Rezeki itu Milik Allah. Usaha tangga kejayaan.

by - October 02, 2016

So Don,t underestimate me ya!


OOTD ke kelas, berselipar jopun je.. janji selesa.


Assalamualaikum, banyaknya benda yang tertinggal untuk di update dan di postkan kat sini, yela, bila rezeki nak datang takkan nak ditolak, alhamdulillah rezeki Azriel, aku dapat banyak job posting sekarang. Dalam masa yang sama kebanyakkan barang yang aku dapat adalah 100% barang sponsored by merchant yang terlibat, Sushivid memberikan aku perluang untuk earn my own pocket money dengan menyertai setiap campaign yang bersesuaian dengan current status aku sekarang. Tak lupa juga Ittify yang mana aku telah mendapat ganjaran bayaran serta tiket percuma untuk sebarang event. Alhamdulillah syukur sekali lagi. Tak sangka tua-tua ni pun masih laku orang nak assigned task. Janji aku dah delivered dan client happy oklah. 


Nyawa dunia akhirat. Pembakar semangat untuk terus kuat.


Kalau follower Instagram aku mesti tahu ada satu instavideo aku buat khas untuk promosikan page http://www.motherhood.com.my/ memandangkan aku diberikan kesempatan menggunakan services mereka dan mendapatkan produk untuk Azriel di Web mereka. Membantu dan friendly user juga. Paling suka part follow up parcel samada sampai kepada penerima atau belom. Bagus inisiatif yang mereka adakan sangat berbaloi dan aku happy dengan perkhidmatan mereka. Alhamdulillah lagi rezeki Azriel. Sebenarnya banyak sangat job yang dapat dan semuanya dah hampir dateline. Aku terpaksa bekerja keras untuk apa yang aku dan committed. Dahlah kat office dokumen bertimbun, dengan study lagi. Tapi aku takkan pernah mengeluh sebab semua yang aku buat dengan rela hati tanpa paksaan. Aku nak apa yang aku belanjakan dan aku enjoy adalah dengan hasil titik peluh aku sendiri. Aku tak suka nak guna barang atau perkhidmatan orang atau bantuan orang yang mana kesudahannya kebaikkan yang aku terima menjadi ungkitan kemudian hari. Setakat apa yang aku pakai dan dapat sekarang adalah hasil dari penaja produk yang mereka minta untuk aku promote. Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi untuk Azriel. Mana lah tahu aku boleh bawak Azriel pergi holiday dan biarkan dia bermain sepuas hati dia. Dan berberlanja mengikut apa yang dia suka. InsyaAllah Azriel. Mommy cuba kerja keras lagi untuk awak yer. Janji adik jadi anak yang soleh hormat orang tua dan jadi manusia yang disayangi masyarakat. InsyaAllah.





Aku juga ada di offer untuk bergiat semula dalam bidang peragaan, tapi malangnya keadaan tak mengizinkan, yer aku tahu, bayaran lumayan dan mampu menambah duit poket. Tapi kudrat aku sekarang tak mampu lagi. Sebab later aku mungkin akan busy dengan kerja di office dimana KPI untuk setiap staff akan meningkat dan assignment yang bakal memecahkan kepala hotak aku lagi. Balik keje kena urus rumah lagi, masak lagi, kerja-kerja rumah.. aduhh penat nya.. Stress tempat keje tempat belajar dan segala tempat belum cerita. Sebab tula sekarang aku nampak macam tak kisah sebab aku memang malas nak layan benda tak penting dalam schedule hidup aku. So untuk sesapa yang acah-acah gelabah ngan aku tu, sila beringat yer, aku ni diam tak bererti aku menyerah dan redha. Sampai satu tahap aku dah give up aku sanggup lepaskan semuanya. Sebab aku lebih pentingkan diri dan anak aku berbanding segala dalam dunia ni.



Mula bergiat aktif sebagai Youtuber, Memandangkan aku ni jenis malu dan tak berapa yakin berada depan lenser dan bercakap depan camera record. Kebanyakkan video aku adalah bisu, atau dalam erti kata lain aku akan buat suara chipmunk haha.. tak kuasa aku dan bersuara normal sebab aku ni jenis kasar dan macam acah-acan gangster. Susah aku nak bersifat lembut ni. Gasaklah orang nak nilai apa, sebab aku bangga jadi diri aku dan orang tua aku bangga dengan diri aku. So who are you to judge me like you're sooo perfect. Hell !!So lantak! aku campak jauh2 perception negetif orang terhadap aku. nak berjaya tak semestinya takda musuh dan takda yang cemburu. Mesti ada dan cara terbaik kau abaikan langau-langau tak bertuan tu. Hahahah.. aku tak kuasa nak melayan.pergi mampsss...



















Terima kasih penyeponcer kalau ada lagi boleh lagi bagi. Orang bagi kita amik kan? Orang dah bagi job takkan awak nak tolak kan, alhamdulillah syukur Ya Allah. Sesuatu kepuasan yang dapat menghilangkan segala penat lelah dan stress. 

You May Also Like

4 Comments

  1. @Nurul Idris- alhamdullah rezeki awak.

    ReplyDelete
  2. wahhh... banyak barang2 best tu. rezeki comel yang cantik dan rajin =)

    ReplyDelete
  3. @Princess Momoy- Alhamdulillah rezeki Azriel merasa sikit2 barang best ni.. hihi

    ReplyDelete

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.