Tawaran hebat di Guardian sempena Hari Wanita Sedunia 2020 - Beli 1 Percuma 1 untuk lebih 250 produk yang ditawarkan dalam kategori penjagaan kulit dan penjagaan diri

by - March 08, 2020


Guardian Malaysia bakal meraikan Hari Wanita Sedunia (IWD) tahun ini dengan pelbagai tawaran hebat bermula sekarang sehingga 31 Mac 2020. Bertemakan “Kita Lebih Cantik Bersama”, pelanggan boleh membeli 1 produk dan mendapat 1 produk secara PERCUMA daripada lebih 250 produk yang ditawarkan dalam kategori penjagaan kulit dan penjagaan diri. Ini termasuk promosi harga runtuh istimewa yang akan diadakan setiap hari Khamis hingga Ahad setiap minggu sepanjang bulan Mac 2020.

Selain itu, dalam tempoh yang sama Guardian turut mengadakan sebuah peraduan menarik Beli & Menang Penjagaan Kulit yang menawarkan pelbagai hadiah hebat berjumlah RM88,000 untuk dimenangi. Dua hadiah pertama bakal memenangi baucar percutian bernilai RM6,000 setiap seorang, manakala enam hadiah tempat kedua bakal menerima baucar percutian bernilai RM3,000 setiap seorang dan sepuluh hadiah tempat ketiga bakal menerima baucar percutian bernilai RM2,000 setiap seorang. Bukan itu sahaja, sepuluh hadiah saguhati berupa Smart Watch bernilai RM1,500 setiap satu turut ditawarkan.

20 pemenang hamper mingguan bernilai RM300 setiap satu juga akan dipilih setiap minggu sehingga 31 Mac 2020. Semua pelanggan yang ingin menyertai peraduan ini hanya perlu membuat pembelian sebanyak sekurang-kurangnya RM38 dan ke atas, termasuk jenama barangan penjagaan kulit yang mengambil bahagian, dalam satu resit, dan jawab satu soalan mudah. Ambil gambar resit tersebut dan hantarkan jawapan melalui Whatsapp ke 017 6428765.

Bermula 8 Mac 2020, Guardian akan mengadakan satu lagi peraduan menarik, iaitu Penapis Wajah Instagram AR melalui Guardian Instagram. Pengikut-pengikut Guardian boleh mengambil bahagian dengan merakam video-video dan memuat naiknya ke Instagram Story, seterusnya hantarkan satu salinan video tersebut ke Guardian Malaysia Instagram beserta hashtag #morebeautifultogether. Rebut peluang untuk memenangi banyak hadiah hebat seperti Dyson Air Wrap bernilai RM2,200 yang merupakan hadiah utama.

Hadiah kedua berupa kotak alat solek atau kecantikan beserta produk-produk bernilai RM1,500, hadiah ketiga adalah jam tangan FitBit bernilai RM1,000 dan hadiah saguhati pula berupa Panasonic Face Steamer bernilai RM600. Di samping itu, terdapat juga 10 x RM200 hadiah tunai untuk dimenangi!
Guardian berhasrat untuk memberi lebih ganjaran kepada para pelanggannya melalui promosi- promosi daripada pelbagai kategori produk.

Untuk kategori Kosmetik, pelanggan akan menikmati Baucar Kecantikan bernilai RM40 untuk setiap RM100 yang dibelanjakan untuk semua barangan kosmetik dan wangian dalam satu resit. Dari 19 Mac hingga 15 April, pelanggan Guardian juga boleh memenangi Pas Kecantikan PERCUMA yang boleh ditebus untuk diskaun tambahan 10% untuk semua barangan kosmetik, penjagaan kulit dan wangian pada bulan April 2020. Apa yang mereka perlu lakukan hanyalah berbelanja minimum sebanyak RM50 dalam satu resit. Produk penjagaan mulut pula bakal ditawarkan pada potongan harga 50% dan produk sanitari bakal ditawarkan dengan potongan harga 50% untuk pek kedua bermula sekarang sehingga 31 Mac 2020.

Jangan ketinggalan! Segeralah ke stor Guardian yang berdekatan untuk mendapatkan produk penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan mulut dan penjagaan diri anda! Rebut tawaran-tawaran mingguan eksklusif Guardian yang menawarkan penjimatan dan nilai hebat untuk semua pelanggan.

“Kita Lebih Cantik Bersama” dengan Guardian Malaysia.

#guardianMY


#MoreBeautifulTogether

You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.