PERTAMA KALI NAIK KERETAPI DI RETRO KLANG, ACARA FLASHMOB AWAM PERTAMA DI SELANGOR.
Ok kejadian hujung minggu lepas ni mane ini adalah pengalaman pertama kali I naik keretapi. Poyo tak bajet orang have have sebab tak penah naik keretapi. Tapi frank speak memang tak pernah. kalau ETS or LRT tu selalu lah sebab itu public transport yang I gunaan setiap hari untuk ke office.
Nampak posing tak ingat kat depan keretapi sbb nak bagitahu kita bajaya naik keretapi
Pengalaman dan pendapat setelah menaiki keretapi. Nanti I ceritakan selepas introduction mengenai aktiviti yang I sertai pada hujung minggu lepas. Program yang I sertai dinamakan RETRO KLANG, ACARA FLASHMOB AWAM PERTAMA DI SELANGOR.
Retro
Klang, satu acara “flash mob” awam bersempena dengan bulan kemerdekaan julung
kali diadakan di Selangor yang bertujuan mempromosi keistimewaan Selangor
khususnya Bandar Diraja Klang.
Retro
Klang 2019 dianjurkan oleh UPEN Selangor dan LOCCO, singkatan untuk Local
Companian, adalah sebuah organisasi komuniti yang meraikan budaya setempat
Malaysia. Retro Klang diinspirasikan daripada Keretapi Sarong, salah satu acara
flashmob anjuran Locco yang telah berjaya menarik seramai 1500 peserta orang
awam berkain sarong dengan menaiki keretapi (LRT & MRT) pada tahun 2017 dan
seramai 2000 pada tahun 2018.
Para
peserta akan berpakaian retro dan busana kebangsaan dengan menaiki komuter dari
KL Sentral ke stesen Klang yang terletak diBandar DiRaja Klang. Para perserta
Retro Klang akan berkumpul seawa jaml 8.15 pagi di KL Sentral sebelum memulakan
perjalanan dengan menaiki komuter ke stesen Klang. Pelbagai aktiviti dirancang
untuk para peserta sepanjang perjalanan dan setibanya di stesen KTM Klang, para
peserta akan berjalan sejauh 150 meter ke Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz untuk
acara kemuncak.
Nampak tak bertapa bersungguh dan excited belajar main Gamelang ni. Tapi memang susah sampai feedup. Salute lah adik adik ni main alat muzik ni.
Antara
aktiviti yang dijalankan adalah seperti Joget Selangor, demonstrasi kuih
Selangor, permainan tradisi, ‘mini treasure hunt’ dan pameran koc sewa khas KTM Holiday cmenarik perhatian
peserta Retro Klang. Acara ini dirasmikan oleh Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin
Asari, Exco Pelancongan Negeri Selangor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu Dan Warisan.
Rakan
strategik Retro Klang adalah Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS), Majlis
Perbandaran Klang, Geleri Diraja Sultan Abdul Aziz, KTM Holiday dan KTM Komuter.
Program ini juga disertai oleh rakan komuniti seperti Sukarelawan LOCCO,
pelajar perubatan - Ramsay Sime Darby Healthcare College, pelajar daripada
jurusan fesyen – TARUC KL, Persatuan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM),
Projek Travel (Kumpulan komuniti blogger) serta gerakan sosial - Suspended
Meal. Retro Klang berharap objektif untuk menyatupadukan pelbagai kaum dengan
meraikan busana tradisi dan warisan negara kita dapat dicapai dalam
menyemarakkan semangat kemerdekaan serta mempromosikan Bandar Diraja Klang
sebagai antara pusat pelancongan di Selangor.
coach ruangan kerabat diraja yang amat cantik dan berseni
Keretapi Tanah Melayu Berhad yang dibawa oleh KTM Holiday. Koc chillex dan koc karaoke yang telah diubah suai menjadi koc pesta muda mudi. Ini sangat buatkan I teruja secara jujurnya amat berbesar hati kerana di jemput pihak KTM dan Locco bagi merasai sendiri tour didalam gerabak KTM Holiday. Yang mana menjadi tarikan pada I adalah coach ruangan kerabat diraja yang amat cantik dan berseni. Terlalu teruja dengan segala hiasan dan persembahan serta aktiviti yang diadakan.
Antara koleksi dalam musium
Pada I aktiviti sebegini amat sesuai dilakukan setiap tahun dimana, setelah sekian lama peredaran masa yang jauh ketinggalan menjadikan generasi muda kurang ilmu tentang zaman retro ini. Even I yang lahir pada tahun 1983 juga jauh ketinggalan tentang zaman retro mak ayah kita ni. Amat seronok jka diteruskan agar generasi akan datang terus menerus mengenali asal usul budaya mengikut zaman.
tahu saja lah zaman youngsters sekarang sangat into Tecno dan hipster, risau nanti zamn dan budaya retro ini tenggelam dek zaman. Bagus sangat dan tahniah KTM Holiday dan Loccomy dalam effort untuk approached acara sedemikian. I sangat happy teruja dan berharap aktiviti sebegini diteruskan lagi di masa hadapan dan tak lupa juga jika ditambah lagi aktiviti nya supaya menjadi lebih meriah dan terisi.
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim