Queen City Steamboat and Grill makan makan konsep atas rooftop ala Korean style
Assalamualaikum, ikutkan page blog content ni bermusim je beroperasi kerana selebihnya I banyak di platform lain. Kadang permintaan client pelbagai kan. So taknak celoteh hal tak berkaintan dan terus untuk berkongsi hal yang menarik dan wajib di spread to all readers.
Port makan best yang bercirikan view vibes yang dinanti nantikan dengan port yang sangat instagramable dan unik. Maybe kebanyakkan konsep kedai makan yang bertemakan steamboat dan grill, menggunakan ciri dan teknik yang sama. Dari segi kelainan mungkin setiap mereka ada ciri unik tersendiri. So ini kali I nak shared dengan korang port makan best yang boleh bakar bakar dan layan sup ala-ala Korean, Thai dan malaysia.
Queen City Steamboat and Grill. Port yang menjanjikan vibes view yang super hour glass. Sesuai dijadikan port untuk meraikan sebarang majlis istimewa dan port lepak untuk those yang nak feeling bakar-bakar atas rooftop macam Korean style. Senang je nak reach the venue, korang waze je Trec dan Restoran ni bersebelahan dengan AtSky building je. Bangunan dua tingkat yang mampu memuatkan pelanggan sehingga 250 orang dalam satu masa. Tingkat 1 untuk those yang tak suka kawasan terbuka dan berada dalam penghawa dingin yang nyaman. Tapi untuk level rooftop ni, memang kena spill the concept sebab kelainan nya adalah kat atas ni, korang boleh layan grill dan chitchat paling best adalah view kawasan ni. Memang cantik-nak nak during sunset dan waktu malam dengan pancaran lampu in the city.
Bestnya lagi korang boleh berOOTD dengan view Menara Merdeka PNB. Sumpah cantik.
Tapi inilah konsep kelainan yang cuba dibawa oleh founder Queen City Steamboat and Grill. Seperti semua sedia maklum, semua rankaian F&B bagi Steamboat dan Grill adalah menggunakan konsep yang sama. Tapi kreatifnya founder Queen City Steamboat and Grill ni dengan cuba menarik peminat makanan seafood melalui vibes from the restaurant itself. I sendiri pun, seronok, Walau korang bakar-bakar the foods tapi asap tu takkan melekat pada baju sebab the beauty of it adalah korang nikmati hidangan atas rooftop yang berkeluasan lapang dan menenangkan. Memang feel dia lain macam.
Makanan dan seafood yang disaji juga tidak berbeza dari kebanyakkan restaurant seakan mereka. Ada dua jenis kuah iaitu SUP & TOMYAM ( Tomyam dia I suka, sebab sedap tasty dan lain dari kebanyakkan tomyam) Sos dia pun kalau dicampur memang terangkat habis. Tapi apa yang ingin diketengahkan adalah konsep vibes dari restaurant itu sendiri. Layan bakar bakar atas bumbung, chitchat sampai penat dan makan makan lagi dan bergambar paling estatik atas bumbung berlatar belakang bangunan Gah tertinggi di Malaysia. Syok tau.
I takda nak komen tentang makanan sangat sebab boleh dikatakan ianya sedap dan hidangan yang meriah. Owh lupa nak share, lagi satu seafood kat sini adalah fresh, bukan seperti kebanyakkan seafood yang I penah attended sebab ianya segar macam baru lepas turun dari laut. Pilihan minuman juga banyak dan anak-anak mesti suka sebab ada ice cream.
I bagitahu camni sebab mostly kedai steamboat and grill ni raw food diorang mesti akan frost dan beku sekeras batu. Then the freshness and juicy makanan tu dah hilang. Maybe yang ada rasa sedikit chemical untuk ketahanan makanan tersebut. Ini adalah satu satu keunikkan Queen City Steamboat and Grill.
Dari segi harga, sumpah korang mungkin takkan percaya sebab restaurant yang bertapak ditengah kota besar dan sibuk ni hanya meletakkan harga RM49 dewasa , RM44.90 utk senior season dan RM39 kanak-kanak.
So apa tunggu lagi jom layan steamboat and grill feast di rooftop menyaksikan permandangan indah kota Kuala Lumpur
Contact: 012 499 1664 tau sebab port ni selalu orang penuh.
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim