ANUGERAH GUARDIAN 2021 KINI KEMBALI!
Undi Jenama Kesihatan dan Kecantikan kegemaran anda dan
rebut
peluang memenangi hadiah hebat berjumlah RM50,000
Kuala
Lumpur, 19 Julai 2021:
Guardian Malaysia
meraih reputasi yang mantap sebagai destinasi utama farmasi, kesihatan dan
kecantikan runcit yang dipercayai di Malaysia kerana menyediakan pelbagai
produk kesihatan dan kecantikan terbaik dalam industri kepada pelanggannya.
Guardian turut terkenal sebagai pakar yang dipercayai dalam kesihatan komuniti
menerusi kerja keras pasukan ahli farmasi profesionalnya yang ramai.
Reputasi yang
dicemburui yang diraih oleh Guardian ini merupakan hasil daripada komitmennya
yang sentiasa mengutamakan pelanggan!
Anna Ng, Pengarah
Pemasaran Jenama, Asia Tenggara, Guardian Health And Beauty berkata:
“Di Guardian,
pelanggan adalah nadi dalam segala usaha yang kami lakukan. Kami mendengar
keperluan mereka dan berhati-hati dalam menyampaikan kecantikan yang bersifat
sihat serta berpatutan untuk mereka. Kami menyediakan produk keperluan
kesihatan dan kecantikan tanpa kompromi dari segi nilai dan kualiti kepada para
pelanggan
“Kami juga merasakan
bahawa pelanggan kami lebih mengetahui dan merupakan pakar dalam menentukan
jenama yang sesuai untuk mereka. Itulah tujuan kami mengadakan Anugerah
Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan tahun ini.
“Peraduan
penghargaan jenama tahunan yang sangat popular ini benar-benar memberi suara
kepada pelanggan kami dalam memilih jenama-jenama Kesihatan dan Kecantikan
TERBAIK yang boleh didapati di semua stor Guardian dari perspektif mereka.
“Saya yakin bahawa Anugerah
Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan akan kekal
sebagai anugerah yang paling berprestij dan definitif dalam pasaran hari ini
dengan mengambil kira kepelbagaian dan keluasan rangkaian produk, jenama dan
kategori yang terlibat. Ia memberikan gambaran yang bebas dan adil terhadap
jenama yang telah memberi impak paling besar kepada pelanggan. Jenama juga akan
mendapat pemahaman yang lebih baik tentang pemilihan jenama yang dibuat oleh
pengguna.”
Peraduan tersebut
akan menyaksikan lebih daripada 107 jenama mengambil bahagian dengan lebih 410
produk bertarung merebut 75 anugerah dalam ENAM kategori utama iaitu; Jenama
Baru Terbaik, Undian Tertinggi Pilihan Influencer, Kosmetik, Penjagaan
Kulit, Penjagaan Diri dan Penjagaan Kesihatan.
Kategori Jenama
Baru Terbaik menampilkan jenama-jenama baru dan trend yang baru
diperkenalkan kepada Guardian.
Untuk kategori Undian Tertinggi Pilihan Influencer,
Guardian telah menjemput tujuh
orang influencer popular di Malaysia, yang menepati profil
pelanggan sebenar sebagai pelanggan Guardian, untuk mengundi jenama kesihatan
dan kecantikan terbaik pilihan mereka dalam kategori yang mereka minati.
Sebagai contoh, kami telah menjemput pelakon dan penyanyi
popular Izzue Islam untuk memilih produk-produk dalam kategori Penjagaan
Kesihatan Untuk Lelaki manakala hos dan penyampai radio, Joe Chang pula memilih
produk kegemaran beliau dari kategori Penjagaan Diri Untuk Lelaki.
Untuk produk kategori Penjagaan Peribadi Untuk Wanita,
kami telah meminta bintang gaya hidup
dan kecantikan di Youtube, Bella Khan dan Coco untuk memilih kegemaran mereka.
Untuk kategori Penjagaan Kulit Untuk Wanita, kami menjemput Anna Khayalan,
seorang pengeluar kandungan digital popular dan untuk kategori Solekan Wanita,
kami menjemput jurusolek artis profesional Nurul Hazirah untuk memilih
kegemaran beliau. Akhir sekali, untuk kategori Penjagaan Kesihatan Untuk
Wanita, kami menjemput ratu kecantikan, pencipta kandungan dan ibu kepada
seorang anak, Elecher Lee untuk memilih produk penjagaan kesihatan wanita
terbaik kegemaran beliau.
Pelanggan Guardian
boleh menyaksikan video ulasan produk kegemaran mereka oleh influencer di dalam talian di http://awards.guardian.com.my.
Penyertaan untuk
peraduan ini adalah PERCUMA, pembelian tidak diperlukan dan ia terbuka
kepada semua orang yang berusia 18 tahun dan ke atas. Pemenang akan dipilih
berdasarkan penyertaan yang paling tepat dengan senarai keputusan pemenang
keseluruhan Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan
Kecantikan.
Undian dibuka dari
sekarang sehingga 27 Julai 2021, dan semua pengundian adalah secara dalam
talian. Pelanggan hanya perlu mendaftar di http://awards.guardian.com.my
menerusi platform sosial media mereka dan mula mengundi. Had nombor penyertaan
juga tidak dikenakan.
Setelah undian
dibuat, setiap pengundi akan menerima e-baucar RM10 yang boleh ditebus di Stor
Dalam Talian Guardian dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit
sepanjang tempoh peraduan ini berlangsung.
Semua pelanggan yang
mengundi berpeluang memenangi salah satu daripada 63 hadiah berjumlah RM50,000
termasuk sebuah Hadiah Utama iaitu VESPA PRIMAVERA S150.
“Selari dengan
peningkatan dalam pembelian dalam talian kerana sekatan PKP, kami percaya lebih
ramai pelanggan akan mengundi dalam Anugerah kali ini. Ia pasti menarik untuk
mengetahui jenama mana yang paling banyak memberi impak sepanjang persekitaran
pandemik.
Anugerah Guardian
2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan adalah sebuah platform undian
pelanggan yang benar-benar unik yang lebih relevan hari ini kerana Guardian didorong untuk berhubung,
berinteraksi dan memahami keperluan gaya hidup, pilihan dan tingkah laku
pelanggan yang sentiasa berubah dan berkembang terutamanya dalam tempoh
Covid-19 ini.
“Jadi kepada semua
pelanggan di luar sana, mulalah mengundi untuk menyuarakan pilihan anda dan
rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat,” kata Anna.
Untuk maklumat
lanjut dan syarat penuh Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam
Kesihatan dan Kecantikan dan tentang pengundian, sila layari
http://awards.guardian.com.my.
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim