GUARDIAN MENANG BESAR DI ANUGERAH BERPRESTIJ, ANUGERAH JENAMA PUTRA 2021 ‘JUALAN TERIMA KASIH’ TANDA PENGHARGAAN BUAT PELANGGAN
Kuala Lumpur, 21 Mac 2022: Komitmen yang jitu untuk memastikan kepuasan pelanggan dengan menyediakan produk berkualiti pada nilai hebat dan keupayaan untuk menggerakkan perniagaan bersesuaian dengan persekitaran pasaran yang mencabar dan pantas berubah adalah antara sebab Guardian Malaysia telah dipilih sebagai Peruncit Nombor Satu oleh pengguna di Malaysia di dalam Anugerah Jenama Putra 2021 baru-baru ini. Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata; “Kemenangan dan penghormatan yang luar biasa ini adalah hasil kerja berpasukan yang cemerlang serta kerja keras yang diberikan oleh semua orang di Guardian Malaysia termasuklah rakan-rakan perniagaan kami.
“Hakikat bahawa kami telah memenangi anugerah
idaman iaitu Anugerah Platinum (Kategori Runcit) pada tahun yang sangat
mencabar seperti 2021, dimana wabak Covid masih berleluasa, lengkap dengan
sekatan dan kawalan pergerakan, menjadikan kemenangan ini sangat manis dan
bermakna.” “Ia juga merupakan ganjaran di atas usaha yang telah kami lakukan,
dan untuk memberi tumpuan penuh kepada kepuasan pelanggan dengan memberikan
nilai hebat untuk membantu pelanggan melalui masa yang sukar. Kami sangat
gembira usaha kami tidak sia-sia. Untuk diundi oleh rakyat Malaysia sebagai
peruncit utama mengatasi lautan jenama terkenal adalah satu penghormatan yang
sangat besar,” tambah beliau. Sebagai tanda terima kasih kepada semua rakyat
Malaysia yang mengundi, Guardian telah mengadakan ‘Jualan Terima Kasih’ bermula
pada 1 Mac hingga 27 Mac 2022. “Saya ingin berterima kasih kepada semua
pelanggan kami di atas kepercayaan, sokongan dan kerana mengundi kami. Ia
sentiasa menjadi misi Guardian untuk membantu pelanggan menjalani kehidupan
yang sihat dan indah - setiap hari. Dan kami gembira kerana pelanggan kami
memahami misi kami.
“‘Jualan Terima
Kasih’ yang kami adakan ini menawarkan lebih daripada 700 produk kesihatan dan
kecantikan yang ditawarkan secara Beli 1 Percuma 1 dan turut menampilkan
peraduan Beli & Menang dengan hadiah bernilai RM300,000 untuk dimenangi
oleh 10,000 pemenang. Lima Kerusi Urut OGAWA iMelody, 20 jam Tag Heuer
Aquaracer adalah antara hadiah yang ditawarkan. Apa yang pelanggan perlu
lakukan adalah membuat pembelian minimum RM30 untuk mendapatkan kad peraduan
dan kod QR untuk memuatnaik gambar atau imbasan resit mereka untuk
menyertainya,” jelas Soren. “Tidak perlu dijelaskan, kami juga telah
mempergiatkan usaha untuk memastikan kami terus memberikan yang terbaik kepada
pelanggan dengan memperkenalkan teknologi terkini untuk pengalaman pengguna
yang lebih baik. Sebagai contoh, kami telah melancarkan Aplikasi Mudah Alih
Guardian baru-baru ini dengan lebih banyak ciri menarik, kemudahan 24/7 dan
tawaran-tawaran app-klusif,” tambah Soren. Selain itu, Guardian Malaysia juga
telah melancarkan kempen baru Live Health Smart, satu inisiatif untuk membantu
pelanggan mereka hidup lebih sihat, lebih bijak menerusi pengetahuan produk
yang lebih luas dan akses kepada nasihat profesional daripada ahli-ahli farmasi
Guardian. Sebagai sebahagian daripada kempen itu, Guardian melancarkan satu
siri pendidikan untuk melengkapkan pelanggan dengan pengetahuan tentang cara
mencegah dan mengendalikan penyakit biasa seperti diabetes, kesihatan jantung,
kesihatan kulit dan kesihatan umum. Selain itu, lebih banyak jenama dan pilihan
produk yang lebih luas akan disediakan bagi memastikan pelanggan mempunyai
pilihan sihat yang lebih banyak.
“Lagipun, kami
memiliki reputasi dan legasi sebagai pakar kesihatan komuniti yang dipercayai
dan pemenang Stor Kegemaran Malaysia untuk dipertahankan. Kini kami perlu
meningkatkan tahap perkhidmatan dan nilai yang kami tawarkan,” kata Soren.
Anugerah Jenama Putra merupakan anugerah pengiktirafan jenama yang paling
berprestij oleh industri pemasaran dan komunikasi Malaysia. Ia adalah anugerah
jenama yang disokong oleh MATRADE dan SATU-SATUNYA anugerah yang dipilih oleh
orang ramai. Tahun ini, lebih 11,000 responden daripada pengguna di seluruh
Semenanjung dan Malaysia Timur telah mengambil bahagian dalam kajiselidik
pilihan pengguna yang dikendalikan oleh sebuah syarikat penyelidikan bebas
untuk menentukan jenama- jenama kegemaran mereka merentasi 24 kategori produk
dan perkhidmatan yang berbeza. Dalam setiap kategori, Platinum, Emas, Perak
dan/atau Gangsa akan dianugerahkan kepada jenama yang menjadi pilihan utama
rakyat Malaysia
1 Comments
Promosi menarik sentiasa di Guardian
ReplyDeleteBismilahirohmanirrohim