Bawa Azriel kenali haiwan di Farm In The City

by - May 06, 2014




Ok kali nih terajin nak update plak, Maklum lah dah kerap beriadah ngan family kan. Pada cuti 1 Mei lepas, en asben ada ajak pegi zoo. Katanya zoo yang ni bukan kat Ulu Klang tu tau, yang ni zoo yang baru bukak kat Seri Kembangan tu. Nama zoo tu “Farm In The City”. Bunyi pun dah unik sebab zoo dalam Bandar. Oik penah tengok. Mesti tertanya –tanya boleh ke binatang2 ni tinggal dalam bandar. So semua tu akan terjawab bila korang sampai sana. Ni alamat lengkap Zoo “Farm In The City”



Address: Jalan Prima Tropika Barat 2, Taman Prima Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor , Phone:03-8941 2099 , Open Hour :  10:00 am – 6:00 pm

Mini zoo lebih sesuai digelarkan sebab size ukuran hektar takda lah seluas zoo Negara. Kecik je tapi berbaloi. Bayaran di kenakan keatas orang dewasa RM30, Kanak2 bawah 12 tahun RM25, Dan di bawah ukuran 90cm adalah percuma. So Masa aku pergi tu Azriel percuma yang kena bayar tiket aku dan asben jela. Dalam zoo tu jugak dah 2 food court. Makanan pelbagai ada dijual so sesapa yang berhajat untuk lunch dalam tu pun boleh sebab food court dalam tu siap ada menu masakan panas. Mampu!?.. Dalam zoo ada kedai makan. Memang santai sangat dan facilities pun sangat bagus selesa dan bersih. 







Dalm zoo tu pun ada sections untuk setiap habitat. Saiz binatang yang unik. Dan paling best bila semua binatang tu berada di luar sangkar. Dalam erti kata lain kita memasuki dunia haiwan. Dalam mini zoo ni, binatang ini tidak dikurung macam kita pergi zoo Negara. Haiwan2 ni semua jinak dan kami di beri peluang untuk feeding sendiri haiwan dalam tu. Memang best sangat  bila mana haiwan macam kambing , burung, kuda,iguana, parrots, eagles, ular,kura2 terbesar,rusa kancil, ehhh..macam2 lah sume duk kat luar tau. 


 Ape binatang tah ni aku tengok badan die cam licin dan lembut.. euwww...geli lah sape berani boleh lah photo2 ngn binatang ni. esotik betol.










 bAGET tengah buat muka macam comey macam manja lettew.. raccoon.......
 

Geli tengok iguana ni. Tapi aku tak paham, orang boleh bela jadi binatang perliharaan.. hurm...minat orang lain2 kan?.



 Ok bukan anak yer yang feeding tapi mak yang hover..hahhaha lantak lah dah aku memang tak penah bagi makan rusa. Azriel bukan reti lagi dah besar nanti aku bawak lagi skali lah.. time tu bila dah besar tau lah die nak bagi mkn kat binatang2 ni.


Nampak tak si memberam ni tengah tonjol perut boroi ala en asben, aku rase cam nak jentik je..geram...tengok sebab nampak gebu hahahah. comeynya. Aku kalau binatang berbulu ni insyaAllah boleh gagah lagi lah nak dekat dan sentuh, Tapi kalau yang kulit licin kilat semacam lembik2 tu ampun lah memang aku  tengok pun taknak lah kan. geli seyh.










Maknanya kita masuk dalam sangkar bersama haiwan2 ni. Layan.. leka tau. Azriel pun tak takut lansung. Suka lagi adalah. Kebayakkan binatang dalam ni boleh dikelaskan dalam golongan haiwan esotik haiwan yang dilindungi habitatnya, jinak manja dan boleh dijadikan binatang perliharaan. 

 

Pada pendapat aku lah, Bagus sebenarnya ada mini zoo yang sangat membantu bukan sahaja pada golongan dewasa cam aku ni, malah pada kalangan kanak2 juga ia sangat bagus ok. Siapa lah pengasas mini zoo ni. Tahniah di ucapkan, sebab telah membukak mata kami untuk kenali haiwan2 unik ini dengan lebih dekat. Kat zoo negara pun ada tapi tulah terlalu besar dan kebayakkan haiwan dikurung dalam sangkar besi dan kita hanya mampu tengok dari luar. tak macam mini zoo ni, siap ada orang yang jaga dan akan terangkan habitat haiwan2 ni. So sape2 yang ada anak kecik atau korang yang bujang2 ni nak merasai sendiri feeding haiwan2 dengan tangan sendiri boleh lah datang sini yer. Di alu alukan. ishks aku lak lebih macam lah aku ada syer kan?.

So untuk adik2 dan anak2 kecil yang datang FITC ni nanti lepas jer journey seluruh kawasan, bakal dapat certificate tau. Nanti kat certificate tu boleh lah tulis nama dan tarikh adik2 masuk FITC ok. Untuk setiap aktiviti dalam FITC tu nanti tak dikenakan bayaran yer. Semua included dalam RM30/RM25 seperti pony ride, longkang fishing, feeding birds dan bergambar dengan binatang2 ni. Selain tu kalau korang nak background officially dari FITC korang boleh lah bayar kat booth yang rate semua gambar tu RM50 kebawah. Macam aku amik gambar satu family ngn kura2 tu saiz 6R RM20. worth it lah kan?. heheh so ape lagi jom ler kakak2 abang2,pakcikmakcik. bawah kaum keluarga kenali haiwan2 ni. Jangan isau semua haiwan ni di bawah pengawasan guard2 kat situ dan dorang sangat jinak.


You May Also Like

1 Comments

  1. Boleh bwk makanan kedlm ke ? Makanan dari luar

    ReplyDelete

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.