Suria Park: Port Lepak Baru di Puncak Alam yang Serius Onz!

by - November 07, 2025

Tahu tak? Puncak Alam baru dapat satu port lepak baru yang power — Suria Park @ Suria Hill. Ini bukan taman biasa-biasa, tapi ‘hadiah hijau’ bernilai RM3 juta daripada IJM Land untuk komuniti di Suria Hill. Kalau sebelum ni Suria Hill dah nampak chill, sekarang dah ada pusat aktiviti komuniti seluas 4.42 ekar yang jadi central hub untuk semua generasi.

 

Apa Geng IJM Land Buat Sampai Kena Sambut?





Baru-baru ni, Suria Park dirasmikan dengan meriah oleh Tn Haji Mohammad Faisal Ismail, Setiausaha Politik kepada Menteri Kesihatan Malaysia, bersama Datuk Chai Kian Soon, Ketua Pegawai Operasi IJM Land, serta wakil komuniti dan rakan strategik. 

Tak sah majlis kalau tak ada gimik, kan?







Mereka buat acara tanam pokok ramai-ramai. Simple, tapi mesej dia sampai: together we grow!







Taman Inklusif Untuk Semua

I sempat tengok sekeliling, dan memang konsep dia on point. Direka oleh HODA Design, Suria Park berinspirasikan tenaga mentari ‘Suria’ yang melambangkan kehangatan, tenaga dan pembaharuan.

Taman ni fully inclusive tau! Maksudnya kalau korang bawa mak ayah guna kerusi roda atau ada kawan OKU, akses semua smooth, dengan laluan tanpa halangan, turapan taktil, pencahayaan terang dan sistem pandu arah yang jelas. Tak ada istilah ‘terpinggir’ di Suria Park.


Jom Check-in: Fasiliti Apa Yang Ada?



Serius, IJM Land faham apa yang kita nak. Ini antara yang paling menarik perhatian I 👇

  • 🚶‍♀️ Trek joging 400 meter dan laluan mendaki 250 meter. Burn those calories!

  • 🏀 Dua Gelanggang Suria pelbagai guna untuk futsal, bola keranjang, badminton, pickleball dan sepak takraw.

  • 🛹 Taman permainan, skate park dan dinding panjat untuk yang suka cabaran.

  • 🐈 Taman Kucing khas untuk pencinta haiwan.

  • 🧘 Stesen kecergasan luar, dua gazebo Suria, tempat rehat berbumbung dan parkir yang selesa.

Selain itu, seluruh Suria Hill bakal menampilkan lebih 29 ekar taman dan kebun merentasi lima fasa pembangunan, termasuk Vitality Garden, Sensory Garden, Sunrise Garden, Joyous Garden dan Spice Garden. Semua kawasan hijau ini dihubungkan melalui laluan joging, mendaki dan berbasikal sejauh 4.6 kilometer.


Suria Park Ni Barulah Permulaan...


Taman ni cuma pintu gerbang kepada Suria Hill, kawasan perumahan seluas 170 ekar yang berkonsepkan resort rendah kepadatan (10 unit bagi setiap ekar), tenang dan dikelilingi kehijauan.

Suria Hill dibangunkan di tanah tinggi pada anggaran 50 meter dari aras laut, memberi suasana perumahan yang lebih nyaman dan tenang.


Kalau Suria Park ni dah cun, bayangkan vibe rumah-rumah di Suria Hill nanti.

  • Fasa pertama (Soren) dilancarkan Mac 2025 dengan 80 peratus tempahan — laju gila!

  • Fasa seterusnya (Sovana) akan dibuka Feb 2026 dengan reka bentuk moden, rumah teres dua tingkat (20’ × 70’) dan titik pemutus bekalan EV (untuk kenderaan elektrik).






Nak Tinggal Sini? Memang Kena Lah!


Suria Hill ni strategik gila. Walaupun terasa damai, lokasinya dekat dengan semua laluan utama — Persiaran Mokhtar Dahari, LATAR, GCE, DASH, NKVE dan WCE.

Stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pula cuma sekitar 1 kilometer je dari sini.

Nak ke UiTM Puncak Alam, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM, Lotus’s, Econsave, Jaya Grocer, KIP Mall atau Elmina Lakeside Mall pun semua senang akses.

Pendek kata, Suria Park bukan sekadar projek baru, tapi statement dari IJM Land bahawa mereka serius nak bina komuniti yang seimbang, sihat dan mesra alam.

Keseimbangan hidup moden dan ketenangan alam? It’s all here.

Nak tahu lebih lanjut? Korang boleh check di http://www.suriahill.com/ atau singgah di Galeri Alam Suria IJM Land (Puncak Alam).

Tapi warning, mungkin terus jatuh cinta! 💚



#SuriaPark #SuriaHill #IJMLand #HidupSantai #PuncakAlam #TamanKucingBukanMain

You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.