Pneumonia-Bronchitis dan Azriel

by - September 20, 2019




Last month selesai minggu exam ingatkan boleh berehat. Dapat lah rehat tapi  tak lama 2,3 hari selepas tu berita kurang baik kami terima. Berkenaan Azriel.


Azriel ni kalau ikutkan susah nak sakit demam segala ni. Tapi mengenangkan sekarang musim haze yang sangat teruk, maka ramai lah or penuh pesakit di semua klinik. Haah musim demam sakit tekak, hidung kepala dan segala. Azriel pun tak terlepas dari penyakit tersebut.




Azriel ni kalau ikutkan seorang yang sgt aktif dan tahan lasak. Walaupun dia seorang kanak-kanak yang dilahirkan tidak cukup bulan. Nampak je fizikal luaran macam abang abang tapi masih category toddler yer.



Sebelum raya Haji lagi Azriel ada alami selsema dan batuk yang teruk. Tapi batuk tu boleh dimaafkan lagi. lagipun Mommy memang bawa ke klinik untuk dapatkan rawatan. Ia bermula dengan batuk dan selsema yang xelok elok. Setiap kali makan ubat ia stop, selepas beberapa jam kemudia die datang balik batuk dan running nose yang teruk tu. Tapi Mommy dah mula rasa tak sedap hati, so decided to send and check him kat Klinik for the 5th times. Kali ni Doc dah tak boleh continue ubat sebab according to Azriel's condition dia kena dapatkan further treatment from Pae. kata Doc paru-paru dia tak cari, dan dia pun macam kena serangan asthma yang teruk since batuk terlalu lama.

So that night Doc buatkan referral letter untuk ke emergency dan jumpa Pae. Tapi sayang kami ke emergency waktu tu dah tengah malam since hanya doc pertugas malam je ada dan ward penuh. Kami dinasihatkan untuk datang keesokkan pagi untuk dapatkan rawatan lanjut untuk Azriel. kalau nanpak dari segi luaran Azriel sangat Aktif, dengan mulut becok murai yang tak henti henti tanyakan soalan pada sesiapa je yang lalu depan mata. hakikatnya dia tak sihat dan badan dia sangat lemah. So Esoknya kami datang ke Columbia Hospital untuk dapatkan rawatan dan Azriel telah diletakkan dibawah jagaan Pae Dr Kee. Azriel dibawa ke bilik Xtray dan keputusan telah keluar dan Dr Kee dapati Azriel kena Pneumonia-bronchitis. Ia lebih merumitkan bila Azriel ada asthma yang teruk kesan dari batuk yang terlalu lama. Azriel kena ward untuk tujuan intensive treatment.



Ok sedikit info tentang Pneumonia-Bronchitis.

Terdapat dua jenis penyakit yang menyerang saluran pernafasan, iaitu pneumonia dan bronkitis. Kedua-dua penyakit ini sebenarnya berbeza, tetapi ramai yang masih salah faham dan menganggap kedua-dua penyakit ini sama. Malah, pneumonia adalah jangkitan yang menyerang paru-paru, sementara bronkitis adalah jangkitan yang menyerang saluran pernafasan atau bronkus. Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi perbezaan antara kedua-dua penyakit ini.

Perbezaan Pneumonia dan Bronkitis (pencarian dari google search)

Pneumonia

Pneumonia adalah jangkitan pernafasan yang menyerang paru-paru. Dalam radang paru-paru, alveoli (kantung udara di mana oksigen dan karbon dioksida ditukar) dipenuhi dengan bendalir, menyebabkan paru-paru menjadi radang. Penyebabnya ialah bakteria, virus, dan kulat.

Pneumonia boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tetapi risiko lebih tinggi pada bayi, kanak-kanak, dan orang lebih daripada 65 tahun. Di samping itu, mereka yang mengalami keadaan perubatan kronik seperti asma, diabetes, kegagalan jantung, dan juga sistem imun yang lemah juga lebih mudah terdedah kepada penyakit ini.

Bronkitis

Bronkitis adalah keadaan apabila tiub bronkus dijangkiti dan menjadi radang. Sebabnya pelbagai. Antaranya adalah virus, jangkitan bakteria, atau terlalu sering terdedah kepada asap rokok dan pencemaran. Bronkitis boleh dibahagikan kepada dua jenis:

1. bronkitis akut. Jangkitan ini adalah jangka pendek, biasanya berlangsung selama 7-10 hari. Walau bagaimanapun, batuk akan berterusan selama beberapa minggu atau bulan.

2. Bronkitis kronik. Jangkitan kronik yang lebih lama dan lebih teruk daripada bronkitis akut. Keadaan ini lebih kerap berlaku pada orang yang mempunyai asma, emfisema, dan perokok aktif.

Perbezaan Gejala Pneumonia dan Bronkitis

Pada dasarnya, kedua-dua penyakit ini disebabkan oleh jangkitan dan disertai oleh batuk yang bertahan lama. Walau bagaimanapun, perbezaan yang paling jelas antara keduanya terletak pada gejala yang menyebabkannya.

Gejala Radang paru-paru

Gejala radang paru-paru boleh dikatakan ringan atau teruk bergantung kepada penyebab, usia, dan keadaan kesihatan keseluruhan. Gejala yang paling biasa ialah:

1. Batuk yang boleh menghasilkan kahak yang kuning, hijau, dan juga pendarahan.

2. Sesak nafas.

3. Demam.

4. Menggigil.

5. Kesakitan dada, terutamanya apabila batuk dan nafas panjang.

6. sakit kepala.

7. Mual dan muntah.

8. Berpeluh berlebihan.

9. Limp.

Gejala bronkitis

Sekiranya terdapat masalah pernafasan yang berkaitan dengan bronkitis, gejala yang muncul biasanya seperti:

1. Dada berasa ketat seperti tersumbat.

2. Batuk yang menghasilkan lendir bercampur, putih, kuning hijau, dan darah.

3. Menghidu atau bernafas lembut.

4. Tubuh berasa lemah.

5. Panas sejuk (demam).

6. Demam.

7. Selesema dan kesesakan hidung.

8. Sakit kerongkong.

Dalam bronkitis, walaupun gejala-gejala telah hilang, batuk boleh berlangsung selama beberapa minggu kerana tiub bronkial sedang menjalani penyembuhan. Manakala apabila anda mengalami bronkitis kronik, anda akan mengalami tempoh sebelum akhirnya keadaan penyakit semakin buruk. Pada fasa ini, anda mengalami gejala seperti bronkitis akut.

Pada dasarnya, walaupun kedua-dua jenis penyakit ini mempunyai sedikit persamaan, kedua-duanya mempunyai perbezaan asas. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti radang paru-paru dan bronkitis, tetapi masih keliru untuk membezakannya, anda perlu segera meminta doktor di Halodoc. Mendapatkan diagnosis yang tepat adalah sangat penting untuk menentukan pelan rawatan anda dan mencegah penyakit menjadi lebih teruk.

Alhamdulillah Azriel dibenarkan discharge selepas 4 malam bermalam di ward. Mommy jangan cakap lah letih tuhan saja tahu. Tak selesa wei duk hospital, baru nak lelap, nurse datang nak check pressure lah demam lah, check itu, check ini bagi makan ubat lah, kena nak bagi nab la.. adeiii xlarat memang tak sabar nak balik rumah. Alhamdullilah dapat balik juga akhirnya tapi bekalan ubat memang tak disangka sangka lah punya lah banyak. 



Itu dia bekalan ubat, bukan main lagi kan.. Tapi ni bekalan untuk 1 bulan sampai next appointment.

Kesian Azriel tak pasal kena pakai gas sama macam mommy. Hurm.. harap-harap untuk next appointment Azriel tak perlu bergantung dengan ubatan ubatan ni. Kesian bila tengok anak-anak sakit nak-nak masa kat hospital I tengok ramai lah kanak-kanak yang tangan berbalut kesan dari jarum drip. Kebanyakkannya mengidap penyakit sama macam Azriel dan ada yang kena kurantin bilik asing sebab H1N1. Kesian kan?

So mommy kat luar sana kena extra care tentang kesihatan anak ni. Jangan pandang ringan bab ni. Kadang nampak anak macam dedar dan demam biasa-biasa, batuk manja gitu. Tapi still korang kena monitor tau. Sebab zaman sekarang kalau sakit dah macam macam ada, nama pun pelik-pelik, kalau amik mudah mula lah melarat, lepas tu macam macam nama saintifik lah klua untuk nama penyakit. Jam tu lah mula jadi viral. 

Dalam musim haze ni kenalah bagi anak-anak vitamin extra dan juga paksa anak minum air kosong. alhamdulillah Azriel jenis senang makan ubat paling penting dia suka minum air kosong. So mommy kat luar sana kena lah bagi anak-anak minum air kosong lebih ok. Alhamdulillah juga kesihatan azriel dah makin baik tggu lagi 2 bulan untuk check up. Tengok nanti perkembangan kesihatan dia nt. Doakan Azriel sihat yer semua. Mommy lost xtau nak taip ape ni.



You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.