GUARDIAN CAPAI SASARAN 100% 20 JUTA MANDIAN UNTUK KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK PADA 2023 SASARAN DIGANDA KEPADA 40 JUTA MANDIAN UNTUK 2024 Sebahagian daripada Kempen Khidmat Masyarakat Guardian ‘Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak’

by - January 03, 2024





Guardian hari ini mengumumkan kejayaannya mencapaisasaran untuk menyediakan 20 juta mandian kepada kanak-kanak kurang bernasib baik pada tahun 2023 di bawahkempen Tanggungjawab Sosial Korporat serantaunya iaitu“Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak”.









Mengaitkan pencapaian bersejarah ini dengan sokongan kuatyang diberikan oleh pelanggannya terhadap kempen itu, Anna Ng, Pengarah Pemasaran, Guardian Malaysia berkata;




“Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada para pelanggan yang telah membantu kami meraih pencapaian100% dalam menyediakan 20 juta mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik di rantau ini, khususnya Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Kemboja untuk 2023. Lebih 40,000 mandian telah disumbangkan kepada kanak-kanak di Malaysia pada 2023.



“Hasil daripada pencapaian ini, sasaran kami untuk 2024 bakal digandakan menjadi 40 juta mandian - dua kali ganda berbanding tahun lalu.”



Program “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak” Guardian mengiktiraf bahawa semua orang berhak untuk menjadi bersih dan sihat dan ia adalah hakasasi setiap manusia. 



“Menjaga kebersihan dan kesihatan adalah hak asasisegenap masyarakat dan ia tidak boleh dianggap sebagaikemewahan, terutama untuk kanak-kanak. Kanak-kanakdaripada keluarga berpendapatan rendah sangat terdedahkepada pelbagai risiko. Di samping itu, kami juga percayabahawa apabila kanak-kanak berasa bersih dan wangi, iaakan menambahkan keyakinan diri serta meningkatkankesejahteraan mental mereka.” tambah Ng.



Selain menyediakan produk penjagaan mandian, Guardian juga akan menganjurkan Bengkel Kebersihan Interaktif di sekolah-sekolah di mana pelajar akan diajar tentang amalankebersihan yang baik.



Di bawah kempen itu, 15 sen daripada setiap liter produkpenjagaan mandian Guardian yang dijual di Malaysia akandisumbangkan untuk membeli produk mandian untuk kanak-kanak kurang berkemampuan ini. Selain itu, patung beruangGuardiancares akan dijual pada harga



RM29.90 sahaja. Untuk 2024, Tuala Berhud BeruangGuardiancares istimewa juga akan dijual pada harga RM29.90 di semua stor Guardian di seluruh Malaysia, juga boleh dibelimenerusi stor dalam talian dan aplikasi mudah alih Guardian. Semua hasil jualan Patung dan Tuala

Berhud Beruang Guardiancares akan disalurkan ke dana #guardiancares untuk menyokong keperluan penjagaanmandian kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. 



Sempena pengumuman ini, Guardian turut menyumbangkanproduk mandian kepada kanak-kanak Yayasan Sunbeams Home di Petaling Jaya. Mereka adalah penerima sumbanganpilihan pemenang peraduan Face of Healthy Beauty Guardian 2023, Kay Yap Yen Yin. Salah satu daripada hadiah yang dimenangi oleh pemenang ialah sumbangan produkPenjagaan Mandian Guardian bernilai RM5,000 kepadapertubuhan kebajikan pilihan mereka.



Kay berkata, “Saya berharap sumbangan ini dapatmeringankan kesukaran kanak-kanak yang kurang bernasibbaik dan saya berharap lebih ramai kanak-kanak mendapatakses kepada keperluan penjagaan diri yang berkualiti dan mendapat maklumat tentang kesihatan dan kebersihan yang boleh mengurangkan masalah kesihatan yang boleh dicegahsecara berkesan. Secara peribadi, saya mengalami ruam kulit(di dahi dan jari kaki) semasa di bangku sekolah kerana mengabaikan rutin kebersihan kulit yang betul. Saya hanyamengamalkan tabiat kebersihan diri yang betul selepasmendapati kulit muka saya bermasalah.”



Fasa kedua #Guardiancares “Bersama, Menjaga Kebersihandan Kesihatan Kanak-Kanak”akan bermula pada 27 Disember2023.



“Kami sangat berharap agar pelanggan kami akan terusmenyokong kempen yang terpuji dan bertepatan dengankeadaan ekonomi semasa yang mencabar ini, dan kami berharap usaha kami akan terus memainkan peranan utamadalam menjaga kebersihan dan kesihatan kanak-kanakkurang bernasib baik di Malaysia dan di seluruh rantau ini,” kata Anna mengakhiri.





Facebook: @Guardianmy 

Instagram: @Guardianmy 

YouTube: @Guardian MY

Telegram: @GuardianMY

#GuardianMYApp

#guardianMy

You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.