Lemak kuning ikan merah cara SDTKC

by - April 25, 2015


Gulai kuning adalah antara senanarai favorite dish Azriel. Nak masak pun senang. Lagi-lagi amalan kitaorang selalu hidangkan Azriel dengan lauk sayuran hijau dan lobak merah, selain telur hancur ikan juga kitaorang galakkan Azriel untuk makan. Korang pun tahu yang isi ikan putih adalah baik untuk kanak-kanak.

Sumber : Berita Harian
 Hasil kajian juga sudah membuktikan ikan mengandungi protein berkualiti tinggi, di samping asid amino yang diperlukan tubuh untuk pertumbuhan, malah memiliki kandungan khusus dan membantu mengurangi risiko berbagai penyakit merangkumi sakit jantung serta kanser.  Oleh itu, tidak mustahil apabila statistik menunjukkan sehingga 1995, kadar pengambilan ikan di Malaysia ialah sebanyak 39.1 peratus dan meningkat sehingga 56 peratus pada 2010. Ikan turut mengandungi nutrien lain seperti asid lemak, vitamin dan mineral. Kandungan kalori lemak dalam ikan juga rendah. Kesedaran mengenai kaitan antara diet dan kesihatan menyebabkan pengguna lebih mengambil makanan kesihatan berasaskan ikan.  Khasiat ikan sudah pun dibuktikan dalam berbagai penelitian kesihatan dalam dan luar negara yang memperlihatkan kebaikan ikan bagi kanak-kanak, ibu hamil dan orang dewasa.  Antaranya, kajian penelitian di luar negara pada 2004, mendapati wanita yang mengambil ikan secara rutin sepanjang kehamilan akan mempunyai anak dengan kemampuan bahasa dan komunikasi yang lebih baik sebelum usia 18 bulan. Kajian penelitian yang membabitkan lebih 7,000 kanak-kanak itu berusaha menunjukkan, hubungan menu ikan dengan perkembangan neurologi dan aspek kognitif. 

Antara sebab pengambilan ikan penting ialah kerana ia membekalkan di antara 60 hingga 70 peratus protein haiwan kepada manusia. Protein penting untuk pertumbuhan dan perkembangan semua anggota badan, berfungsi membina tisu, kulit, rambut, kuku dan organ dalaman termasuklah otak serta jantung. Protein digunakan sebagai sumber haba dan tenaga sekiranya bekalan lemak serta karbohidrat dalam badan tidak mencukupi. 

So tak payaah nak celoteh panjang sangat meh nak share cara aku masak gulai kuning ikan merah untuk Azriel.

Bahan-bahan

5    ulas bawang merah dicincang halus
1    batang serai diketuk
1/2 biji bawang besar potong slices
       kunyit hidup ( sebesar kuku) ditumbuk lumat (nak pakai kunyit sebuk pun boleh)
1/2  setengah kotak santan 
      Hirisan daun bawang 
2   ikan merah saiz sederhana
2   kpg asam keping
1   biji cili besar
     garam secukup rasa.

Cara-cara

Masukkan bahan seperti bawang merah,besar,serai,cili, kunyit bersama santan kedalam periuk dan kacau rata. Letak atas dapur dan masak sehingga naik bau. masukkan ikan. tengok ikan kelihatan masak, masukkan asam keping, daun bawang dan asam keping akhir sekali.

Taadaaaa.. siap!! ituje.. senang bukan? selamat mencuba yer.




You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.