CYBER ECO HUNT 2023 AKTIVITI TAHUNAN YANG WAJAR DIADAKAN SETIAP TAHUN OLEH ALAM FLORA SDN BHD.

by - September 26, 2023



Lihatlah bertapa tabah dan sentiasa ceria para Hero Alam Flora yang senangtiasa bersedia dalam menjaga kebersihan dan merawat bumi kita. Semangat mereka mendapat penghormatan tertinggi dari I. Salutu Abg Alam Flora, you're the best!!!


Jumaat 22 September 2023, merupakan pengalaman pertama kali I menyertai satu program yang di anjurkan pihak Alam Flora. program ini di panggil CYBER ECO HUNT 2023 #TowardsSustainableCities, di perkarangan Bukit Bintang, bertempat di Cafe The Elephant Republic. 




Program ini sangat bagus yang mana dapat memberikan kesedaran tentang bagaimana cara dan langkah dalam menjaga serta merawat bumi kita. Korang tahu tak, selama korang melakukan pencemaran pada alam sekitar, ada hero yang sanggup menjaga dan membersihkan setiap kotoran dan kesan pembuangan tidak sihat. Pahlawan kita tidak lain tidak bukan adalah ahli pasukan dari Alam Flora. Pertama kali I dapat melihat sendiri depan mata bagaimana sisa kotoran dan sampah diagihkan dan diuruskan pada tatacara dan teknik yang betul. Mana tidaknya kebiasaannya kita hanya melihat mereka melakukan kutipan sampah berperingkat di taman perumahan dan sekitar kawasan kita. tapi kali ini, I dapat pengalaman melakukan sesi agihan sampah yang mana aktiviti bermula dari sesi agihan sisa buangan dan pengelasan sehingga proses terakhir iaitu antara bahan buangan dapat diguna pakai sebagai arangan kitar semula.




Dengan program sebegini ia dapat memupuk sikap masyarakat dalam menguruskan ecara teratur sisa lebihan dengan lebih bertanggujawab. Ia adalah acara tahunan dan tahun ini adalah pertama kali I dapat sertai. Secara jujur ia adalah menarik dan sangat berfaedah dalam memberi kesedaran tentang kepayahan pasuka Alam Flora menguruskan sisa lebihan setiap hari. Harapa pihak Alam Flora agar maklumat tepat dapat disampaikan kepada masyarakat dan cepat untuk aktiviti pengurusan sampah harian mereka.

Menurut CEO Alam Flora lagi Datuk Mohd Zain Hassan, dengan program begini ia merupakan platform dinamik bagi memupuk komitmen kolektof dikalangan masyarakat dalam menjalani kehidupan eharian kearah bandar yang lestari dan bersih. Dengan program ini juga ia dapat memberikan pengetahuan dan tips pengurusan sisa lebihan dengan lebih baik dan dapat menangani masalah kebersiahan yang tidak dijaga dikawasan sekitar kediaman.

Kami sangat gembira kerana dapat mempelajari cara mengurusakan sisa lebihan, agihan mengikut jenis material dan akhir sekali memberikan pesanan kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan sekitar dengan mengurukan sisa lebihan dengan cara yang betul, mengikut tata cara yang diajarkan oleh pihak Alam Flora.

Dan Akhir kata sebelum berakhirnya program ini, Tugasan terakhir yang perlu I lakukan adalah berikrara untuk terus menjaga serta merawat alam kita supaya ia mampu bertahan dan subur demi kepentingan masa hadapan yanng harmoni.

Sekian teima kasih pihak Alam Flora untuk kesempatan yang  berharga ini.






You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.