SEBULAN SEBELUM TAYANGAN PERDANA SEDUNIA FILEM LEE CHONG WEI PENYANYI LAGU FILEM DIUMUM DAN TRAILER KEDUA DILANCAR TIKET KATEGORI EMAS RM168 HABIS DIJUAL

by - February 26, 2018


KUALA LUMPUR, 10 Februari 2018 – Orang ramai berpeluang menonton filem LEE CHONG WEI versi tambahan berdurasi 133 minit, antara daya tarikan acara tayangan perdana sedunia filem yang memaparkan kisah perjuangan pemain badminton nombor satu negara itu.

Acara berkenaan akan diadakan pada jam 6:30 petang pada 9 Mac 2018 bertempat di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City. Penganjur acara, CB PICTURES dan SKY EVENTS dengan kerjasama MAHU PICTURES telah mengadakan majlis sidang akhbar bersama-sama para media dan penaja untuk memberi gambaran terperinci mengenai acara tersebut di pusat membeli-belah Quill City Mall Kuala Lumpur baru-baru ini.

Para penaja acara turut diperkenalkan kepada pihak media di majlis tersebut. Antara para jemputan yang hadir untuk memeriahkan majlis tersebut ialah Datuk Rosyam Nor yang melakonkan watak Datuk Misbun Sidek dalam filem, Jake Eng (Chong Wei remaja), Tosh Chan (Chong Wei dewasa), Ashley Hua (Datin Wong Meow Choo) dan Agnes Lim (Lee Mei Ching). Datuk Rosyam dan para pelakon filem adalah antara para hadirin pada 9 Mac yang akan mewarnai acara permaidani merah sepanjang 100 meter di dalam Stadium Nasional Penyanyi popular, Nabila Razali dan penyanyi sosial media, Priscilla Abby telah diumumkan sebagai para-penyanyi untuk lagu tema filem. 

Mereka bakal mendendangkan lagu tema filem dalam Bahasa Melayu dan Inggeris buat kali pertama secara langsung pada acara tayangan perdana dunia nanti. Lagu yang akan dinyanyikan oleh Nabila Razali bertajuk Cahaya Juara. Treler kedua filem LEE CHONG WEI yang ditunggu-tunggu oleh peminat filem tempatan dan penyokong Chong Wei turut dilancarkan secara rasmi menerusi layar LED kepada hadirin yang hadir pada hari itu. Tiket berharga RM168 (EMAS) untuk 9 Mac telah habis dijual, sementara tiket-tiket lain yang berharga RM88 (DUNIA), RM108 (GANGSA) dan RM128 (PERAK) masih boleh 2 dibeli. Jualan tiket secara tunai dan kad kredit juga boleh dibeli di Kaunter Tiket di perkaragan AXIATA ARENA, KL Sports City, Bukit Jalil setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Selain itu, tiket-tiket juga boleh dibeli menerusi laman www.LEECHONGWEImovie.com

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi talian +603-5879 9967. Setiap pembelian tiket membolehkan penonton menerima secara percuma sehelai kemeja-T filem LEE CHONG WEI bernilai RM59, sekeping tiket filem LEE CHONG WEI di semua pawagam GSC, sekeping poster edisi terhad filem LEE CHONG WEI yang ditandatangani oleh Datuk Wira Lee Chong Wei dan para pelakon serta satu beg tenunan filem. Semua ini akan diedarkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari tayangan perdana 9 Mac. Selain itu, pembeli tiket juga berpeluang memenangi hadiah menarik untuk cabutan bertuah seperti raket badminton YONEX LEE CHONG WEI sebanyak 100 unit, telefon pintar SAMSUNG (5 unit), buku filem (30 unit) dan pelbagai lagi hadiah menarik disediakan. Acara Tayangan Perdana Sedunia LEE CHONG WEI dijangka dihadiri sekurangkurangnya 20,000 penonton dan bakal dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records, di mana ia akan ditayangkan menerusi layar gergasi LED berukuran 40 meter x 17 meter. Banyak aktiviti akan berlangsung sebelum tayangan seperti acara Permaidani Merah oleh selebriti jemputan, persembahan oleh Nabila Razali dan Priscillia Abby serta carnival penaja dan food truck dari pukul 4 petang. 

Selain itu, skuad badminton negara yang menjuarai Piala Thomas 1992 juga akan turut menghadiri acara penuh bermakna ini. Acara Tayangan Perdana Sedunia filem LEE CHONG WEI dipersembahkan oleh 100PLUS dan CNI dan disokong oleh KUMPULAN POWERNET (Penaja Utama), QUILL CITY MALL KUALA LUMPUR (Penaja Bersama), GDEX (Penaja Besama), GSC MOVIES (Pengedar Filem), KUALA LUMPUR SPORTS CITY (Lokasi Rasmi), KELAB RELA KEHORMAT BERSEKUTU WILAYAH PERSEKUTUAN (Rakan Sokongan), PERSATUAN HOKKIEN MALAYSIA (Rakan Sokongan), DEWAN PERHIMPUNAN CINA KUALA LUMPUR & SELANGOR (Rakan Sokongan) dan TEDMI (Rakan Sosial Media). Maklumat lanjut, sila layari Facebook @leechongweimovie or atau www.leechongweimovie.com. -

You May Also Like

54 Comments

  1. wow....tiket kategori Emas sold out tu !! siapa tak kenal LCW ... punya aura tersendiri dan jangan tak tau , Sal pun salah sorang peminat LCW

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama, mmg suka dia smpi lahirkan anak bujang on the same date with Kingston anak DLCW hahah

      Delete
  2. Filem.yang dinanti nantikan.tak sabar nak tengok.mesti best dan mendapat sambutan

    ReplyDelete
  3. Filem nie dinanti-nantikan. Sebab memang peminat LCW. Tak sabar nak tengok!

    ReplyDelete
  4. Tiket kategori emas ni mesti peminat DLCW beli ni. Minat juga tengok badminton tapi takde la specific minat pemain badminton negara ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. sy mmg peminat fanatik tapi xberpeluang nak beli gold ticket

      Delete
  5. Owhhh... Baru tahu ada filem pasal DLCW akan keluar. Mendapat sambutan yang hangat juga yer sebab tiket kategori emas dah habis terjual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. die punya teaser pun bole bikin kita kua air mata

      Delete
  6. Whoa! seronok dapat tengok filem DLCW ni. Memamng good Malaysian public figure dia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agreed. DLCW ni dah legend dlm dunia suka badminton

      Delete
  7. Wahhh laku keras nie !! Tiket emas shj dh habis dijual. Nak pergi juga ke tayangan nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah laku macam pisang goreng yg panas2 kan

      Delete
  8. Pelakon utama filem DLCW ni muka memang sebiji eh...tak sangka tiket laku keras..diorang nak dapatkan pengiktirafan MBR jugak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak memang sebijik ..terkejut sy tgk, pandai diorg cari

      Delete
  9. Wahhh tak sabar nak tunggu filem ni di pawagam. Siap ada runut sendiri mmg hebat

    ReplyDelete
  10. wow cepatnya habis tiket LCW ni mesti ramai tak sabar nak mengetahui kisah LCW ni kan... tak sabar pula nak tengok jaguh kegemaran Malaysia tahniah Dato LCW !

    ReplyDelete
  11. Cepatnya tiket habis. Memang wowwla filem ni nanti. Bagus juga ada filem macam ni sesekali tukar genre.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. memang best.. mst macam citer ola bola ni..

      Delete
  12. Wahhh tak sabar nak menantikan ia ditayangkan... penyanyi lagu tema, Nabila Razali.. wahhhh best ni..

    ReplyDelete
  13. Seem the gold ticket selling fast like hot cake. Wondering how good is the movie? So curious Bournemouth it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. from what am viewing during the teaser time.. its something that will make u non stop cry

      Delete
  14. Wah menarik ni. Siapa lak tak nak tengok movie hero malaysia yang berbakat dalam badminton ni kan.

    ReplyDelete
  15. i cant wait to watch this so much. our Malaysia proud badminton player having his story in the cinema.. All Malaysian must watch this!!

    Racheal

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes agreed.. DLCW had a great memory in his supporters..

      Delete
  16. HAhahha dia pun dah ade movie hahahha mesti kena tgk ni.

    ReplyDelete
  17. Wahhh tak sabar nak tunggu cerita ni. Siapa tak kenal LCW kot...harus tonton ni. Harap cerita ni berbaloi untuk di tonton

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy ada tengok teaser. itupun dah buat mata berkaca

      Delete
  18. kita minat LCW juga. nak pergi tgok macam jauh sangat. tak apa, kita tggu dia tayang dekat astro je. huhuhu.

    ReplyDelete
  19. film yang menarik and I tengah tunggu for their movie in cinema very soon!

    ReplyDelete
  20. wahhh ada filem tentang LCW hebat tu... minat dia main badmiton nanti nak tengok la filem ni

    ReplyDelete
  21. tak sabar nak tengok filem LCW nih

    ReplyDelete
  22. Wow DLCW pun bakal ada filem , tak pernah lg tengok dia face to face heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi yg ni pelakon die bukan DLCW tp anak muda yg berjaya dlm audition

      Delete
  23. Muka pelakon tu seakan LCW.. yakin filem ni mmg ramai akan pergi sbb pemain dunia punya cerita..mesti excited

    ReplyDelete
  24. waa this is a good one! menarik jugak ada lucky draw and all tu 😊

    ReplyDelete
  25. I m his fans!!! Nak pergi tengok tayangan perdana ini la. Thanks for the information.

    ReplyDelete
  26. Wow, larisnya. I am not a fan of Lee Chong Wei but I would love to watch the movie. Basically, I love to know about people's life stories. Haha! I am a busybody.

    ReplyDelete
  27. Thanks for sharing about Lee Chong Wei. Her story is very intetesting.

    ReplyDelete

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.