Layan Azriel main Kinetic Sand

by - November 30, 2015

Apa itu kinetic sand

Campuran 98% pasir & 2% polimer organik.
Mudah melekat antara satu sama lain & senang dileraikan.
Tidak perlu campur air langsung.
Bebas gluten, bebas kotoran & bebas habuk (bebas alergi)




Kelebihan produk

Membantu merangsang perkembangan kemahiran fine motor.
Permainan open-ended & non-directed play.
Tidak melekat di tangan.
Sebagai terapi sensori.
Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas. (azriel 2thun lebih).


Sejak aku tak berapa sihat dan tak bole keluar rumah ni. Azriel banyak melepak di rumah sepanjang hujung minggu,paling tidak pun ikut aku ke pusat physio je. Kesian dia. Nak bawak keluar pun banyak penyakit viral yang melanda ibu kota sekarang ni. Antara alternative lain selain bagi Ipad, bagi azriel main permainan block ataupun kereta remote control. Tapi itu tak sama dengan bermain kat luar rumah. Itu yang sudahnya aku bagi azriel main pasir. Nak bawak main pasir kat pantai tak tahu bila lagi pun. So kita layan pasir dalam rumah jela. Tengok saja dia pun seronok. Lagipun pasir tu selamat untuk kanak-kanak. Dapatlah hilangkan rasa bosan dia dalam rumah. Sambil tu boleh ransang otak dia dalam pekembangan  minda. 





Hasil kerja tangan azriel bina turtle sand .. excited dia bila siap bina sesuatu bentuk dia akan cakap "mommy engok ni!" anntik..adik..andaiii!! (clap..clap.. syok sendiri dia)




Bagus pasal pasir ni, ia tak terbang merata walaupun masa ni azriel main bawah kipas, pasir ni melekat elok macam magnet. Nampak geli je.. lama-kelamaan boleh leka juga mommy dibuatnya.


Yang ni bentuk squid.. tapi mommy tak paham mana pegi misai-misai squid tu hahah



Nasib ada pasir kinetik ni. Dapatlah Azriel feeling-feeling main pasir tepi laut.Padahal hakikatnya main dalam rumah jela dibawak kipas siling. sepoi-sepoi bahasa. 

You May Also Like

3 Comments

  1. Atiqah - bestkan? kita pun boleh leka.. tula kecik2 dulu xpuas main pasir hihi

    ReplyDelete
  2. Abdul Rahman Farouk - yeke?? cemas ni. setakat ni baru 2 kali azriel main pasir dan memang saya pantau lah depan mata.kira main sama-sama.adoiyaii bahaya betul lah.. apa pun xselamat nak bagi anak main skang huhu..

    berubah bentuk camne tu?? btw thanks sbb remind.

    ReplyDelete
  3. abduk Rahman farouk- ok2 thanks for the info..siyes..cuak bila baca.. tak penah tahu pun sebelum ni pasal ni. kalau en asben tgk ni jgn harap lah azriel bole main pasir tu lagi. yela kalau dah memudaratkan takkan nak diteruskan btol tak? pe2pun kalau ada apa2 info lagi bole je share kat sini. thanks!

    ReplyDelete

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.