Pengalaman Shopping yang tak mampu ditandingi Dimana mana J-HUNT THE MOTTAINAI STORE 1st outlet Di SUbang Jaya kini DIbuka secara rasmi!!
Hai korang, untuk entry kali ni, i nak shared pasal gedung store terbaru yang bertempat di dalam bangunan Aeon Big Subang jaya, di tingkat 2.Dimana ia berita gembira bagi penduduk disekitar Subang jaya dan kejiranannya. Ia outlet yang mudah untuk dijumpai dan berhampiran dengan perkhidmatan awam, seperti LRT dan MRT.
Boleh dikatakan secara jujurnya, inilah pertama kali shopping like hell yang mana korang tak perlu risau even barangan yang korang angkut masuk dalam bakul melebihi 2 bakul. Ia perkara biasa apabila korang mula menjejaki kaki ke J-HUNT THE MOTTAINAI STORE. Yer tak tipu sebab kualiti barangan dan harga adalah di luar kotak fikiran korang. Iyer sekali lagi i tegaskan bahawa bersiap sedia jika korang adalah seorang peminat tegar barangan dari negara matahari terbit ini.
Untuk pengetahuan korang J-HUNT THE MOTTAINAI STORE adalah gedung store dimana founder mereka juga adalah dari Jepun yang mana mengetengahkan idea untuk sentiasa cintakan alam sekitar. Bertepatan dengan konsep 3R's iaitu REUSE,REDUCE & RECYCLE dan penambahan bagi moto mereka RESPECT.
Jangan risau di J-HUNT THE MOTTAINAI STORE ini terdapat barangan daripada preloved items sehinggalah premium yang mana setiap barangan yang dipamerkan dan dikeluarkan bagi tujuan jualan, sudah melalui proses tertentu secara teliti sebelum mereka menjual barangan tersebut.
Selamat masuk bakul
Mesti korang nak tahu kan, apa je yang ada kat gedung J-HUNT THE MOTTAINAI STORE ni. Hah nak bagitahu, mereka menyediakan 10 kategori items yang mampu menarik minat para pembeli kerana ia melibatkan barangan seperti:
- Pakaian
- Kasut
- Barangan sukan
- Bag
- Barangan Dapur
- kanak-kanak
- pengumpul barangan limited edition dan antik
- Jam tangan
- Gadjet
- MISC (Toys buku dan macam-macam)
Tak dapat digambarkan bertapa excitednya diri ini, bila pertama kali jejaki kaki ke sini. Bayangkan i hanya spent RM100 untuk dua bakul besar. Antaranya baju, kasut bag.Yer hampir 2 jam hanya menapak di bahagian pakaian. Bayangkan baju-baju cantik dengan tag jenama, dari preloved hingga yang paling baru ada di jual dengan harga yang tak masuk akal.maksud i bila tak masuk akal adalah dimana harga jualan bermula dari RM1-RM10 dan keatas, mengikut jenama, kualiti dan umur barangan tersebut. jadi jangan terkejut kalau tengok harga perhiasan yang dipamerkan atau barangan GUDAM (anime characters )limited collection bernilai puluhan ribu ringgit. Barangan antik/ vintage juga boleh didapati dimana J-HUNT THE MOTTAINAI STORE membawa bersama budaya dan kisah sejarah silam mereka melalui patung-patuang artifak. Jangan tidak percaya kerana ada sahaja yang sanggup spent sejumlah wang untuk hasil tinggalan yang antik dan unik ini. Semua barangan ini adalah asli dan berasal dari Tokugawa shogunate pada era Edo (1600-1868)masihi.
Secara jujurnya i hanya mampu membuat pengakuan disini, dimana sepanjang setengah hari tersebut, i hanya mampu menghabiskan masa untuk membelek dan melihat lihat barangan pakaian kasut serta koleksi bag jenama. Sedangkan J-HUNT THE MOTTAINAI STORE memiliki ruangan yang besar dimana pelbagai koleksi barangan yang amat menarik dan menjadikan itu penyebab utama untuk i datang semula dan explore apa yang bakal dipamerkan lagi oleh J-HUNT THE MOTTAINAI STORE.
Percaya lah jika sekali korang masuk, korang tak akan mampu untuk keluar, temptation terhadap barangan serta harga yang ditawarkan bikin sesiapa jua akan hilang akal.
Jadi I nak mengajak korang yang suka shopping, suka preloved, suka premium items suka baragan antik dan suka segalanya tentang Jepun. Untuk datang bawa seluruh ahli keluarga korang, explore dan rasai sendiri pengalaman berberlanja ibarat anda seorang yang kaya dan tak pernah rasa bersalah dalam mengeluarkan setiap note dari wallet.
Nanti datanglah sebab JHUNT THE MOTTAINAI STORE sudah mula beroperasi bermula dari 25 October lalu dan telah dibuka secara rasmi untuk menerima sambutan dari korang.
Sistem pembayaran juga amat mudah dan mempunyai banyak option bagi yang tidak suka bawa cash ditangan. Kerana J-HUNT THE MOTTAINAI STORE ada menyediakan pekhidmatan E-Wallet untuk mmemudahkan para pelanggan melakukan transaksi.Antara yang terlibat GrayPay,Boost, AliPAY,WeChatPay, Ipay88, T&G E-wallet, M Cash dan Inion Pay. Mudah bukan?
kata mereka
Tak Kisah Budget Anda!!Regardless of your budget, you'll always get more at J-Hunt. Prices starts ar RM1 for many items. While our items are preloved, you will appreciate our quality. All items are shipped directly from Japan.
Alamat untuk rujukan
2f Lot2-13, Aeon Big Subang Jaya,
Jalan Kemajuan Subang, Ss 16, 47500
Subang Jaya, Selangor
Jalan Kemajuan Subang, Ss 16, 47500
Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi
10:00AM–10:00PM Jom layan Video penuh sepanjang aktiviti menerjah koleksi yang terdapat di J-HUNT THE MOTTAINAI STORE Klik Link ini untuk lanjut
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim