Cara penyimpanan susu yang betul.
Cara penyimpanan susu yang betul.
mesti ramai yang tak tahu nak nak ibu baru cam aku ni. Yela baru ada anak kan baru nak belajar segala benda baru tentang anak start dari susukan die sampailah tidokan dia. Untuk kali ini adalah topik cara simpan susu yang betul. Yang sebelum nih aku tak penah tahu sampailah buat research dan jugak bertanya kepada ibu ibu yang berpengalaman.
Seperti biasa menjalani rutin harian dan berjanji untuk terus pegang pada ikrar untuk pump susu 4 x sehari jugak menyusu terus pada bayi sebelah malamnya, walau penat. tapi berbaloi dan puas hati. Kebiasaannya aku akan pump susu dan simpan dalam fridge seperti nasihat semua ibu ibu. tak kisah la bahagian beku atau yang biasa janji dalam fridge. Kerana tempoh bagi setiap suhu adalah berbeza. Kebiasaan rutin aku selepas sahaja pump akan terus masukkan tempat sejuk beku. dan kebiasaan juga bagi aku di pejabat akan masukkan tempat sejuk beku. Tapi tahukan anda bahawa ada keburukkan jika susu dibekukan dan untuk smpai tempoh ibu ibu nak smpai umah dan susu mulai mencair itu tidak bagus untuk jadikan susu itu bekalan (EBM). makna kata lebih elok susu anda pump kat opis tu hanya stakat disejukkan tak perlulah sampai beku. Sebab kalau dah beku dan anda biarkan ia cair dan anda bekukan balik tekstur pada susu sudah tidak sempurna ya. kemungkinan susu mudah basi.
Untuk menyimpan susu badan, pilih bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat. Beg sejuk khas untuk pembekuan susu badan boleh dibeli untuk menyimpan susu anda tetapi selalunya ia mudah bocor, koyak dan berlubang, dan mungkin tidak bertutup rapat. Walau bagaimanapun, Perunding Laktasi dan Pengerusi Pesatuan Ibu-ibu Menyusu UK, berkata: "Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon dan semuanya akan OK. Satu lagi cara ialah menggunakan dua lapis beg." Namun begitu, gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.
• Pada suhu bilik – tidak melebihi daripada 77 darjah F/25 darjah C – selama empat jam.
• Dalam peti ais bersuhu 39 darjah F/4 darjah C atau lebih rendah selama tiga hingga lima hari. Walau bagaimanapun, disebabkan kegunaan peti ais di Malaysia adalah lebih berat oleh kerana peti ais banyak digunakan untuk menyimpan item segar, maka, satu nasihat am ialah supaya menyimpan susu badan yang dipam tidak melebihi 24 jam.
• Dalam peti sejuk beku bersuhu -20°C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama enam hingga 12 bulan. Malah, di Malaysia, pakar-pakar selalunya menyarankan supaya menyimpan susu dalam peti sejuk beku hanya selama tiga hingga enam bulan jika suhu peti sejuk beku anda disetkan tidak melebihi negatif 18 darjah Centigrade. Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku.
Sebagai tambahan kepada garis panduan dari ABM, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut:
• Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku. Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan (refrigerated) dan bukan susu beku (frozen) untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.
• Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
• Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.
Hari ini terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran. Dengan cara ini, tidak ada masalah untuk anda terus memberi si manja menikmati susu ibu meskipun anda sibuk bekerja. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pemakanan yang terbaik untuk si manja ialah menerusi pemberian susu ibu secara langsung. Namun ini tidak bererti anda harus mengabaikan pemilihan bekas penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.
1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.
2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.
3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.
4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.
5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.
6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.
7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.
8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.
9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.
10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.
Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.
Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.
Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut.
Sebelum ni aku selalu la sangat lepas pump masuk plastic storage trus simpan kat pintu fridge, masa tu tak tau. Tapi ini yang para ibu ibu kena amik tahu. Perkara yang tidak boleh dibuat diamalkan yer..
- Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
- Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
Jadi aku harap lepas ni susu aku akan bertambah bertambah dan akan membekalkan khasiat yang baik untuk Azriel. (skang tengah pening sebab EBM aku dah penuh dlm fridge) takkan kena beli fridge baru lak..adeiii..
p/s : ok mummy sume..slamat menyusukan anak masing masing yer..happy breast feeding.
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim