Review : Cathy Doll Whitening Sunscreen L-Gluthathione Magic Cream SPF 50 PA++ 138g
Assalamualikum...
Whitening Lotion dengan kandungan SPF130++ dan memutihkan kulit muka serta badan.
Selain berfungsi sebagai pencerah kulit, lotion ini juga dapat membuat kulit bersih dan menutupi noda pada kulit, serta melindungi kulit dari sinar matahari.Cathy whitening lotion memberi perlindungan, merawat dan menjadi solusi utk kalian yang mendambakan kulit putih mulus dan sehat
Fungsi:
Selain berfungsi sebagai pencerah kulit, lotion ini juga dapat membuat kulit bersih dan menutupi noda pada kulit, serta melindungi kulit dari sinar matahari.Cathy whitening lotion memberi perlindungan, merawat dan menjadi solusi utk kalian yang mendambakan kulit putih mulus dan sehat
Fungsi:
- Mengecilkan pori2
- Melembutkan dan melembabkan
- Memberi glowing effect
- Melindungi kulit dari kemerahan dan bintik2 hitam
- Menghilangkan warna kulit kusam
- Melindungi dan membantu mencerahkan kawasan gelap seperti bawah lengan, celah paha dll.
Mencerahkan, meratakan warna kulit, dan mengurangi noda hitam di wajah termasuk mata panda dan bekas jerawat. Kulit wajah dan tubuh menjadi cerah seketika sekaligus nampak fresh. Packaging yang cute berwarna pink.
Review aku : Produk ni setakat ni salah satu produk pencerahan terbaik yang aku penah cuba, tekstur bahan yang creamy dan jenis water base sedikit sukar untuk meratakan pada mulanya sebab ia seakan lotion sunblock kebanyakkan produk dan saranan aku pakailah secara tipis dan dimulai dengan titik-titik kecik dan barulah menyapu rata secara perlahan dalam arah putaran jam, dengan sapuan yang menyeluruh dan konsistan akan menghasilkan kesan cerah kekal pada kulit. Rasa dingin dan berangin bila apply pada kulit di sertakan bau wangi kemanisan. Boleh nampak perbezaan pada gambar diatas, tak perlu dinyatakan sebelum dan selepas kerana selepas melihat gambar itu sahaja korang pasti boleh bezakan yang mana selepas penggunaan produk. Yang bagusnya ia tak perlu di bilas seperti snow white whitening pack pada entry aku yang lepas. Tapi kesan dan hasilnya sama je. Yang jimatnya tentang produk ni, boleh dipakai di seluruh tubuh badan termasuk muka. Kesan serta merta selepas penyapuan. Best bukan?. Mesti nak tahu beli kat mana kan? aku beli kat guardian je. Tak sangka Guardian pun dah ada kaunter Cathy Doll ni. Dulu selalu stalk dalam IG je. Bila nak beli pun rasa teragak sebab takut yang imitation. Bahaya oii.. kalau guna bahan tiruan nak-nak kat kulit tubuh dan muka. Kalau dah kena sopak kudis tak ke sesia. Tapi bila dah beli sendiri kat kaunter dalam Guardian, adalah rasa keyakinan sikit. Yer dak? Kalau nak beli online pun boleh refer link yang aku share kat atas.
p/s : Result pada kulit aku amat memuaskan tak tahulah korang, nak cuba boleh je. Made in Korea tapi kat kotak bertulisan Thailand. tak hairan dua negara yang mempunyai deligasi kosmetik terbesar dan berpengaruh di dunia. Telah di uji secara klinikal yang pemakaian secara kerap tidak akan menutup lapisan pori-pori dan radang pada kulit kerana dengan ekstrak concentration L-Glutathione hingga 30% terkandung didalamnya.
4 Comments
cam best je product cathy doll ni ek.. harga pun not bad jugak kan
ReplyDeleteEH. CD dah di jual kat Guardian ker?
ReplyDeletex jumpa lagi nih
CikLily Putih- Haah best nya result boleh nampak terus dan tak ketara melepak macam sesetengah product. bau pun wangi je.
ReplyDeleteMomoy-Haah dear dahda. kira banyak lah juga product dari rambut sampai kaki lah lengkap. harga pun boleh tahan. kia mampu lah. Yang penting kita yakin lah sikit kan..bukan barang tiruan
ReplyDeleteBismilahirohmanirrohim