Sambal Tumis Udang versi Comel

by - March 27, 2020




Assalamualaikum,

Dimusim tempoh berkurung ni, jom lah pakat masuk dapur bukak fridge tengok apa yang ada untuk di ngap. Jadi tergerak hati untuk berkongsi resipe simple yang i sendiri reka, kononnya mengikut selera tekak. Tapi tak sangka selepas puas show off kat FB ada yang DM tanya macam mana nak sediakan
Memandangkan ada yang tanya macam mana sambal udang i kehitaman warnannya. adakah ada letak kicap atau sebarang pewarna tiruan yang menjadikan sambal sebegitu rupa.Macam mana cara nak sediakan dan ape ramuan rahsia. hoihoi..hagak-hagak lah takda ramuan rahsia der. Heheh.. am not the expert dalam bidang masakan, tapi yang pasti i suka explore pasal masakan. Memasak apa saja yang tergerak diminda. So here you go recipe  Sambal Tumis Udang.

Bahan-Bahan

Udang bersize sederhana dalam 10 ekor
Bawang besar 2 (satu diblend 1 lagi potong slice)
2 ulas bawang putih (blend)
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar gula melaka
sedikit air asam jawa ikut tahap kemasaman yg korang suka
garam secukup rasa
daun bawang sebagai hiasan dan tambahan rencah

Cara-cara

Goreng udang sekejap dlm minyak sederhana. Toskan letak tepi. (jangan dibuang air udang tadi ok.)
Tumiskan semua bahan kisaran tadi sehingga pecah minyak. Masukkan air perahan asam jawa dah masakkan lagi hingga nampak kering dan garing. Masukkan air lebihan udang yang digoreng tadi. garam secukup rasa. Dan masukkan bawang slice dan juga daun bawang kacau rata then SIAP!!!
Senang bukan? Makan pulak dengan nasi panas-panas, nyaman. 

Selamat mencuba!

Tips: Air lebihan yang goreng udang tadi jangan dibuang tau, guna pakai balik dalam tumisan tadi sebab ia menghasilkan rasa manis yang asli datang dari udang. Udang kan manis. So takdalah korang perlu guna gula pasir untuk hasilkan kemanisan masakan. Atau korang juga boleh tambahkan petai kalau suka ok. (dan esoknya jangan share toilet yer)





You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.