PENGALAMAN MENAIKI KTM ETS PERTAMA KALI
Assalamualaikum and Hi guys, lama betul I x masuk sini dan ceritakan tentang aktiviti seharian. Tapi kalini best, maybe pada orang lain ia adalah sesuatu yang simple tapi bagi I ia adalah unik dan pengalaman berharga.
Pertama kali dapat peluang naik KTM ETS, syok woo, jakun kejap sebab sepanjang hidup 40 tahun tak pernah lagi naik KTM. Thanks to Global Travel Sdn Bhd & Team KembaRojak yang memberi peluang I merasa nikmat keseronokkan menaiki KTM ETS.
Surau boleh memuatkan 3-4 orang dalam satu masa dan ruang yang selesa. Siap ada telekung
Hah nilah toilet, pintu pun auto. Canggih kan, tak tipu toilet dia sangat selsa dan luas juga. Refer gambar bawah ok.
Cafe dia pula, ada pelbagai minuman dan makanan. Jajan pun ada yer. Crew pun sangat mesra pelanggan dan pantas buat kerja.
Tiket KTM meuju ke Sg Petani memang sangat menyeronokkan. Walaupun tempoh masa yang panjang tapi I tetap enjoy. Tak tahu pula yang KTM ETS ni sangat selesa. Pembelian tiket atas talian, ruang duduk yang luas, lengkap dengan kemudahan awam seperti surau, mini cafe dan tandas yang sangat selesa.
Kagum juga, dalam tempoh 4 jam perjalanan tu, mata dihidangkan dengan pemandangan alam yang sangat indah. Tanah hijau dan langit yang biru. Paling penting dapat bergambar dalam KTM tau.Banyak lah juga spot best, especially di Cafe. Boleh feeling ambil gambar healing 🙈.
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim