Yakin dengan diri anda, #makeyourmark dengan Bio-Oil
Petaling Jaya, Mac 2018 – Bulan ini, Bio-Oil Malaysia memberi penghormatan
kepada wanita-wanita Malaysia yang luar biasa dengan kempen #makeyourmark.
Menyedari bahawa masyarakat kini
mempunyai persepsi yang tidak realistik mengenai badan yang sempurna sehingga
menyebabkan rasa tidak yakin dan mempunyai imej negatif terhadap diri sendiri,
kempen #makeyourmark memperkasakan wanita supaya berasa selesa dengan diri
sendiri dan mengingati mereka tentang nilai diri.
"Di Bio-Oil, kami memahami perjuangan seorang wanita. Kadang-kadang,
rasanya seperti kita diharap untuk melakukan semuanya dan tetap kelihatan
cantik! Apabila anda berfikir dengan teliti, ia sebenarnya bukan satu pencapaian
yang mudah. Oleh demikian, kami berada di sini untuk mengingatkan wanita bahawa mereka semuanya cantik
dalam cara tersendiri, bahawa mereka semua kuat dan luar biasa; dan mampu menjadi
yang terbaik. Dan dalam perjalanan
kehidupan diri, anda boleh bergantung kepada
Bio-Oil untuk menjaga keserian kulit tanpa
kesan. Marilah kita semua memadamkan keraguan
pada diri sendiri dan sayangi diri anda supaya anda dapat melangkah jejak dengan yakin dan
bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran." kata Ms. Low Hooi
Wan, Pengurus Unit Perniagaan Bio-Oil Malaysia.
Kempen #makeyourmark adalah
bahagian pertama kempen #iamremarkable yang akan dijalankan sepanjang tahun
2018 untuk memperkasakan para wanita. Kebanyakan wanita menggemari untuk
kelihatan terbaik, biarlah Bio-Oil menjadi sebahagian daripada perjalanan anda untuk
mencapai kulit yang cerah dan sihat. Ini bertujuan memperkasakan para wanita
untuk mengejar impian mereka dan pada masa yang sama berasa selesa dengan diri
sendiri.
Berikut adalah
perkongsian beberapa wanita luar biasa tentang pengalaman mereka dengan
Bio-Oil:
“Banyak yang saya
perlu uruskan; keluarga, kerja, jadual semua perlu dijaga, sekurang-kurangnya
saya tahu dengan Bio-Oil saya tidak perlu risau. Saya biarkan ia memainkan
peranannya iaitu menjaga kulit saya dengan kelebihan minyak semulajadi. Selain
penggunaannya untuk menyegarkan dan menyuburkan kulit, saya menggunakannya pada
perut saya sebagai langkah pencegahan dari kesan regangan. Ia melembapkan kulit
dan apa yang saya sukai ialah ia tidak meninggalkan kesan berminyak.
" kata Elaine Daly, seorang Pelakon,
Hos TV, Pengarah Organisasi Miss Universe Malaysia Kebangsaan, dan Pengarah
Saluran www.hurr.tv.
“Bio-Oil membantu
saya kelihatan muda selama mana yang termampu. Ia membantu dalam masalah
kekeringan dan melembab kulit saya tanpa meninggalkan kesan berminyak. Saya
lebih yakin dan selesa dengan kulit saya sekarang! " kata Madam Molly Khoo,
Pengasas Heritage Village Restaurant.
“Bio Oil adalah minyak
penjagaan kulit pakar yang hebat yang menyokong wanita dengan memberi penjagaan
yang terbaik untuk kulit kita. Ia sama seperti minyak bayi, tetapi baunya
mengagumkan, ringan, tidak berminyak dan mudah diserap. Saya syorkan untuk
semua!” kata Nadia Hasbi, Pengasas Fit Rebel.
Mengenai kempen Bio-Oil #iamremarkable
Kempen #makeyourmark adalah yang pertama
dalam kempen sepanjang tahun Bio-Oil bertajuk #iamremarkable. #iamremarkable
meraikan perjalanan seseorang menuju pencapaian yang paling besar dan paling
bermakna dalam kehidupan sambil membantu menjaga kulit bebas daripada tanda
cela. Kempen #iamremarkable akan menampilkan pelbagai tema dan personaliti
wanita dari pelbagai industri.
Mengenai Bio-Oil
Bio-Oil adalah produk pakar penjagaan kulit
yang sangat digemari kerana keberkesanannya untuk membantu memperbaiki pelbagai
masalah kulit, seperti parut, tanda regangan dan tona kulit yang tidak sekata.
Rumusannya yang unik mengandungi PurCellin Oil ™ yang berfungsi secara sinergi
dengan gabungan mujarab vitamin A & E dan minyak tumbuhan semulajadi -
lavender, kalendula, rosemary dan kamomil untuk menjana semula dan menyuburkan
kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. Selain daripada memperbaiki
parut-parut lama dan semasa pada kulit, Bio-Oil juga boleh digunakan sebagai
langkah pencegahan untuk membantu mengurangkan kesan regangan terbentuk. Di
samping itu, produk yang sangat popular ini juga digunakan untuk melicinkan dan
menegangkan kulit dan kedutan di muka dan badan. Bio-Oil juga boleh digunakan untuk
membantu menambahkan minyak kulit yang terhakis akibat kesan penyaman udara dan
mandian kerap.
Sebanyak 223 anugerah yang diterima oleh
Bio-Oil dan kedudukan No.1 di 24 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia,
merupakan bukti keberkesanan produk ini.
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim