ULTRAMAN BLAZAR kini di Malaysia! Negara pertama Penampilannya di Asia Tenggara ‘JELAJAH ASIA TENGGARA ULTRA HEROES’ KINI KEMBALI!

by - December 08, 2023









Pasti ramai teruja untuk bersemuka dengan patung ‘ULTRAMAN BLAZAR’ bersaiz manusia yang diukir berdasarkan ‘S.H.Figuarts’. Usah lepaskan peluang untuk bergambar bersama hero gagah setinggi 2 meter ini, yang dijangka akan menjadi tumpuan ramai!

 

 

 

Ultraman Blazar

 

JELAJAH ULTRA HEROES ini dibawakan kepada anda oleh Bandai Spirits Co. Ltd. dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co. Ltd., di bawah naungan jenamanya, Tamashii Nations.

Menawarkan pelbagai aktiviti menarik, acara JELAJAH ULTRA HEROES ini pasti akan menawan imaginasi para peminat ULTRAMAN, yang kebanyakannya membesar menonton siri aksi ikonik dari Jepun yang sehingga kini masih mempunyai tarikan tersendiri.  

Bagi yang turut memeriahkan acara ini tahun lalu tentu masih ingat persembahan yang mengagumkan peminat. Pertempuran yang bakal diaksikan tahun ini juga tidak kurang hebatnya dan peminat berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat aksi-aksi sinematik yang mengujakan dan melonjakkan paras adrenalin, antara ULTRAMAN BLAZAR dan VOLCAN (The Magma Invasion Army Admiral).

 

 

Jadi, pastikan anda mengosongkan jadual anda untuk menyaksikan sendiri persembahan pertama ultra hero kesayangan ramai ini pada 1 Disember, jam 7 malam. Persembahan ulangan pula dijadualkan pada hujung minggu iaitu 2, 3, 9 dan 10 Disember, pada jam 1 petang, 4 petang dan 7 malam untuk setiap tarikh.  (*Jadual ini tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.)



Jangan ketinggalan menonton tayangan video istimewa menampilkan bintang Jepun, Tomoya Warabino yang mendukung watak Gento Hiruma dalam ULTRAMAN BLAZAR.

Acara JELAJAH ULTRA HEROES ini akan meninggalkan kenangan manis kepada pengunjung apabila ia turut dimeriahkan dengan diorama menarik figura-figura terbaharu dari Tamashii Nations. Bukan sekadar persembahan siri Ultraman S.H Figuarts, bahkan ia turut membawakan IP popular lain seperti ‘ONE PIECE’, ‘SPY x FAMILY’, ‘MASHLE’ dan ‘HELL’s PARADISE’.



Singgahlah di kaunter jualan istimewa jika timbul keinginan untuk membawa pulang cenderahati selepas melihat figura berkualiti tinggi di sini. Tanda kenangan ini pasti akan menceriakan lagi koleksi anda!




 

 

Untuk peminat setia anime dan figura kami, Tamashii Nations juga akan membawakan 3 barangan eksklusif baharu pada acara ini iaitu ‘S.H.Figuarts Ultraman ZERO - Clear Color ver.’, ‘S.H.Figuarts Ultraseven (THE MYSTERY OF ULTRASEVEN)’ dan ‘FiguartsZERO [Extra Battle] Super Saiyan 3 SON GOKU-Dragon Fist Explosion - Exclusive Edition’. Bahkan ‘S.H.Figuarts Ultraman (THE RISE OF ULTRAMAN)’ juga boleh diperolehi di sini.

 

 

Pada sesi jelajah ini, peminat dan pengumpul koleksi Tamashii Nations akan berpeluang untuk membeli barangan eksklusif yang pada asalnya hanya dijual di Gedung Tamashii Nations dan Tamashii Spot. Caranya mudah sahaja, hanya pergi kaunter jualan istimewa dan anda tidak perlu lagi bersusah-payah terbang ke luar negara untuk memilikinya.  

 

 

Selepas acara di Malaysia, ultra hero kesayangan ramai ini dijadualkan akan ke kota Asia Tenggara lain termasuklah di Thailand dan Indonesia untuk bertemu peminat di sana! Sila log masuk ke laman Facebook rasmi ‘Tamashii Nations South Asia’ untuk mendapatkan makluman terkini.



Kemasukan ke acara JELAJAH ASIA TENGGARA ULTRA HEROES adalah percuma. Waktu operasi adalah dari 10 pagi – 10 malam setiap hari. Pengunjung mesti berusia 15 tahun ke atas, sementara kanak-kanak dan remaja di bawah usia 15 tahun harus ditemani penjaga. 


'JELAJAH ASIA TENGGARA ULTRA HEROES' KINI KEMBALI!

Penampilan Pertama ULTRAMAN BLAZAR di Asia Tenggara dianjurkan di Malaysia. Paparan figura terbaharu dan pertunjukan pentas yang menakjubkan menanti anda!


Peminat Ultraman dan pengumpul figura!! Korang mesti suka apa yang I akan share. 


1. Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk acara JELAJAH ASIA TENGGARA ULTRA HEROES (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) yang berlangsung dari 30 November hingga 10 Disember 2023 di Paradigm Mall, Petaling Jaya.


2. Berpeluang melihat patung 'ULTRAMAN BLAZAR' bersaiz manusia yang diukir berdasarkan 'S.H.Figuarts'. setinggi 2 meter.


3. JELAJAN ULTRA HEROES ini dibawakan kepada anda oleh Bandai Spirits Co. Ltd. dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co. Ltd., di bawah naungan jenamanya, Tamashii Nations.


4. Menawarkan pelbagai aktiviti menarik.


5. Berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat aksi-aksi sinematik yang mengujakan dan melonjakkan paras adrenalin, antara ULTRAMAN BLAZAR dan VOLCAN (The Magma Invasion Army Admiral).


6. Saksaikan dari 1 Disember, jam 7 malam. Persembahan ulangan pula dijadualkan pada hujung minggu iaitu 2, 3, 9 dan 10 Disember, pada jam 1 petang, 4 petang dan 7 malam untuk setiap tarikh. 


7. Tamashi Nations juga akan membawakan barangan baharu pada acara ini  koleksi Tamashii Nations akan berpeluang untuk membeli barangan eksklusif yang pada asasnya hanya dijual di Gedung Tamashii Nations dan Tamashii Spot. 


8. Turut membawakan IP popular lain seperti 'ONE PIECE', 'SPY × FAMILY', 'MASHLE' dan 'HELL's PARADISE. Super Saiyan 3 SON GOKU-Dragon Fist Explosion 


#UltraHeroesTourSouthEastAsia2023

#UltramanBlazar #TamashiiNations #ParadigmMallPJ

@s.h._figuarts @instamashii @patlin.pr @bandainamcous @paradigm.pj

#UltraHeroesTourSouthEastAsia2023

#UltramanBlazar

#TamashiiNations

 


You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.