Birthday's Azriel (Turns 2) Part 1
Assalamualaikum,
Fuh..senseng lengan baju jap.. Hurm.. lap peluh sambil-sambil. Adoiyai lately ni aku bizi kalah PM mau taknya banyak paper work yang baru je diletakkan atas meja aku. So nak tak nak aku kena siapkan mengikut due date yang di tetapkan. Macam ni la awak keje saya. Kalau takda recepient anta claims takda lah kerja sangat selain tu hanya kemas kini dan follow up shortcoming apa yang patut.
Ok stop citer pasal kerja. Meh kita borak pasal birthday anak teruna aku satu-satunya, jom!!
13/4/15 genab lah birthday anak aku Zairiel Azriel Hezry Zairul Azizi yang ke 2 tahun. Tapi pada tarikh ni aku sedang menduduki final exam untuk study aku lah. So takda lah kami sambut beria melainkan buat sedikit pre celebrate untuk Azriel kat umah malam tu. Nak buat kat luar?? isau nanti kitaorang jenuh main kejar kejar dalam restoran memandangkan Azriel dah taknak duduk setempat dalam tempoh yang lama (paham-paham lah yer).
Tamat edisi pra sambutan dan selepas hari tu , sebok lah mami dedi buat preparation untuk Sabtu tu. Sebab kitaorang setiap tahun memang akan sambut birthday Azriel kat kampung. Bagi menghormati permintaan orang tua. Yela beza dan kebaikkan buat kat kampung. Ada bacaan doa serta orang tua kami ajak orang kampung sambut bday Azriel. Yela doa orang tua-tua kan berkat. (hihi) kat bandar pun best, boleh sambut dengan kawan-kawan tapi tula .. memang orang tua kitaorang macam tu.
So segala persiapan akhirnya lengkap. Dan untuk deco bday party hari tu aku buat sendiri je. #DIY je yang barang-barang je aku sewa dari http://websta.me/n/partyliciousbydyahaha
Dan hasilnya lihatlah dunia!!!!!
Kek pulak ditempah khas dari http://websta.me/n/qiddhiahomemade . kredit untuk Cik Dhia sebab ni 1st time die buat fondant cake. Sebelum ni semua cake yang dia buat guna icing biasa je. Alhamdulillah harga sangat berbaloi dan yang penting sedap. Recommended untuk sesiapa yang nak tempat cake area langat.
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim