GUARDIAN LEBARKAN BARISAN #IYKYK BEAUTY TAMPILKAN 76 RANGKAIAN JENAMA YANG MEMBENTUK TREND menawarkan pilihan kecantikan dan kesejahteraan yang lebih eksklusif untuk pelanggan
Guardian Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelebaran besar-besaran kategori
ikoniknya, #IYKYK Beauty, melalui penambahan 34 jenama kecantikan dan kesejahteraan
yang membentuk trend baharu di seluruh stornya, menawarkan secara keseluruhannya 76
jenama.
Pelebaran ini memperkukuhkan lagi komitmen guardian untuk menawarkan produk kecantikan terkini kepada para pelanggannya, menyediakan mereka pilihan jenama terkini yang sukar ditandingi dan sangat diidamkan, yang telah melanda dunia dalam talian, mengaut jualan yang besar dan menjadi buah mulut warga industri.
Anna Hull, Pengarah Komersial di guardian Malaysia, menyatakan keterujaan beliau tentang
perkembangan tersebut, “Melalui kategori #IYKYK Beauty, kami telah menempatkan diri kami
sebagai peneraju dalam mempamerkan trend-trend kecantikan yang baharu muncul di
Malaysia. Menerusi kerjasama dengan platform media sosial dan pencipta kandungan, kami
telah berjaya menyusun sebuah koleksi jenama sensasi yang telah menarik perhatian
peminat-peminat kecantikan dalam talian di seluruh negara.”
Sejak pembentukannya pada Januari 2024, kategori #IYKYK Beauty telah meraih kejayaan
yang luar biasa, mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk produk-produk
kecantikan yang inovatif dan membentuk trend.
Anna menjelaskan, “Sambutan memberangsangkan terhadap kategori #IYKYK Beauty
menggariskan kepercayaan kami terhadap kepentingan menjadikan jenama-jenama dalam
talian yang sensasi ini mudah diakses oleh pelanggan kami, di dalam talian mahupun di stor
fizikal.
Kategori #IYKYK Beauty direka untuk menonjolkan jenama yang telah menambat hati warga
dalam talian, yang hangat diperbincangkan di platform seperti Instagram dan TikTok. Dengan
membawa masuk jenama-jenama ini ke dalam stor guardian di seluruh negara, syarikat itu
menyasarkan untuk menyediakan pelanggan akses langsung kepada produk yang telah
menguasai perbualan di dalam talian itu.
Pelebaran itu merangkumi enam bahagian berbeza dalam kategori #IYKYK Beauty:
- Trending Beauty
- Clean Beauty
- Gentle To Skin
- MY Beauty
- Glass Skin
- Glowing Inside Out
Dalam ruangan Clean Beauty, guardian kini menawarkan 13 jenama, manakala 14 jenama
akan tersedia dalam segmen Gentle To Skin. Selain itu, enam jenama baru akan ditampilkan
dalam kategori Trending Beauty, bersama enam jenama untuk Glass Skin dan 14 jenama
untuk Glowing Inside Out. Di samping itu, 12 jenama baharu buatan Malaysia akan melengkapkan 11 jenama yang sedia ada.
Anna menegaskan komitmen guardian untuk kekal di hadapan dalam trend kecantikan global
dan memastikan bahawa pelanggan mendapat akses kepada inovasi terkini pada harga yang
kompetitif. “guardian kini menjadi destinasi utama anda untuk semua barangan yang mewarnai ruanganpenjagaan kecantikan. Kategori #IYKYK Beauty akan dikemaskini secara kerap dengan jenama-jenama yang baharu diperkenalkan tepat pada masanya, memastikan pelanggan sentiasa mendapat trend kecantikan dalam talian terkini. Dan inilah yang kami lakukan selama ini,” jelas Anna.
Tambahan pula, House of Creators guardian, yang bertujuan untuk melibatkan, mendidik dan
memperkasakan pencipta kandungan di Malaysia tentang hal-hal terhangat dan terkini selain
mempertingkatkan kemahiran mereka, telah menghasilkan kemajuan yang besar dengan
lebih 80 pencipta kandungan digital kini dilatih untuk mencipta kandungan yang lebih baik dan
lebih berkesan. Kelas House of Creators yang terbaharu telah melatih 40 Pencipta. Kandungan tentang cara menghasilkan cerita yang hebat dengan bantuan jenama-jenama #IYKYK Beauty Cuura dan BBIA. “Melalui usaha ini, kami juga dapat menghasilkan ekosistem kandungan media sosial yang dinamik dan membina generasi pencipta kandungan Kesihatan dan Kecantikan yang seterusnya,” kata Anna.
“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan jenama-jenama baharu ini, yang dijangka bakal
mencetuskan keterujaan di kalangan peminat kecantikan di seluruh negara. Selain itu, kami
berhasrat untuk berkhidmat sebagai pentas untuk jenama kecantikan Malaysia yang telah
mencapai kejayaan yang signifikan di dunia dalam talian,” tambah beliau.
Pelanggan boleh meneroka ruangan #IYKYK Beauty di stor fizikal dan di dalam talian
menerusi laman web dan aplikasi guardian. Bahagian ini akan menawarkan banyak maklumat, termasuk video Tip-Tip dan Trend Kecantikan, ciri-ciri jenama, butiran produk, tawaran istimewa, dan banyak lagi, semuanya disesuaikan untuk menyerlahkan jenama #IYKYK Beauty yang ditawarkan.
Guardian kekal teguh dengan komitmennya untuk menyediakan produk kesihatan dan
kecantikan terunggul kepada pelanggan pada nilai terbaik, memastikan orang ramai dapat
menikmati trend kecantikan terkini dengan yakin dan mudah.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web guardian atau muat turun aplikasi guardian.
Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy
YouTube: @Guardian MY
Telegram: @GuardianMY
#GuardianMYApp
#guardianMy
#guardianMalaysia
#guardianviral
#iykykbeauty
#trendingnow
0 Comments
Bismilahirohmanirrohim