Nikmati & Raikan Usia Anda dengan Penuh Keanggunan dengan Clinelle CaviarGold

by - November 23, 2019


Cantik adalah subjektif dan cantik bergantung pada cara seseorang membawa personaliti diri dan menjaga rutin harian untuk kekal cantik. 



Ianya sangat penting untuk mengecapi kebahagiaan dengan kelihatan menawan di khalayak ramai terutamanya apabila umur semakin meningkat. Clinelle merupakan satu-satunya jenama penjagaan wajah dengan keberkesanan produk tanpa bahan bahan yang berbahaya serta komited untuk menawarkan pelbagai rangkaian produk yang membantu pengguna untuk tampil menawan dengan penuh Keyakinan. 



Terbukti rangkaian produk CaviarGold yang hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi dan berkesan dikenali untuk memberikan kesan anti-penuaan yang cepat dan berpanjangan. Dengan Triple Gold Lifting and Firming Complex, yang mengandungi bahan-bahan mewah seperti Extrak Kaviar (Emas Hitam), 24K Nano Emas dan Tumbuhan Emas Phyto, kulit boleh merasa perubahannya dengan sertamerta selepas menggunakan rangkaian produk ini. Berdasarkan kajian bersama Home Tester Club yang telah dijalankan pada November 2019: 




Kaji selidik yang dijalankan oleh Home Tester Club antara 9/10/19 dan 20/11/19, 421 ahli Home Tester Club telah menerima dan menggunakan Clinelle CaviarGold. 









Melangkah setapak kehadapan untuk memanjakan pengguna kami, Clinelle CaviarGold kini melancarkan penambahan terbaru kepada keluarga Clinelle, CaviarGold Treatment Concentrate. Produk ini diperkaya dengan Omega 3,6,7 & 9 dan diformulasi khusus dengan extrak Minyak Botani dan Ekstrak Kaviar untuk merangsang dan meningkatkan keserian kulit. 



Ia melengkapi rangkaian produk CaviarGold untuk merawat dan melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar. Produk ini berfungsi untuk menguatkan penghadang kulit semulajadi untuk menghalang kehilangan kelembapan dan penuaan sebelum matang.




Antara kebaikan produk ini adalah manfaat haruman aroma terapinya yang menenang dan menyegarkan. Ia amat berkesan untuk menenangkan kulit dan minda. Menurut Shima Anuar, Duta Produk Clinelle, “Saya sangat menyukai haruman semulajadinya yang terdapat pada CaviarGold Treatment Concentrate kerana ianya sangat menenangkan dan amat sesuai untuk kehidupan harian saya yang sangat padat. Selain itu, tekstur produk ini juga sangat ringan dan ianya menyerap serta-merta ke dalam kulit.”


Ianya terbukti bahawa penggunaan Treatment Concentrate secara kerap mampu untuk mengurangkan kedutan dan garis halus.


Langkah Penggunaan: 

1. Titiskan 2-3 titis Treatment Concentrate ke atas tapak tangan 

2. Gosokkan tangan anda sehingga terasa hangat. 

3. Ambil nafas panjang untuk menikmati sensasi yang menenangkan. 

4. Seterusnya, sapukan dengan lembut di muka dan leher dalam gerakan ke atas sehingga ianya meresap ke dalam kulit. Untuk kesan yang lebih baik, gunakan dengan Krim CaviarGold Firming. 


Tip untuk kulit yang tampil berseri: 



Sapukan 1-2 titik CaviarGold Treatment Concentrate ke atas muka sebagai primer sebelum menggunakan asas cecair untuk menikmati solekan wajah yang licin dan tanpa cela. 


CaviarGold Treatment Concentrate semestinya pilihan pengguna untuk penjagaan wajah kerana ia mengandungi kesemua bahan-bahan yang berkhasiat untuk menyempurna dan merawat kulit secara keseluruhan. Harga pasaran pada RM89.90 dan hanya boleh didapati secara ekslusif di cawangan Watsons yang terpilih dan laman web Watsons. Muat turun aplikasi Watsons yang boleh didapati di google playstore atau apple app store. 

BERKESAN DAN SELAMAT DENGAN 7 NOs 

Selaras dengan rangkaian produk penjagaan wajah Clinelle, Koleksi Clinelle CaviarGold telah diuji secara dermatologi untuk toleransi dan keberkesanannya. Justeru itu, ianya sesuai dengan semua jenis kulit termasuk kulit sensitive. Kesemua produk Clinelle diformulasi dengan 7 rahsia untuk kulit yang ceria yang tidak termasuk bahan-bahan berbahaya: Tanpa Pewarna Tiruan, Tanpa Pewangi Tiruan, Tanpa Lanolin, Tanpa Minyak Mineral, Tanpa SSD-Alkohol, Tanpa Komedogenik dan Tanpa Paraben. Secara amnya, kesemua produk Clinelle berfungsi dengan berkesan untuk membebaskan kulit daripada pencemaran alam sekitar dengan Aksi RX3, iaitu Repair, Refine dan Reshield kulit untuk memberikan kesihatan kulit yang optimum dan berpanjangan.

Tentang Esthetics International Group Berhad (EIG) 

Penjagaan kulit Clinelle diedarkan oleh EIG Pharma Asia Sdn. Bhd, rakan kongsi Esthetics International Group Berhad (EIG). EIG tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad sejak Mac 2004. Dengan pengalaman industri yang melebihi 30 tahun, EIG merupakan salah satu peneraju industri kecantikan dan kesihatan di ASEAN dan Hong Kong. Ibu Pejabat EIG Pharma Asia Sdn. Bhd. terletak di Selangor, Malaysia dan terdapat pejabat serantau yang terletak di Singapura, Hong Kong dan Thailand. 



Kekuatan kumpulan ini juga terletak pada reputasi pasarannya yang luar biasa, pelbagai pilihan produk berkualiti, kecemerlangan dalam pendidikan dan latihan, pengagihan rangkaian yang luas dan tidak terkecuali pelanggan yang setia. 



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

Caryn Lee 

Product Manager 

Tel: 03 7809 6606 ext 602 




atau 



Lee Jia Er 

Senior Product Executive Tel: 03 7809 6606 ext 617 




Sertai Facebook kami: Clinelle Ikuti Instagram kami: https://www.instagram.com/myclinelle/

You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.