Syrian House Restaurant Kuala Lumpur
Hi korang, lama nya tak update blog, dah bersarang labah blog I. Maklumlah banyak sangat kerja dengan kenkangan masa yang tak mengizinkan i update selalu. Tapi kalini berkesempatan mengarang dan i rasa ini adalah perkara yang perlu dikongsi oleh semua orang. Bila mana ia adalah sangat bagus, sedap berpatutan. Semestinya ia melibatkan makanan.
Ok dikesempatan kali ini i berkongsi pengalaman makan makan di salah satu restoran makanan Arab di dalam negara. Siapa kat sini suka makanan Arab? Macam i tak suka, sebab bagi i makanan Arab sedikit tasteless. hihi jangan marah. Tai kan Syrian House Restoran berbeza sama sekali sebab... ok kena baca lagi kalau nak tahu..
Sebelum tu i ceritakan sedikit tentang asal usul makanan Arab Masakan Arab ditakrifkan sebagai pelbagai masakan serantau di Dunia Arab yang menjangkau dari Maghribi dan Tunisia ke Yaman dan Somalia, dan menggabungkan Levant, Mesir dan yang lain. Ia juga dipengaruhi ke suatu tahap oleh masakan Turki, Afghanistan, Iran, India, Barbar dan budaya-budaya lain rantau itu sebelum Arabisasi kebudayaan dibawa oleh orang Arab mengikut salasilah sewaktu penaklukan Arab Islam.(kredit to wikipedia).
Ok back to initial yang mana i nak share pasal Syrian House Restoran ni. Bertempat di 02, Lorong Raja Uda 1, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masa mula mula masuk ke ruangan pintu masuk restoran pun korang dah rasa sangat amazed sebab ada ruangan terbuka yang bertemakan budaya serantau Turki Arabic gitu. Memang cantik. Antara deco yang membuatkan pelangan terasa seperti berada di Turki.
Ini Antara menu yang i sempat rasa semasa sesi "food review" seperti
Shakrieah Lamb ( Rasa dia ibarat daging kambing berkuah yogurt)
4 in 1
Chicken Kabssa
Lamb Kabssa
Lamb Mandi
Chicken beriyani (ini paling best yang buatkan i makan separuh dulang dari nasi yang dihidang). Sebab apa? Tengoklah cili api yang dia hidangkan, memang bertepatan dengan selera tekak rakyat Malaysia yang mana, ayam dan kambing diA super TASTY!!! garam gula semua cukup rasa. Nasi dia dahla panjang, then rasa kanji dia xda lansung. Macam makan angin, kunyah-kunyah hilang, tapi rasa sedap dan kenyang yer. I suka sangat. Ini lah pertama kali i boleh rated restoran masakan Arab pertama 10/10 sebab sangat sedap. yes!! akan datang repeat untuk nasi 4 jenis ni.
Mix appetizer (Pun sedappppp) Ini pun very light, macam makan salad segar sementara tunggu menu utama.
Ini Paling WIN!! FIRE depan mata kot. dia punya taste membawa ke esoknya. Sedap pedas dan rasa yang ngam tekak orang Malaysia . I bagi 10 bintang!!!!!!
Mix Grill (OMG cant help sumpah sedap)
Arabic Teapot ( Serious korang kena drop by any time untuk lepas sini sambil hirup Arabic Tea) masa tu mesti feeling macam kat Istabul gitu.
Ice Lemon Tea ( Normal ice lemon tea)
Ini Lamb soup
yang ni tomato soup
Review :
Ikhlas dari i kalau korang nak cuba menu masakan Arab dengan selera tekak orang Malaysia korang boleh datang ke Syran House Restaurant. Chef dia amatlah bagus dalam menilai selera lidah orang kita. Decorasi restoran juga sangat menarik sebab suasana santai yang akan membuatkan korang suka lepas bersama kawan-kawan sementara menikmati shisa dan turkish coffee.
So nak tahu detail lagi bolh je klik bawah link
Alamat – Lorong Raja Uda 1, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia
Facebook – http://www.facebook.com/syrianhouserestaurant
Website – https://syrian-house.business.site/
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim