Day 2 : GUARDIAN RETREAT HEALTH BEAUTY 2019

by - October 24, 2019


Assalamualaikum, sambung cerita kita untuk hari yang ke 2 di GUARDIAN RETREAT HEALTH BEAUTY 2019.



Macam biasa lah aktiviti bermula seawal jam 7.15. Ok nak dijadikan cerita yang tak bestnya adalah. Masa ni mengenangkan aku sepatutnya sebilik dengan Ruby dan Najah. Tapi Sebab Ruby berjaya menang contest dan ditaja penginapan dia 1 nite stay sesorang kat corner chalet atas air. Gittew. Tinggal lah kami. Tapi bukan citer Ruby kena duk chalet air yang tak best. Ni cerita i dengan si Najah lah, diikutkan i memang sedar awal, kul6.30 i dah bangun siap subuh sesiap. Disebabkan hari sebelum tu kami turun awal dari yang lain menyebabkan aku kena tggu yang lain complete berkumpul. Sebab taknak menunggu macam kemarin dan memandangkan bilik kitaorang memang tak jauh dari tepi pantai yang kami bakal berkumpul untuk aktiviti Beach Bootcamp Exercise. biarkan saja waktu berjalan dan dah 7.30 pagi masih tak nampak sebarang bayang manusia pun yang berkumpul, sekali sekala adalah bunyi jeritan diiringi bunyi deruan ombak. 



Nah!!! Amik ko!! bila kami turun dari bilik dan ke pantai rupanya aktiviti Beach Bootcamp Exercise tu dah tinggal separuh jalan. Hahahahah maaf lah kawan-kawan, bukan akak mengelat yer. Mane lah i tau u all dah lama turun dan tak sedar pun pasal u all dah settled buat aktiviti sally up sally down. Gosh sorry sesangat.Mati mati i ingatkan semua belom turun dan aktiviti tak start lagi, rupanya, adeii dahnak habis. Tapi sempat lah i join sisa sisa senaman, merasa lah berendam dalam air masim.Lepas je sesi bootcamp kami bersesi gambar-gambar. 








Ok lepas bootcamp kita sun bathing ok..

Pahtu kita photo photog...








Dan sesungguhnya owner blog ini seorang yang hyper








Meal Prepping to Healthy Eating. 




Poke Bowl! Penah korang tahu tak apa itu poke bowl?Poke Bowl di amat terkenal dan berasal dari Hawaii Raw food yang mengandungi bahan ikan mentah, kekacang sayuran, dan macam macam lagi campuran mengikut citarasa tekak. Paling penting ia adalah raw food yang sihat dan mampu dijadikan menu untuk mereka yang mahu mulakan rutin menu diet masing-masing. Ia lengkap nutrisi,protein dan fiber tinggi yang mampu memberikan tenaga berpanjangan dan dalam masa yang sama mampu mengekalkan berat badan dan kesihatan tubuh badan. 



Jadi sesi kali ini speaker Coach Cruz yang akan memberikan tunjuk ajar tentang cara penyediaan poke dalam masa yang sama menerangkan dengan detail tentang khasiat dan serat yang seharusnya ada dalam semangkuk poke bowl. Secara jujurnya i bukan lah pemakan makanan raw lagi-lagi macam ikan segala, sushi i makan tapi tengok meal jugak lah. Bab poke bowl yang i tau ia kebanyakkan dihasil dari bahan yang tak masak. hihi, sayuran kekacang i boleh telan lagi. tapi yang sejenis daging mentah ni.hurmm memang kurang lah. 





Setelah penerangan terperinci diberikan kami diminta untuk menyediakan poke bowl mengikut kreativi masing-masing dan kami dibahagiakan kepada beberapa kumpulan. Bahan- bahan telah disedia lengkap oleh team Guardian dan main ingredient adalah produk dari Nature's Heart.(Campuran kekacang yang pelbagai) 





So meh layan gambar poke bowl kami. 


Selepas Selesai aktiviti Poke bowl beralih ke aktivi seterusnya. Yang ni secara jujurnya i amat minat dan amat suka kerana ia tentang Mental Health Issues Among Young Women with Dr Sivakumar Kumaresan. 




Secara jujurnya sehingga kini, masih lagi ia menjadi topik hangat dimana, wanita terutama sekali mudah terjerumus dan menghadapi depression yang melampau hingga mengakibatkan kemudaratan diri. Perkara ini juga telah hangat dibincangkan, bahkan bagi i bukan sahaja golongan wanita muda sahaja yang akan hadapi tekanan mental, wanita kerjaya, kaum ibu atau maybe nenek kita. Wanita adalah selemah lemah wanita yang dikatakan mampu menggocangkan bumi jika ia mula bertindak. tapi itu untuk yang mampu hadapi dan boleh terima ujian serta dugaan. bagaiman pula pada yang lemah dan mula rasa diri tidak berguna dan tidak disayangi. 




kesihatan mental ini sukar diklasifikasikan kerana ia amat subjective untuk dinilai. kadang kala korang nampak seseorang itu nampak seperti sihat dan normal hakikatnya dia dalam masalah yang melampau sehingga tak dapat ditanggung. Hanya mampu menyembunyi kesedihan melalui senyuman. Kurang mendapat perhatian ibu bapa, pasangan hidup atau kenalan terdekat selain penggunaan media sosial tanpa kawalan dikenal pasti antara penyumbang masalah kesihatan mental serius yang dihidapi mereka ini. 




i menangis bila menjalani satu teknik dimana mengenal pasti titik tahap bahagia pada diri. Dan sudahnya i menangis, sebab apa? biarlah rahsia.. hihihi..


Wanita mengalami perubahan hormon pada fasa tertentu dalam kitar kehidupan mereka. Fasa yang dimaksudkan adalah waktu prahaid, mengandung, berpantang dan sekitar atau selepas menopaus. Seseorang wanita, tidak kira asal-usulnya, tahap pendidikan, status ekonomi dan sebagainya, boleh terdedah kepada masalah kesihatan mental yang sama semasa melalui fasa penting ini. 


Mereka terdedah kepada masalah kesihatan mental seperti: 


• Gangguan emosi sebelum atau sekitar waktu haid iaitu sindrom prahaid dan kecelaruan disforik prahaid (PMDD) 


• Gangguan emosi sewaktu mengandung. 


• Gangguan emosi sewaktu berpantang 


• Gangguan emosi sekitar atau selepas menopaus 


Kecelaruan mental 

Kebanyakan kecelaruan mental berlaku pada kadar yang sama antara wanita dan lelaki. Gejala kecelaruan mental adalah berbeza di antara wanita dan lelaki. Kecelaruan mental yang melanda lebih banyak dalam kalangan wanita berbanding lelaki adalah: 


1. Kemurungan 

Wanita dilanda kemurungan dengan kadar dua kali ganda lebih daripada lelaki. Satu daripada empat wanita memerlukan rawatan untuk kemurungan berbanding dengan satu dalam 10 lelaki. Ini mungkin kerana perbezaan dari segi: 


a. Psikologi -. Lelaki lebih terbuka menerima tekanan dan cuba tidak menunjukkan masalah mereka. Manakala wanita yang tertekan pula sering berasa rendah diri dan mudah hilang kawalan. 


b. Sosial - Kurang sokongan untuk kaum wanita. 


c. Biologi - Perubahan hormon yang menambahkan risiko kemurungan pada kaum wanita. 


2. Mencederakan diri 


Kajian terdahulu menunjukkan lebih ramai wanita mencederakan diri daripada lelaki tetapi kini didapati wanita dan lelaki mencederakan diri pada kadar yang sama. Mencederakan diri dianggap sebagai satu reaksi manusia apabila berhadapan dengan stres, kemurungan, kebimbangan yang melampau dan permasalahan hidup. 


Manusia juga boleh terjebak dengan menghisap rokok, mengambil dadah atau alkohol akibat stres. Lebih ramai lelaki yang terbabit dalam kancah rokok, alkohol dan dadah, bagaimanapun wanita juga tidak terkecuali. 


3. Kecelaruan pemakanan 

Ia banyak terjadi dalam kalangan wanita berbanding lelaki terutamanya untuk masalah anoreksia nervosa. Begitupun, jumlah lelaki yang berhadapan dengan kecelaruan pemakanan kini semakin meningkat. Cara manifestasi kecelaruan ini mungkin berbeza antara wanita dan lelaki. 


4. Kebimbangan 


Wanita mengalami kebimbangan dua kali ganda berbanding lelaki. Sebanyak 60 peratus masalah fobia atau kecelaruan obsesif kompulsif berlaku pada wanita. 


5. Kecelaruan stres pasca trauma 


Lebih ramai wanita mengalami kecelaruan stres pasca-trauma berbanding lelaki kerana mungkin disebabkan wanita lebih terdedah kepada keganasan seks. 


6. Demensia 


Dua pertiga orang yang mengalami demensia adalah wanita. Risiko mengalami demensia bertambah dengan pertambahan usia apabila wanita terdedah kerana jangka hayat yang lebih panjang. 


Penjagaan kesihatan mental wanita 

Sokongan emosi sangat penting bagi wanita terutamanya ketika mereka melalui perubahan atau kehilangan sesuatu dalam hidup. Ini kerana sifat semula jadi wanita selalunya ingin meluahkan perasaan mereka. 


Perasaan mereka bertambah baik apabila masalah didengari. Sokongan emosi daripada wanita lain atau kakitangan profesional sangat penting dalam kesihatan mental mereka dan membantu proses pemulihan daripada kecelaruan kesihatan mental. 


Selain itu, dalam kesibukan wanita menjaga ahli keluarga atau orang lain, mereka perlu melapangkan masa untuk aktiviti penjagaan diri yang memberi kepuasan seperti bersantai, rekreasi, memiliki hobi, hiburan dan sebagainya. 


Sumber: Portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Selesai sesi mental health kami telah diberikan pendidikan tentang Aromatherapy Benefits For Mental and Spritual Health bersama Team Avi Spa. 



Wah kalau perkara melibatkan spa siapa yang tak suka, cer bagitahu i. Sememangnya semua amat sukakan treatment spa. Staff Avi Spa telah menerangkan fungsi dan kebaikkan tentang bauan aroma terapi yang mampu memberi ketenangan jiwa dan mental pada yang menghidunya. Ternyata ia menenangkan dan lagi pula ia amat selesa dan mampu released our stress dan penat seharian. 



Ok part paling best ialah sesi urutan berantai. Tengo saja gambar yang i kongsikan ternyata semua amat menyukai urutan spa dan sememangnya kami amat memerlukan treatment ini. Mereka ada juga mengadakan contest dimana kami haruslah post gambar pada media sosial (instagram) bersama caption yang paling creative bagi melayakan diri untuk mendapat ganjaran iaitu package spa untuk 2 orang. Dimana caption tersebutadalah berkaitan Avi Spa atau nyatakan mengapa kami perlukan treatment Avi Spa? 



Alhamdulillah rezeki tak pernah silap alamat. Dapat dekat si budak Mira yang i sedia tahu dia amat memerlukan treatment spa ni. Yela, beliau ibu muda yang pertama kali menjadi ibu, dan mengorbankan waktu bersenang bersama kawan untuk berkhidmat sepenuhnya pada keluarga terutama anak dan suami. Jadi beliau memang layak untuk mendapat hadiah treatment tersebut. Tahniah Mira citcit!!!!! 

Ok stop sini sebab aktiviti malam sukar digambarkan buat masa sekarang kerana kesemua kami ketika ini dalam keadaan tidak sedarkan diri. Harap maklum, so korang kenalah tunggu untuk next entry ok.. hahahah 


You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.