Officially a Student

by - March 08, 2015

Assalamualaikum, Alahai bizinya skang ni, memang tak menang tangan nak capai semuanya. Huhuhu.. maybe ini cerita dah lama tapi ni baru sempat nak update, yang disebabkan faktor-faktor kebizian melampau yang mana nak tak nak kena lah dahulukan mana yang prior engagement dulu. Entry yang bakal aku update ni pun, sama penting juga, semuanya kisah tentang status aku kini. dari seorang ibu bekerjaya kepada student part time. Bukan mudah untuk meneruskan hasrat ni. Seperti sedia maklum dalam wishlist aku ada nyatakan kot-kot mana pun aku nak further study kalau boleh sampai Master. Kot ada rezeki dan upaya PHD pun aku mau.  Teringat satu petikan seorang sahabat bila dia ada bagi tahu "Ilmu tidak datang bergolek tapi Ilmu perlu dicari" dan juga Darjat orang berilmu sangat tinggi di sisi Allah.

Di sebabkan itu jugak lah aku membuat keputusan untuk sambung degree. Yer skang aku ada diploma je. Dip Engineering electromechanical. Gigih blaja selamani dalam bidang ni. Tapi sempatlah aku keje dalam bidang aku belajar ni untuk 4 tahun pertama pahtu benti. So sekarang aku sebagai kuliketif kat company aku keje sekarang. Buat apa? Surely you will be shocked! Aku sekarang bersama team Investment dan Disbursement. All the micro management its will be under my monitoring. Fuhh.. jauh betul perbezaan tu. yang tak tahan tu penat-penat ko belajar bersenkang mata selama 5tahun belajar engineering, end up ko akhiri kisah kerjaya ko dengan sesuatu yang tak dijangka. Hahaahha.. Buat letih je hafal fomula electrical machine dulu. Tapi best part dalam banyak2 subject aku belajar, the most favorite subject is Pneumatic System dan Industrial Fundamental. Giler lah.. nampak tak minat sampai setelah 8tahun grad pun masih hafal tajuk subject. hover.


Buku-buku si ulat buku yang aku berjaya perolehi, secara jujurnya (masih tertanya0tanya mampukan aku spend masa semata-mata untuk baca buku-buku tebal yang mana paper 5 mukasurat pun belum tentu aku focus) wish me luck!!


Ok surat tawaran sambung pengajian. Memula excited dapat dan layak sambung, tapi..tapi.. setelah dua bulan menjalani kehidupan as a student, carrier woman, mummy and eventually as wife to en asben, aku terasa terlalu exhausted. Letih otak letih minda. Tapi aku aku jadikan itu sebagai pembakar semngat (well hopefully till the end and finished it with a successful CGPA). Huhuhu.. nak nangis.

Cerita pasal assignment. Hah ingatkan ada kelonggaran walaupun ko hanya sebagai part time student which is you dont have to worry about any assignments given dan timetable untuk attend class. But you're totally wrong, dammit (alamak carut sangat). Rules and regulation ketat kot kat sini, dah tu aku dapat semua lecturer yang super tegas dalam semua perkara, dan tak dinafikan ada je budak kelas aku memandai madai tukar lecturer semata tak berani masuk time lecturer tu mengajar. Dan sangat memalukan sebab memang macam mana ko apply dan request walaupun keluar air mata darah memang tak boleh tukar sebab pihak Universiti dan assign sesiap ko dengan lecturer mana satu dan kelas mana. So tahyah mimpi lah aku nak tukar. Nasib lah semester satu ni 1 subject je ada final exam. kalau tak lebam lah niji mata aku mentelaah. by its carried 60% of exam marking point. Giler lah!!! (tarik-tarik rambut).. Ini pun memberikan impak yang luar biasa pada aku bila mana aku terpaksa membahagikan masa untuk siapkan assignment dan dalam masa yang sama siapkan keje yang boss dan assigned. korang apa tahu. Aku ni kat office lah nak kelebek segala mak nenek keje ke assignments ke. Kat umah takyah citer lah. no time for all this! kenapa? bayangkanlah balik keje.. untung-untung trafik cantik 6.30ptg dah sampai umah, masak kemas umah, solat hidang dinner,kemas umah,men ngan anak, tidokan anak, tengok kain dalam bakul belom terlipat.. gagah kemas kain baju dulu. Kalau tak semak biji mata. Tup-tup jam dah kul12.30 malam. Tadi petang kat opis punya lah ko niat dalam hati balik nak bukak lappy dan buat research lagi pasal assignments. sudahnya, tengah  Mr.Google duk loading, ko pun terkulai layu bagai teratai di tasek madu... puiii !! gagal lagi nawaitu aku nak buat assignments. Arggghhhhh!!!! Sok kul5.30 pagi nak bangun. keje huhu...sabar jela comel.


Officially a student kertuuuuuu...aaaaaaa...


Apapun harapan aku moga korang yang membaca walaupun as a silent reader doakan aku semoga dipermudahkan segala urusan. bukan merungut dengan apa yang aku buat. Sekadar bingkisan luahan bagi memupuk semangat untuk belajar dengan lebih fokus dalam masa yang sama mengekalkan momentum character aku sebagai ibu, isteri dan juga pekerja yang dedikasi (Fuhhh ayat Nerd sanggattt) Mementang dah jadi student kertuua... ni.. (sambil tutup mata dan jelir lidah) Aamiin. 

Thanks!! especially dedicated to en asben, blessed to have you to look Azriel after me, when am not around. Your tireless effort make you a proud daddy to me. Hahahah kadang-kadang banyak drama yang terjadi sepanjang ketiadaan I. Sabar yer.. Sekurang-kurangnya you mampu merasai kegigihan seorang ibu bekerja mengendalikan detik seharian setelah bangun dari tido. Susahkan daddy?? hahahah ngasekan!! Kahkahakah!!! (oopss sowy bubu am not meant it) Kahkahkah xleh stop gelak sebab bila terima whatapps or gambar yang u tengah meroyan dengan kelasakkan dan kenakalan Azriel. Nak-nak bila citer part nak bersihkan Azriel poo poo. kahkahkahkah!!!!









You May Also Like

6 Comments

  1. Good Luck!
    dah lama tinggal study..hihi
    besttnyer...

    singgah saya jom..:-)

    ReplyDelete
  2. Tq awak.. Wish me luck!!
    Ok sy singgah

    ReplyDelete
  3. gud luck dear . momoy dah hampir 10 tahun tggalkan zaman study.
    gigih comel future study. hopefully comel dapat apa yg comel impikan

    ReplyDelete
  4. Momoy- courage yang perlu dipupuk dah setelah 10 tahun tu. sama lah ngn comel ni pun. hahahah.. tapi itulah impian n harapan moga2 maintain ngn nawaitu tu

    ReplyDelete
  5. post ni ntah berapa kali dah momoy baca.
    rasa kagum tu tetap sama . x pernah pudar.
    lagi kagum biler tgk achieve comel kat blog juga.
    ya ampun comel. blog keep update. byk pula tu

    ReplyDelete
  6. Momoy- Kahkahkah kalau ikutkan memang ak penah ada masa sebenarnya tapi biasalah cml ada buat "to do list" hahahah over tak?? kalau dah jauh sangat tu kadang tak update gak. Dan kebanyakkannya cml update guna phone je momoy.

    ReplyDelete

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.