REVIEW : GARNIER SKIN NATURALS MICELLAR CLEANSING WATER

by - November 27, 2016

Pernah tak bila korang hadapi situasi dimana, bila dah make up cantik-cantik dan mengenakan foundation yang setebal empat inci, siap fake lashes ditambah dengan deep dark black eyeliner pencil konon nak bagi mata nampak cantik dan smokey? Tapi bila bab mencuci make up tula yang kadang buat kita orang perempuan ni malas lah pulak nak make up beria, sebab malas nak cuci make up. Leceh, kalau cuci pun sekadar ala kadar, lepas tu, kesan solekkan tak sepenuhnya tanggal, buat lingkaran mata jadi lebam kehitaman macam baru lepas kena tumbuk. Hahahah.. Aku tak tipu, sebab aku hadapi masalah yang sama. Bila bab nak solat tak payah cakap lah. Kesan solekan tadi tak betul-betul hilang walau dah dibilas sabun muka. Stress bukan? So Garnier telah memperkenalkan salah satu produk terbaru iaitu Micellar Cleansing Water.  Fungsi Micellar Water ini adalah untuk mencuci makeup dan kotoran pada muka. Dengan satu sapuan, kulit akan bersih dari makeup dan kotoran, kulit akan menjadi lebih segar. Tak perlu bilas pun. 


BARU! All in one Micellar Cleansing Water pertama yang dapat membersihkan dan menanggalkan make up dengan sekali sapuan. Teksturnya ringan seperti air, yang diperkayakan dengan Micelles, yang dapat mengikat dan menanggalkan kotoran pada wajah, mata dan bibir seperti kuasa magnet. Cara penggunaan juga tidaklah sukar. Tidak perlu sapuan yang terlalu hingga mencederakan permukaan kulit wajah. Dengan fomulasi yang tidak melekit serta berminyak dan tanpa paraben yang merbahayakan kulit wajah ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.


Hanya memerlukan helaian kapas muka dan Garnier Micellar Cleansing Water. Tatacara penggunakan, basahakan kapas muka dengan Garnier Micellar Cleansing Water dan tekap pada wajah dalam kiraan 10 saat.. dan hasilnya.. taaraaaa,,,,,




Celak mata tanggal dengan sekelip mata dan bersih keseluruhan.


terasa lembapan dan ia lansung tidak melekit serta berminyak. Masih mengekalkan kadar lembapan kulit serta tidak perlu bilas.

Harga :RM14.50 saiz kecil
Harga :RM29.90 saiz besar
Outlet :Watson/Guardian dan farmasi berdaftar seluruh negara
Rating: 10 Bintang!!!

Ok aku belanja satu video untuk tontonan semua. Selamat menonton.




You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.