5 Tempat Makan Best di Baling Wajib Singgah. QTT x KembaRojak FAM Trip
1. Cendawan Pekasam
Pertama kali mengetahui tentang cendawan pekasam ni. Unik dan ia sesuatu yang baru bagi I. Dalam sesi lawatan I ke Baling Kedah last a few weeks ago, berkesempatan bertemu dengan Usahawanita yang talented dan akhirnya berjaya mencipta kejayaan menyemai benih Cendawan dan menghasilkan produk yang kini menjadi sambutan ramai iaitu cendawan Pekasam. Baling atau lebih tepat lagi di mukim Kupang dalam daerah Baling Puan Nazariah Saad mengusahakan ternakan cendawan dan juga menghasilkan produk Cendawan Pekasam telah membuka mata dan berjaya mengkomisilkan produk ini hingga kepasaran luar. Korang peminat cendawan atau pekasam? korang kena cuba keunikkan pekasam dari Puan Nazariah yang berasaskan cendawan. Kalau bulan ramadhan ni setahu I memang wajib ada menu juadahuntuk sahur. Kerana penyediaan yang mudah dan paling penting ia sedap. Memang bertambah nasi kalau makan dengan nasi panas panas.
Untuk dapatkan cendawan segar atau cendawan pekasam, jangan lupa untuk datang ke sini atau hubungi Puan Nazariah Saad terlebih dahulu ya!
Ini kalau layan dengan nasi putih panas panas ni memang Surrr..
Ambil gambar as kenangan. Tak sangka cendawan pekasam mampu menjadi salah satu punca pencarian dan paling penting ia membantu dalam menjana ekonomi di Baling.
NAZARIAH CENDAWAN PEKASAM
LOKASI : 241, Jalan Kampung Tengah, Kupang, 09200 Kupang, Kedah
HUBUNGI : 013 - 477 1183
2. M Idaman Cafe Baling
Kalau korang datang baling, wajib singgah sarapan di @ M IDAMAN CAFE. Kat sini menu sarapan memang mantap, nak2 ada roti canai sedap. Ayam goreng dia rangup dan paling best lagi, kerang sambal dia best. Kena cepat sebab makanan kat sini laku keras. Dahla murah, sedap pula tu.
🕰️8.00am- 11.30pm
📌 Tuesday
📍Jalan sungai limau kampung baru dalam
Wang 09100 baling kedah.
3. Nasi Kukus Ayam Berempah MakLang
Kalau datang baling, wajib singgah makan makan di Nasi Kukus Ayam Berempah MakLang yang terletak di Kg Terabak Baling. Menu signature Nasi Kukus Ayam berempah memang sedap especially sambal bagi I. Pelbagai menu lain juga turut disediakan, seperti laksa, moi sup, bihun sup dan kudapkudapan while chatting. Paling best, I suka dengan deko kedai yang bercirikan hiasan rumah lama dan perkakasan lama. Staff siap berkurung kedah bila served. Kalau datang baling wajib singgah sini. Spot their i stagramable corner for your insta photo collections.
bergambar kat tangga kan wajib.. hihi nak amik mood dan bukti kita sampai dan paling penting proven yang nasi kukus mak Lang ni memamg Surr
Omg Nasi Kukus Mak Lng ni memang power yer. Kuah dia, sambal memang kombinasi yang sempurna. Ayam rempah dia cukup rasa dan cukup masak. gabungan sempurna. pekena pula dengan papadom dan telur masin, tang sayur tu, tak kalah, memang meriah sehidang lengkap menu hilangkan craving.
Menu sampingan lain selain nasi kukus adalah, Laksa, moi sup dan bihun sup. I bagi 10 bintang sebab semuanya memang sedap dan berbaloi portion pun besar yer.
Inilah pengasasnya, wanita hebat yang berjaya membangunkan recipe Nasi Kukus ni. I kagum dengan ketelitian beliau dalam menjayakan konsep traditinal untuk keunikkan kedai nasi kukus nya.
Paling penting dalam kedai Nasi Kukus mak Lang ni, memang banyak spot instagramable yer. Korang datang pakai kurung kedah dan batik, bergambar lah kat sini. feeling dia macam drama melayu lama lama dulu.
📍Nasi Kukus Ayam Berempah Maklang Matli
K10 Jalan Baling, Kampung Terabak, 09100 Baling, Kedah
🕰️ 8pagi-10.30 malam
📞 013-968 1458
Terletak betul-betul di tengah bandar Baling, Warung Mat Noi Roti Bakar Route 67 sangat terkenal dikalangan masyarakat sekelilingnya kerana menampilkan hidangan sarapan pagi ala hipster. Lokasinya yang strategik menjadi salah satu sebab restoran ini mendapat perhatian orang ramai untuk datang dan singgah bersarapan.
1st time i makan bihun goreng dengan kuah laksa. Sumpah sedap yer menambah 3x. Tak tahu plak bihun goreng boleh jadi kombinasi sempurna dengan kuah laksa. memang Surr..
Konsep makan dalam hutan, Keunikkan restoran ni tak perlu disangkal lagi, konsep makan sambil healing, kerana suasana kedai dalam hutan yang sangat mendamaikan. especially those yang nak feeling breakfast ala English breakfast, pengunjung dapat menjamu selera sambil menikmati bunyi-bunyian hutan, serta dapat melihat sendiri keindahan pemandangan Gunung Baling yang tersergam indah.
Banyak menu menarik yang korang boleh cuba kat sini. roti bakar, kacang panggang, roti salut telur dan sebagainya.
I yang kepenatan selepas turun dari gunung Baling..
so korang bila turun Baling jangan lupa singgah sini ok.
WARUNG MAT NOI ROTI BAKAR BALING ROUTE 67
LOKASI : Baling, 09100 Baling, Kedah
WAKTU OPERASI : Setiap Hari kecuali Khamis / 7.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
HUBUNGI : 013-483 3217
5. The Warong Santai Santai
On the way back sebelum sampai train station sempat singgah makan tengari kat sini. Lauk pauk tengahari dia memang meriah yer. Yang Penting ABC die power. Bagi I makanan dia semua sedap dan murah. kalau bab kedai makan, apa yang menjadikan ia unik dan viral adalah rasa makanan tersebut. Bagi I makanan yang dimasak dan di sedikan di Warong Santai santai memenuhi citarasa kita tekak orang melayu ni. Memang sedap dan kenyang.
THE WARONG SANTAI-SANTAI
LOKASI : Berdekatan Masjid Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim