Fernleaf Menyumbang Semula kepada Masyarakat 500kg Nutrisi yang Lazat untuk 10 Rumah Amal
Selangor, 15
Disember 2017 – Jenama tenusu, Fernleaf menyumbangkan sebanyak 500 kilogram (kg) susu
tepung kepada kanak-kanak di 10 buah rumah amal, bermula dengan Agathians
Shelter di Petaling Jaya hari ini. Kerja
amal ini adalah hasil daripada kempen Goodness
Feeds Greatness Fernleaf, di mana jenama tersebut telah bekerjasama dengan
rakan perniagaannya, Mydin untuk menyeru kepada para pembeli untuk menyokong
usaha jenama tersebut dalam menyumbangkan kelazatan dan nutrisi susu kepada
kanak-kanak yang memerlukannya.
Bermula daripada 15 Oktober hingga 15 November, Fernleaf
menjemput para pengunjung Mydin untuk menyokong kebaikan dan usaha jenama
tersebut dalam menyediakan nutrisi dan pemakanan susu kepada kanak-kanak tersebut.
Bagi setiap pek susu tepung Fernleaf yang dijual di Mydin sepanjang tempoh
tersebut, 50g tenusu penuh nutrisi akan disumbangkan kepada kanak-kanak di
rumah amal yang terlibat dan pusat perlindungan di seluruh negara.
Encik Jose Miguel
Porraz-Lando, Pengarah Pengurusan bagi Fonterra Brands Malaysia &
Singapore, berkongsi tujuan di sebalik sumbangan amal syarikat tenusu ini: “Setiap
impian besar bermula dengan langkah yang kecil – kata-kata positif serta
dorongan dari keluarga, rakan-rakan, orang tersayang, dan terutamanya dari
dalam diri sendiri memainkan peranan penting dalam membantu kita dalam
perjalanan mencapai kecemerlangan.”
“Fernleaf telah memberikan nutrisi tenusu yang terbaik
kepada keluarga-keluarga Malaysia sepanjang 30 tahun yang lalu. Dengan
kerjasama Mydin yang baru ini, Fernleaf mahu mengembangkan lagi kempen Goodness Feeds Greatness tersebut dengan
memberikan sokongan aspirasi bukan sahaja kepada pengguna dan keluarga
pengguna, malah kanak-kanak yang memerlukannya. Dengan memberikan mereka nutrisi
susu yang tepat, kita dapat membantu kanak-kanak ini menjadi lebih kuat dan
tabah menghadapi cabaran hidup. Dengan nutrisi yang diterima, mereka menjadi
lebih bersemangat untuk berusaha ke arah kehebatan,” katanya.
Datin Wira Dr. Hajah Siti
Hawa Binti Mohd, Pengarah Mydin Mohamed Holdings Bhd, turut meluahkan
keterujaannya dalam membantu kanak-kanak kurang bernasib baik ini untuk
berusaha ke arah kecemerlangan. “Sebagai ibu bapa, impian terbesar kita adalah
untuk melihat anak-anak kita cemerlang dan mencapai impian mereka. Antara
tanggungjawab paling penting yang wajar kita penuhi adalah untuk memberikan
mereka nutrisi terbaik, dan Fernleaf dapat membantu daripada aspek tersebut”.
“Walau bagaimanapun, agak sukar buat mereka untuk mendapat peluang sama
rata daripada segi nutrisi pemakanan yang penting buat badan mereka. Bagi pihak
Mydin, kami gembira dapat bekerjasama dengan Fernleaf dalam inisiatif yang
bermakna ini. Dengan 500 kg susu tepung Fernleaf, kami berharap sifat murah
hati pengunjung Mydin dapat membantu mengubah hidup kanak-kanak ini,”
katanya.
Mengucapkan terima kasih kepada Mydin, Encik Porraz-Lando
berkata: “Tanpa kerjasama Mydin, kami tidak akan berjaya mendekati begitu ramai
rakyat Malaysia yang baik hati dalam tempoh masa sebulan. Kami sememangnya
berharap untuk bekerjasama lagi pada masa yang akan datang untuk menjayakan
lagi inisiatif sebegini bagi komuniti kurang bernasib baik di Malaysia.”
Ketika upacara tersebut, Ms M.
Inthira, Ahli Majlis Eksekutif dari Agathians Shelter berkongsi perasaannya:
“Rumah Perlindungan Agathians Shelter sentiasa mempunyai misi untuk memastikan
kanak-kanak kami mendapat keperluan asas seperti tempat perlindungan, makanan,
dan pendidikan, dan semua ini penting dalam kehidupan. Apabila kanak-kanak
mendapat nutrisi yang secukupnya, dia menjadi lebih cemerlang. Saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada Fernleaf dan Mydin kerana mengadakan inisiatif
mulia sebegini untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh
negara untuk menikmati nutrisi susu dan mendorong mereka untuk mencapai potensi
penuh masing-masing.”
Sembilan lagi rumah yang selebihnya adalah: Asrama Damai Rumah Anak-anak
Yatim Kuang di Rawang, Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah di Klang,
Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA) di Seremban, Vision Home di Ipoh,
Rumah Anak-Anak Yatim Islam Jasin di Melaka, Chrystal Home di Perak, Villa
Paulos di Johor, Rumah Amal Permata Hatiku di Kuala Lumpur dan Sinar Ceria Care
Centre di Pulau Pinang.
Untuk maklumat lanjut tentang Fernleaf dan kempennya, Goodness Feeds Greatness, layari laman web www.greatness.my dan laman Facebook
Malaysia di www.facebook.com/fernleafmalaysia.
Tentang Fernleaf
Sepanjang 30 tahun yang lalu, Fernleaf telah memberikan khasiat tenusu yang
terbaik dari ladang New Zealand ke Malaysia, menyediakan susu yang berkhasiat
bagi para keluarga agar mereka dapat mengekalkan diet yang sihat dan seimbang.
Dengan pengalaman dalam industri ini selama lebih daripada seabad lamanya,
Fernleaf percaya bahawa kualiti datangnya secara terus dari sumber. Hanya susu
segar daripada lembu yang diberi makan rumput, digabungkan dengan sistem
perladangan yang canggih dan ketelitian dalam setiap langkah produksi, dapat
menjanjikan anda salah satu standard khasiat tertinggi dalam produk tenusu.
Tentang Fonterra
Brands
Fonterra merupakan peneraju global dalam khasiat
tenusu – pembekal bahan tenusu yang
digemari pelbagai syarikat makanan terkemuka dunia. Fonterra juga mengetuai pasaran dengan jenama tenusu pengguna sendiri
di New Zealand, Australia, Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin.
Fonterra merupakan ko-operasi yang dimiliki peladang dan merupakan pemproses
susu terbesar di dunia. Ia juga merupakan salah satu pelabur terbesar di dunia
dalam kajian dan inovasi tenusu, berasaskan kepakaran dalam bidang tenusu
selama beberapa generasi untuk menghasilkan lebih daripada dua juta tan produk
tenusu, ramuan tenusu sampingan nilai, ramuan istimewa dan produk pengguna bagi
140 buah pasaran. Fonterra Brands Malaysia memulakan operasi pada tahun 1975 di
Shah Alam. Kini, ia mempunyai dua buah pusat penghasilan, Susumas dan Dairymas,
dan jumlah sebanyak 700 orang pekerja sepenuh masa yang membawakan khasiat
tenusu yang terbaik kepada rakyat Malaysia, dengan penuh dedikasi. Kesemua
produk tenusu oleh Fonterra Brands Malaysia disahkan Halal oleh New Zealand
Islamic Development Trust (NZIDT), yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) seperti yang diperuntukkan dalam MS1500:2009, standard
antarabangsa yang digunakan oleh JAKIM. Fonterra Brands Malaysia turut mematuhi
standard industri tempatan dan antarabangsa termasuklah HACCP, Veterinary
Health Mark, ISO 9001:2000 dan GMP. Fonterra di Malaysia dikenali dengan
jenama-jenama terkemukanya seperti Anlene, Anmum (Materna, Essential dan
Lacta), Fernleaf, Calciyum, Chesdale dan di bawah bahagian perkhidmatan
makanannya, Anchor Food Professionals, ia dikenali dengan Anchor, Mainland dan
Perfect Italiano.
4 Comments
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteBismilahirohmanirrohim