Majlis sua kenal makan-makan dan main Azriel di MyKids Campus.
Yer sempat lagi update satu lai entry untuk share part of Azriel punya aktiviti. Yela lama sangat takda update pasal dia. Kat sini sedikit sharing session on Azriel punya aktiviti gathering pertama veliau.
Ok where to start... hurm jap pikir jap... Ok last weekend, Taska Azriel ada buat jamuan makan-makan or else kebanyakkan orang panggil open day. Sesi networking within teachers and parents. Yela untuk aku ini pertama kali lah involved selama ni aku hanya hantar azriel kat baby sitter umah je. Bila dah start biasakan dia kat school kenalah kita golongan mak-mak ni join. Nak gak lah tau sape pengasas, sape yang in charge, sape yang bertugas, kira semua lah nak tau..mak pak kawan paling rapat ngan azriel.
Azriel's favorite teacher adalah teacher Azlin dan teacher Nurul..Dua orang ni yang antara akan sambut dan hantar azriel bila aku hantar dan amik azriel kat Taska. Yang bagusnya Azriel suka gila pegi School. Sampai mommy tak sempat nak bersiap die dah paksa-paksa antar school. Walau tido lewat dan keesokan harinya die kena kejut bila sebut school je trus bangun berjalan sambil tutup mata. So dari situ aku tahu yang Azriel happy dengan teacher2 dia.
So Malas nak citer banyak setakat ni cukup sekadar gambar yang menceritakan detik kejadian.
Nampak tak si manis ni. Inilah founder atau owner Taska ni. Cik Sha'ban student UTP tau. Mak ayah yang fund die untuk build up Taska. Kira dia manage la. Setakat ni MyKids Campus ada 3 Cawangan. Young entrepreneur ni. Well done.. (Nanti mintak staff awak jaga anak saya eklok ek) hihi
Teacher ni rajin layan berlari. Takpelah teacher pun muka budak-budak.
Kalau kat school ni, Azriel sala seorang yang terkenal dengan sikap aktif dan lasak, mane nak heran orang yang dia tahu, main kejar dan sepak bola. Budak kecik hingusan xlayan.. nak main ngan big-big boy je.
Disuruh tiup belon yang memang susah nak tiup sebab belon tu jenis yang tebal. Mommy ada try tiup, cramp jap rahang mommy sebab memang tight kot belon tu. huhuhu
Ramai yang datang, dan tak sangka ada semua kaum. Harmoni sungguh taska ni hahah..
Ok teacher yang dukung azriel tu nama teacher Nurul dan yang pakai baju kurung ijau pink teacher Azlin adalah teacher favorite Azriel. kira setakat nilah aku memang suka dengan kualiti jagaan teacher ni terhadap Azriel. the rest tu teacher dari cawangan lain.
Korang mesti pelik kenapa lah memuda sangat teacher-teacher ni kan? hah! sebab diorang ni student practical early child education punya aliran. Kira MyKids Campus ni banyak hire student aliran ni sebagai tempoh tryer diorang bagi krusus yang dorang amik. Dan most of the teachers yang jaga kanak-kanak ni akan stay untuk 6 months period regardless of training duration la jugak. Bila aku buat survey pasal Taska ni. Memang kat sini banyak amik budak practical untuk uruskan anak-anak. Dalam masa yang sama kebayakkan teacher yang menguruskan anak-anak ni, memang sedia lengkah dengan pengetahuan tentang pendidikan awal kanak-kanak dan tahu untuk uruskan ragam dan tingkah anak-anak mengikut usia. Tak hairan lah kalau dengan teachers Azriel memang jauh lebih behave dan dengar kata berbanding kita sebgai parent. Dalam erti kata lain teacher ni tau macam mana nak handle psikologi kanak-kanak. Nak-nak yang aktif macam Azriel. Dan aku ada juga tanya-tanya parent yang hantar anak masing-masing most of them suka dengan perkhidmatan teacher ni. Sebab anak-anak diorang excited nak datang School katanya. (Samalah ngan anak aku pun, sampai tersalah conteng eyeliner sebab duk desak suh cepat sebab nak pegi school nak jumpa teacher) coii heart break tau mommy. #sentap. Padahal kat Taska tu banyak kawan, buat aktiviti macam2 lepastu ramai-ramai mau diorang tak seronok.
Kami lepak sampai senja, ingat dahnak senja majlis akan beransur kurang tetamu. Nampaknya lepas azan makin ramai yang datang.
Ramai lagi kanak-kanak tapi yang i yang kira suka nak masuk gambar yang lain banyak lari,menyorok dan macam-macam lagi. budak-budak kan? Azriel ni 3 tahun tapi fizikal die macam nak hampir dan sama besar dengan budak 5tahu blakang die. huhu... (anak mommy memang sado).
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim