Annesurayaskincare Formulasi terbaik gabungan herba semulajadi, Alpha arbutin, Glutathione dan Collagen.

by - October 28, 2016


Assalamualaikum, setelah sekian lama menyepikan diri. Selepas mendapat sindrom kemalasan setelah seorang komentor melontarkan hujah hujahnya. Hari ini aku memberanikan diri untuk kembali berblog. Hihi risau juga ni nak mengarang, risau dikeji lagi. Hurmm.. Takpa Kita try ok?.



Entry kali ni adalah mengenai satu produk penjagaan kulit wajah 5 dalam 1 yang di hasilkan oleh dua usahawan muda iaitu Anne dan Suraya. Aku dulu adalah pengguna tetap produk mereka untuk set pencerahan satu badan KLIK SINI. Tapi kini mereka telah mengeluarkan set khusus bagi penjagaan luaran. bermula dari pembersih, toner, pelembab, krim malam serta krim siang. Penggunaan mengikut aturan dan sangat mudah untuk diamalkan jika anda inginkan kulit selicin baldu. Tak caya?!. So kena lah cuba. 


Bukti : untuk sahihkan lagi result penggunaan krim siang semata, ditambah sedikit liptint dan mascara dan calit sikit eyebrows . Taaadaaaa....


Bagi aku setelah sebulan menggunakan tryer set dari AnneSurayaSkinCare ni keputusan yang aku peroleh adalah amat membanggakan kerana :-

  • Sabun pembersih yang menghasilkan buih yang banyak dan tekstur yang sangat halus, paling penting, ia tidak menyakitkan kulit, tidak menipiskan sel kulit dan kotoran pada kulit mudah tertanggal. Paling best lagi, ia tidak menjadikan kulit korang kering yer. Perlu aku tekankan keistimewaan pembersih ni, kerana, kebanyakkan produk dipasaran, bila ia melibatkan fomulasi buih, sebum atau lebih dikenali sebagai pencuci. Kebiasaannya kulit akan menjadi kering dan sedikit kesat. (kira semua minyak muka dicuci sehingga menghilangkan kadar hidrasi kulit.)
  • Toner, sangat ringan dan menjadikan kulit lebih lembab dan segar.
  • krim malam 1, ada dua jenis, dimana satu berwarna hijau (jangan risau korang takkan bertukar
    menjadi HULK selepas apply krim hijau ni. Kerana krim malam yang bewarna hijau terkandung whitening agent yang mengandungi kandungan glutathione yang tinggi. Apa glutathione ni? glutathione ni ialah satu bahan untuk memutihkan samaada dengan cara suntikan or makan.
  • Krim malam kedua adalah krim pelembab yang mana ia akan mengekalkan kadar lembapan pada kulit supaya kulit sentiasa kekal sekata dan melambatkan proses penuan. Di mana walau dalam tido pun kulit kita kekal terjaga dengan nutrisi dari krim malam kedua ini.
  • Krim Siang- tekstur yang creamy(dalam erti kata lain, bagi yang pernah menggunakan temulawak) sedikit sama cuma, ia lebih senang serap pada kulit dan kesan pemakaian yang teratur menjadikan cela dan parut pada wajah berkurangan. Tak percaya?. Itu pasal aku minta korang cuba. 

Dari feedback yang aku sendiri guna, boleh dikatakan aku kagum dan berpuas hati dengan set 5 dalam 1 AnneSurayaSkinCare ni sebab, adalah satu hari jerawat aku tumbuh, tapi jerawat pasir yang tenggelam bawah kulit tu. Selepas aku cuba amalkan set ni, dan bila malam aku tepek krim siang kat tempat jerawat cuba nak muncul. Entah bila masa. Jerawat tu tak pernah atau mungkin tak jadi nak timbul. Jadi pada aku, kalau jerawat tak jadi naik, ditambah kesan parut yang ada pada sekitar dagu aku mula berkurangan menjadikan aku kagum serta berpuas hati dengan produk ni. 

RECOMMENDED : HARUS BELI--->100% PUAS HATI!! Berminat? sila ke IG  https://www.instagram.com/annesurayaskincare/ untuk maklumat lanjut.

 

You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.