PENGELUAR RACUN SERANGGA NO 1 DI JEPUN TEROKA PASARAN MALAYSIA DENGAN ENAM PRODUK
Kuala Lumpur, 11 Julai 2020: Earth Corporation Jepun
(EC), peneraju global dalam produk penjagaan rumah dan racun serangga, kini
memperkenalkan produk bertaraf dunianya di Malaysia.
Nobuhito Hosaka, Pengarah Urusan Earth Home Products
(Malaysia) Sdn Bhd, syarikat subsidiari milik EC berkata: “Sebagai permulaan,
kami memperkenalkan enam produk penjagaan rumah dan kawalan serangga di
Malaysia. Kebanyakannya adalah produk terlaris di Jepun dan di negara-negara di
mana produk Earth Corporation dipasarkan. Salah satu produk terunggul kami
adalah penyembur penyahbau fabrik bebas alkohol yang dihasilkan menggunakan
pati minyak, yang menghilangkan lebih 99% bakteria, virus dan menghalau
tungau.”
“Kami mendapati kebimbangan terhadap pandemik dan
penyakit-penyakit yang disebabkan oleh serangga seperti denggi, menimbulkan
permintaan kepada keperluan rangkaian penjagaan rumah kami. Produk-produk ini
membantu menjadikan persekitaran rumah lebih selamat dan sihat untuk seisi
keluarga.”
“Digabungkan dengan strategi harga yang berpatutan,
kami yakin produk kami akan disambut baik di Malaysia,” tambah beliau.
Earth Corporation telah ditubuhkan sejak 128 tahun
lalu pada tahun 1892 dan merupakan peneraju pengeluar produk penjagaan rumah
dan kawalan serangga perosak, penghalau serangga, penjagaan mulut, bahan
tambahan mandian, penyegar udara dan penyahbau, serta alatan berkebun dan
produk haiwan peliharaan.
Syarikat tersebut telah mambangunkan dan membekalkan
pelbagai barangan berkualiti tinggi kepada pengguna selama lebih satu abad,
meningkatkan kebersihan dan keselesaan kehidupan seharian. Dengan kemudahan
R&D yang canggih dan menghasilkan lebih daripada 100 produk baharu setiap
tahun, syarikat itu sentiasa berusaha untuk kekal berada selangkah di hadapan
di dalam pasaran.
Hosaka berkata: “Sejumlah besar produk kami merupakan
produk terlaris di negara dimana ia dipasarkan. Di Jepun, produk kawalan
serangga perosak kami merangkumi lebih 50% bahagian pasaran (angka 2018) untuk
pasaran domestik. Ini mencerminkan kepercayaan dan keyakinan pengguna Jepun
yang bijak menilai pelbagai produk yang telah kami perkenalkan selama ini.
Enam produk yang kini dijual di pasar raya utama di Malaysia dipasarkan
di bawah beberapa jenama yang berbeza. Antaranya adalah:
1.
Penyembur
Fabrik NATUCAIR
Penyembur fabrik yang dihasilkan
menggunakan Pati Minyak Semulajadi. Ia menyahkan bau hapak, menghilangkan lebih
99% bakteria dan virus, menghalang tungau dan 100% bebas alkohol.
Terdapat dalam 3 varian - Relaxing
Purple, Sparkling Yellow dan Pink Blossom.
Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 12.90
2.
Gel
Penyegar Udara dan Penghalau Nyamuk NATUCAIR
Penyegar udara semulajadi tidak
beracun dan juga penghalau nyamuk.
Terdapat dalam 3 varian – Relaxing
Purple, Lively Green dan Pink Blossom.
Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 13.90
3.
ARS
Hoy Hoy Trap-A-Roach
Perangkap lipas No 1 di Jepun dengan
umpan penarik bebas racun serangga yang diperbuat daripada makanan kegemaran
lipas. Gam perangkap bergelombang yang kuat dapat menampung berat sehingga
15kg. Perangkap berbentuk rumah itu direka khas sesuai dengan tabiat lipas dan
menyembunyikan pandangan lipas yang terperangkap pada gam yang kurang
menyenangkan.
Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 5.60
4.
Umpan
Lipas Semulajadi ARS White Cap
100% bahan semulajadi. Umpan ini
dirumus berdasarkan makanan kegemaran lipas dan asid borik, bahan aktif yang
dihasilkan secara semulajadi. Ia berupaya menghilangkan keseluruhan sarang
lipas dan berkesan sehingga enam bulan.
Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 11.90
5.
Perangkap
Tikus Bergam ARS
Perangkap tikus bergam terlaris di
Thailand! Gam yang sangat kuat dan bebas bau. Termasuk alas plastik kalis air
tahan lama dalam dua saiz (satu alas besar dan dua alas kecil)
Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 10.90
6.
Penyembur
Pembersih Penyaman Udara EARTH
Ringkas, mudah digunakan dan efektif!
Hanya acukan dan sembur. Penyembur Pembersih Penyaman Udara Earth mempunyai
muncung pemicu jet yang berkuasa untuk pembersihan yang efektif dan membantu
mengurangkan pertumbuhan kulat dan kulapuk di antara bilah penyejuk. Ia
membersih, menghilangkan bakteria dan virus serta menyahbau dengan wangian
ekstrak daun teh hijau.
Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 24.90
Tentang Earth
Corporation:
Ditubuhkan
pada tahun 1892 di Jepun, Earth Corporation (EC) telah meningkatkan kehidupan
pengguna selama lebih 100 tahun. Ia sentiasa berusaha untuk menjadi pengeluar
rangkaian keperluan harian yang komprehensif dengan memberikan keselesaan
kepada kehidupan pengguna melalui produk yang selangkah lebih maju. Dihasilkan
melalui proses pengilangan dan piawaian keselamatan bertaraf dunia, produk
inovatif Earth Corporation dieksport ke 55 buah negara di seluruh dunia.
Kemudahan R&D yang canggih membangunkan lebih daripada 100 produk baharu
setiap tahun.
Falsafah
korporat “Bertindak Untuk Kehidupan” mencerminkan sasaran syarikat untuk
sentiasa selari dengan pengguna, menyampaikan produk dan perkhidmatan
berkualiti untuk keselamatan dan keselesaan sejagat, dan sentiasa “bertindak
untuk hidup” dengan lebih harmoni dengan Bumi.
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim