badan naik, berdiri dan berjalan. Kepentingannya ialah mencapai pergerakan, tak kira caranya anak anda mencapainya.

Bagaimana ia berkembang

Aktiviti merangkak biasanya berlaku selepas seseorang bayi itu boleh duduk tanpa bantuan, -- ramai kanak-kanak mempunyai kebolehan ini bila mereka mencapai usia enam atau tujuh bulan. Selepas takat ini, dia boleh mengangkat kepalanya untuk melihat sekeliling, serta otot-otot lengan, kaki dan belakangnya cukup kuat untuk mengelakkannya terjatuh ke lantai bila dia berada di atas tangan dan lututnya.

Selama beberapa bulan berikutnya, bayi anda akan belajar meningkatkan keyakinannya untuk bertukar dari posisi duduk ke berada di atas tangan dan lututnya, dan dia akan sedari bahawa dia boleh mengayunkan badan ke depan dan ke belakang bila anggota badannya ditegakkan serta badannya berada selari dengan lantai.

Sekitar lebih kurang usia sembilan atau sepuluh bulan, dia akan menyedari bahawa menolak menggunakan lutut akan memberikan pendorong yang diperlukan untuk bergerak. Sementara dia meningkatkan kemahirannya, dia akan belajar kembali ke posisi duduk dari posisi merangkak. Dia juga akan menguasai teknik untuk merangkak bersilang: menggerakkan lengan dan kaki yang bertentangan bila dia bergerak ke depan, dan bukannya menggunakan tangan dan kaki dari sebelah yang sama. Selepas itu, ianya cuma memerlukan latihan sehingga mencapai kesempurnaan -- lihatlah anak anda menjadi betul-betul cekap merangkak bila dia mencapai usia satu tahun.


Untuk Azriel, genab je 5bulan dia dah boleh merangkak dan duduk sekaligus. Dan sepanjang tempoh 6bulan onward dia dah mula pandai merangkak secara laju duduk bangun tanpa bantuan. Cepat bukan? Rezekilah kalau anak cepat. Tak tau lah bila boleh bercakap plak sebab sekarang ni Nampak gaya Azriel lebih suka menjerit nyaring dalam rumah.

Perkembangan bayi anda pada usia 9 bulan

Dan sekarang Azriel dah Sembilan(9) bulan. Nampak gayanya dia dah mula pandai bertatih. Memang Nampak kelakar bila die berdiri berpaut pada sesuatu dan akhirnya jatuh setelah 2,3 langkah. Tapi bagi mommy ia kelihatan sangat comel. Rasanya lagi 2 ke 3 bulan Azriel dah boleh berjalan. Walau tak laju tapi rasanya lepas nih mommy kena sediakan kasut dan selipar untuk Azriel guna.





Hampir berjalan



 Bayi yang berusia sembilan bulan semakin hampir untuk berjalan sepenuhnya. Pada usia ini, dia mungkin akan boleh merangkak naik tangga dan berjalan-jalan (meronda-ronda dalam posisi tegak sambil memegang perabot). Sesetengah bayi yang berusia sembilan bulan mungkin sudah boleh mengambil beberapa langkah ke depan - dengan dibantu.

Bayi anda juga belajar bagaimana untuk membengkokkan lututnya dan bagaimana untuk duduk selepas berdiri (satu perkara yang lebih sukar untuk dipelajari daripada apa yang dijangkakan!). Anda boleh membantu bayi anda dengan berdiri atau melutut di hadapanya dan menghulurkan tangan anda sebagai galakan, sambil memegang kedua-dua tangannya dan membuatkannya berjalan ke arah anda atau dengan membeli mainan membantu bertatih atau alat yang serupa dengannya yang mana bayi anda boleh pegang dan tolak (cari alat bertatih yang stabil dan mempunyai tapak yang lebar.)

Menyediakan rumah anda supaya selamat untuk kanak-kanak adalah suatu kemestian sekarang. Anda boleh mulakan dengan meletakkan selak pada pintu almari yang dilarang untuk dibuka oleh bayi -- selalunya bayi suka bermain dengannya.

Kasut? Belum lagi

Apabila bayi-bayi mula berdiri dan berjalan, kebanyakan ibu bapa akan tertanya-tanya jika perlu memakaikannya kasut. Sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar kawasan rumah, kebanyakan pakar-pakar merasakan ianya tidak perlu.

Berkaki ayam/berjalan tanpa kasut bukan hanya menguatkan otot tapak kaki dan kaki tetapi juga memudahkan bayi anda menyeimbangkan diri apabila kakinya bebas merasakan semua tekstur permukaan jalannya. 

Esok 13/2/14 (Genab 10 Bulan usia anak Mommy)

Perkembangan yang bakal Azriel tempuhi untuk tempoh usia 10 bulan mengikut kata pakar.


Melakukan pergerakan yang lebih banyakKetika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini.

Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan.

Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga. Semasa berada dalam posisi berjalan, dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri.

Langkah-langkah pertama yang menakjubkan ini sebelum dia mencapai perkembangan penuh – yang akan memberi anda senaman yang cukup! – akan tiba tidak lama lagi.

Memegang dengan jari-jemarinyaJari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik.

Personaliti yang berkembangPersonaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu.

Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya. ( ini memang kerap terjadi pada Azriel bila masuk mall)

Menangani ketakutan bayi anda


Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya.

Bercakap dengan bayi anda yang ‘bermulut murai’

Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta "baubau," ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, "Adakah kamu mahu minuman?"

Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul.

Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah "Oh, ya ke? Pandainya." Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu.

Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, "Sekarang, mommy nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman." Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk "selamat tinggal") supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas.

Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan "mama" apabila memandang anda dan "dada" apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan).

Adakah bayi saya membesar dengan normal?


Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut jadualnya tersendiri. Kemahiran-kemahiran yang telah menjadi piawai merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, mungkin anda akan mendapati bahawa bayi anda akan mengambil sedikit masa sebelum dia boleh melakukan perkara yang sama seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Jangan risau, kebanyakan doktor menilai perkembangan kanak-kanak pramatang dari waktu dia sepatutnya dilahirkan dan menilai pencapaian kemahiran tertentu sewajarnya.



You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.