Oh Yeah Banana Leaf Brickfields Outlet ke3 Wajib Korang Singgah

by - October 01, 2023


Hey Korang! Lately ni banyak tempat makan I explore dan kalini port baru wajib Korang terjah dan cuba. Siapa kat sini suka makan nasidaun pisang. Hah makanan sajian dari negara South Indian. Semestinya tasty dan semestinya kemewahan rempah ratus dan rasa yang mantul.



Suasana kedai yang menenagkan dan tak serabut. Sesuai untuk bawa keluarga dan kawan-kawan untuk datang makan lunch ataupun dinner. Tempat makan kalini special sebab ada space yang disediakan untuk sebarang acara istimewa. Bangunan kedai ini bersaiz 2 tingkat bangunan dan tempat event sppace yang terletak di tingkat 1 adalah port sesuai untuk korang plan majlis berkumpul untuk acara istimewa. 


Ok di level ground floor pula, adalah corner untuk hidangan haria biasa yang mana seperti lauk makan tengah hari yang biasa, juga boleh di tambah menu melalui buku menu. Tapi yang special I nak kongsikan pada korang adalah menu tebaru yang telah ditambah dalam hidangan Oh Banana Leaf ni adalah, Jom layan gambar dulu. I jamin lepas layan gambar, gambar ni korang mesti akan tak sabar nak terjah dan rasa menu di restoran ni. 

Oh Yeah Banana Leaf ni dah ada 3 outlet sebenarnya antaranya adalah:

1. Oh Yeah Banana Leaf Batu Caves (Biryani Buluh)
2. Oh Yeah Banana Leaf Bukit Bintang (serve shell out)
3. Oh Yeah Banana Leaf Brickfield ( Mexican Cuisine)












Makanan yang dihidangkan kat sini bakal membangkitkan rasa kehangatan yang indah yang mana setiap hidangan menggunakan bahan natural dan paling penting ia disediakan upon order. Oh Yeah Banana Leaf menawarkan pelbagai menu daripada briyarni kambing sehinggalah kepada ayam, ikan, udang, ketam serta briyarni sayuran. Mereka juga menghidangkan Kam Heong Shell Out dan nasi Lemak yang sedap juga!




Di tingkat pertama restoran di Brickfield, ada menyajikan hidangan Mexico seperti Taco India & Quesadillas, piza, burger dan macam-macam lagi. Senang cakap, perut korang akan full lah dengan menu- menu menarik ni. Berbaloi tempat pun selesa yang menyediakan ruang tingkat 1 untuk sebarang acara rasmi ataupun penghimpunan family. Lauk yang disediakan juga pada I sangat sedap mantap dan puas hati. Shell out memang mantap!! Kelainan yang dibawa oleh Oh Yeah Banana Leaf. Pedas cukup, lemak cukup, rempah cukup memang makan hingga jilat jari la. 




Saja i letak gambar makanan banyak banyak dan besar nak bagi korang tempting dan tak sabar nak explore menu di Oh Yeah Banana Leaf Brickfield.

Untuk korang yang rasa was was dan ragu ragu untuk mencuba menu di Oh Yeah Banana Leaf ni, jangan risau kerana mereka menyediakan segala bahan yang bersih dan Halal. Halal certified lagi, so korang boleh lah nanti bawa ahli keluarga rakan rakan untuk menjamu selera sambil beramah mesra. 


Lagipun ada ruang balkoni tingkat 1 kawasan terbuka yang mana korang boleh lah merakam gambar spot instagramable untuk di upload di IG. Boleh lah nanti pose bersama Masala Tea sambil nikmati permandangan hutan batu di Brickfield.

Oh sebelum I lupa untuk memudahakan korang datang, kalau drive better parking di bangunan Menara Shell B2. 

Nanti kalau nak ke Oh Yeah Banana Leaf korang Waze 

Oh Yeah Banana Leaf Brickfields
https://g.co/kgs/szwqAd

Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10 malam

Untuk keterangan lebih lanjut


You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.