Sedap rupanya nasi daun pisang ni.
Nasi aku. (yer aku tau hidangan acam malu2 kambing je).. takpe sket-sket aku tambah yer.
Nasi daun pisang. Kalau sebut semua orang tahu, budaya makan nasi berlapikkan daun pisang merupakan satu hidangan istimewa yang berasal daripada negeri Tamil Nadu, Kerala, Karnataka, dan Andhra Pradesh di India. Ia merupakan hidangan bagi pemakan sayuran yang berasal dari
India Selatan.
Hidangan ini mendapat namanya daripada daun pisang yang digunakan sebagai alas nasi, menggantikan pinggan makan. Ia merupakan amalan biasa di India selatan dan negara-negara Asia. Ramai yang mempercayai bahawa haba dari nasi panas menyebabkan daun pisang membebaskan bahan yang membantu penghadaman. Selain itu, daun pisang yang panas akan menghasilkan bau harum yang menambah selera makan sedikit sebanyak berkenaan nasi daun pisang boleh dirujuk dibawah, melalui infomasi yang aku godek sendiri dalam journal Mr Google.
Pada mulanya daun pisang diletakkan dihadapan pelanggan dan nasi yang masih panas dan berwap akan ditimbunkan di atas daun pisang itu. Selepas itu, mangkuk lauk yang terdiri daripada sayur-sayuran akan dibawa dan ditawarkan kepada pelanggan. Lauk yang dipilih akan diletakkan pada nasi di atas daun pisang.
Selepas itu, mangkuk lauk pilihan tambahan yang berisi rendang kambing ("mutton varuval"), kari sotong, masala udang, ikan goreng atau ayam pula akan ditawarkan bagi pelanggan bukan semata-mata hanya pemakan sayuran. Selain itu pelanggan boleh memilih lauk lain yang dipamerkan di kaunter lauk. Biasanya lauk tambahan ini tidak termasuk dalam harga asas nasi daun pisang ini.
Secara kebiasaan, daun pisang akan diletakkan dengan pucuk daun menghala ke arah kiri pelanggan, sungguhpun ia bukanlah sentiasa diikuti di tempat lain. Langkah ini disebabkan daun pisang lebih lebar di pangkalnya, dengan itu kedudukan pangkal daun pisang di sebelah kanan memberikan lebih banyak ruang bagi mereka yang menggunakan tangan kanan untuk makan. Ini mengelakkan lauk dari tertumpah dan mengotori meja makan.
Hidangan nasi daun pisang biasanya dimakan dengan menggunakan tangan, oleh itu adalah perlu bagi membasuh tangan sebelum dan selepas makan. Jari digunakan bagi mengaul nasi dan lauk sebelum ia dijemput untuk disuap ke dalam mulut. Pada kebiasaannya nasi tidak akan sampai mengotori telapak tangan. Hidangan nasi daun pisang memiliki bau yang cukup kuat, dan selepas makan pelanggan perlu membasuh tangan dengan menggunakan sabun bagi menghilangkan bau kari pada tangan. Bagaimanapun, kadang-kala bau kari yang kuat itu masih kekal di tangan walaupun selepas dibasuh dengan menggunakan sabun, dan perlu dibasuh beberapa kali lagi.
Pada kebiasaannya orang India Selatan akan meninggalkan sedikit sisa pada daun. Sisa ini sengaja ditinggalkan bagi diberikan kepada serangga, burung dan haiwan. Selain itu selepas makan, adalah menjadi kebiasaan untuk melipat daun pisang itu. Cara melipat daun pisang itu dikatakan melambangkan samaada anda menikmati hidangan tersebut dan ingin kembali atau sebaliknya. Pada kebiasaannya daun dilipat ke arah diri anda bagi melambangkan anda menikmati hidangan tersebut dan ingin mengulangnya lagi. Sementara melipat ke arah bertentangan biasanya diamalkan di majlis pengkebumian sebagai melambangkan bahawa seseorang itu tidak ingin kembali untuk melalui peristiwa sedih sebegitu lagi.
Dan bagi aku ini adalah pengalaman kedua aku makan nasi menggunakan daun pisang. Menariknya peniaga tak perlu cuci pinggan. Kekok juga pada awalnya sebab bayangkan setelah daun dibentang, nasi mula diisi, datang sorang lagi bertanyakan mau ayam ikan atau kambing. Tu dia, belom lagi dengan sayur dan kuah serta acar yang diorang hidangkan atas daun pisang korang. Pengalaman menarik bila aku mula makan peria yang digoreng garing serta berempah kari. Sedappp sangat. papadom tak ketinggalan. Memang bahan wajib untuk naikkan selera makan. Aku pernah merasa 2 tempat nasi daun pisang ni. Satu kat Lebuh Ampang Restoran Qader Banana Leaf dan satu lagi Sri Nirwana Maju Bangsar.
Kalau tanya pendapat aku kedai mana yang lagi best, aku berani jawab Sri Nirwana kot. sbb peria goreng die sedap macam makan kopok. Korang yang suka dan dah biasa dengan nasi daun pisang ni mesti tahu kan kat mana kedai yang sediakan juadah yang lagi sedap. Ada yang cakap kenapa aku makan nasi sikit sangat sedangkan bila kita ke kedai nasi daun pisang, merupakan cheat day bagi mereka yang jaga makan macam aku ni. Hakikatnya tuan puan. perut aku tak leh nak masuk gedebak banyak so aku biasanya akan lebihkan lauk pauk yang bergoreng untuk aku kunyah. Nasi makan banyak perut aku cepat semput. macam kes nasi daun pisang ni. sah-sah aku akan kerap kali mitak diorang top up peria goreng dan juga acar. Sebab itu memang menjadi kegemaran aku selepas kenal pasal nasi daun pisang ni.
So lepas ni nak try nasi daun pisang kat mana plak. Aku jenis follow je kawan-kawan yang membawak. kalau harapkan aku pegi sorang memang tak lah. By the way aku dalam duk tekan keyboard nak menaip ni.. dalam kepala asek teringat peria goreng..peria goreng.. sedapppnya. Dan aku suka sangat nasi kari kat sini compare to negara India yang aku pegi last 2 years kat New Delhi. Coiii masakan diorang semuanya tasteless kot. takda garam, takda gula, takda cili dan takda rempah. Tapi makanan bewarna warni. eeuwww.. tak suka .. makan jadi tak puas. Dan selamani baru lah aku tahu nasi daun pisang adalah jauh berbeza dengan nasi kandar. (sebab aku tengok asasnya sama iaitu kari) . Ternyata nasi daun pisang memang sedap rupanya kalau kena cara masakan tu.
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim