REVIEW : Dr. Murad Prebiotic 4 In 1 Multi Cleanser

by - January 26, 2020



Lamenya tak update pasal beauty produk. Yela since lately i sangat sibuk dengan rutin harian yang kian bertambah. Tapi itu tak jadi penghalang untuk sentiasa menjaga dan mengekalkan kulit wajah sentiasa sihat dan bersih. 


Terbaru berkesempatan untuk mencuba sendiri salah satu produk dari Dr Murad. Yang mana i sebenarnya tak familiar dan tak pernah guna produk keluaran Dr Murad ini. Dari hasil bacaan rupanya Dr Murad ada pelbagai range produk penjagaan yang mana ia mengikut kesesuaian kulit pengguna dan juga ia adalah kandungan kursus untuk membantu kulit yang bermasalah.

Ada i tanyakan kepada kawan yang sememangnya pengguna setia produk Dr Murad, dan rata rata mengatakan produk ini sangat bagus, walaupun kalau diikutkan harga untuk produk ini adalah sangat pricey. Pada i ia adalah investment yang perlu untuk di spent jika mahu memulihkan kulit yang tidak sihat. Kalau dibandingkan menggunakan teknologi mesin yang sememangnya tahu jumlahnya akan lebih tinggi nilai harganya.

Oklah berbalik pada tujuan asal i tentang posting reviw kali ini. I nak share pengalaman i menggunakan  Dr. Murad Prebiotic 4 In 1 Multi Cleanser.


Pembersih Dr. Murad Prebiotic 4 In 1 Multi Cleanser adalah pembesih wajah yang tidak berbuih dan ia bertekstur krim dan berminyak. Kebaikkan tekstur dengan prebiotik untuk menyeimbangkan mikrobiom kulit untuk kulit yang sihat ia adalah amat mudah menanggalkan kesan makeup tebal yang masih tertinggal pada wajah walaupun setelah dicuci berkali dengan pencuci wajah. 



Formula 4-dalam-1, tidak mengeringkan serta mempunyai peptida ultra-pembersihan untuk mencairkan cecair, kotoran dan minyak yang berlebihan, manakala pelembab emolien yang terkandung didalamnya menjadikan kulit kekal lembah dan tinggi hidrat. Formulasi ini lah yang menjadikan ia PH seimbang pada kulit. Walaupun ia tidak berbuih ia tidak bermakna ia tidak bersih. Dari pengalaman i sendiri ketika menggunakan pencuci ini, pencuci ini sedikit berminyak tidak berbuih dan juga tiada bau atau rasa. namun selepas bilasan pertama i dapat rasa permukaan kulit kekal lembab, walaupun air bisan telah kering pada kulit dan semestinya kesan celak mata dan maskara water proof i tertanggal dengan mudah dan tidak lansung irritate skin sekitar mata dan alis kening.



Kelebihan yang i dapati pada Dr. Murad Prebiotic 4 In 1 Multi Cleanser ini adalah :- 

  • Mengekalkan kelembapan sehingga 15 lapisan ke permukaan kulit 
  • 91 % menanggalkan make up yang kalir air 
  • 100% pembersihan yang lembut dan tidak menyakitkan mata atau kulit dan mampu bersihkan kulit dengan sekali kegunaan. 
  • 97% tahap kelembapan yang tggi dan kulit menjadi sihat hidrasi. 
  • 97% bersetuju bahawa kulit dengan serta-merta kelihatan sihat dengan kemasan lembut apabila  disentuhan.


Secara jujurnya i mengakui kulit wajah i mula kusam sejak kebelakangan ini, disebabkan rutin tugsan harian yang bertambah menjadikan kulit tidak dapat nutrien yang mncukupi. dengan itu juga ia mengakibatkan wajah nampak gelap dan kesan celak mata yang masih tertinggal walau sudah berkali mencuci muka. Ini adalah photo wajah i sebelum menggunakan Dr. Murad Prebiotic 4 In 1 Multi Cleanser.


Ini alah wajah i tanpa cecalik wajah yer. Dan i telah menggunakan pencuci Dr. Murad Prebiotic 4 In 1 Multi Cleanser ini hampir 2 minggi.  Apa yang i suka adalah dapat diperhatikan kulit i tetap kelihatan bersinar/bercahaya seperti memakai pelembap muka, dan hitam sekitar mata kesan dari pemakaian celak mata juga hilang. I suka sangat kulit i yang kini tampak fresh dan sihat. Paling penting, selpas beberapa kali menggunakan Dr. Murad Prebiotic 4 In 1 Multi Cleanser,  wajah i tidak mengalami sebarang alahan dan kulit wajah juga bebas dari jerawat atau ruam yang biasanya mudah didapati jika i menggunakan pencuci yang tidak bersesuaian dengan kulit.


Dirumus tanpa: Parabens Sulfat Phthalates Gluten Pewarna Minyak sintetik GMOs Triclosan Alkohol Kacang Dimethicone Silikon Bahan yang berasal dari haiwan.

Kandungan :

Water/Aqua/Eau, Glycerin, Decyl Glucoside, C13-C16 Isoparaffin, Hexylene Glycol, Propanediol, Hydroxyethyl Acrylate/Sodium Acryloyldimethyl Taurate Copolymer, Lactobacillus, Alpha-Glucan Oligosaccharide, Polymnia Sonchifolia Root Juice, Xylitol, Xylitylglucoside, Anhydroxylitol, Sodium Hyaluronate, Sodium Surfactin, Squalane, Urea, Yeast Amino Acids, Trehalose, Inositol, Taurine, Betaine, Isohexadecane, Caprylhydroxamic Acid, Maltodextrin, 1,2 Hexanediol, Polysorbate 80, Acrylamide/Sodium Acryloyldimethyltaurate Copolymer, Citric Acid, Disodium EDTA.

Cara penggunaan yang amat mudah dan ringkas dengan menggunakan Dr. Murad Prebiotic 4 In 1 Multi Cleanser, pada kulit kering atau basah. Urut perlahan-lahan di muka, sambil mata ditutup dan mula mengoles wajah. Dengan tangan yang basah dan teruskan mengurut mengikut aturan urutan wajah dan seterusnya bilas dan keringkan dengan menggunakan tuala lembut.







Penyelesaian untuk: 
Penyingkiran solek 
Kekeringan 
Dehidrasi Tekstur kulit tidak sekata 

Produk ini ialah: Bebas dari bahan merbahaya. Cukup lembut untuk digunakan di kawasan mata Selamat untuk kulit yang sensitif. Sesuai juga untuk semua jenis kulit wajah.


Harga : RM198 148ML, nak dapat kat mana jom tahu lagi klik sini https://www.murad.com.my/prebiotic-4-in-1-multicleanser



Pendekatan yang berbeza untuk Kecantikan https://www.murad.com.my/ berbeza dengan syarikat lain yang hanya menjual produk penjagaan kulit topikal, kerana Murad percaya bahawa kulit yang sihat hanya boleh menjadi kulit yang benar-benar cantik. 

Dr.'s inspiration:
"The obsession with anti-bacterial products and harsh cleansers is destroying bad bacteria—but stripping away good bacteria, too. When combined with continued allergen and toxin assaults, essential bacteria are thrown out of whack and skin issues occur. Prebiotic 4-in-1 MultiCleanser and Prebiotic 3-in-1 MultiMist nourish skin with prebiotics to rebalance the skin's microbiome, which is the collection of bacteria living on skin. This keeps skin well-hydrated, balanced and healthier-looking overall." —Dr. Howard 
Murad, M.D., FAAD
"No-one is more beautiful than you at your best"


@Murad.Malaysia Insta: @MuradMalaysia , Hashtags: #MuradMalaysia

You May Also Like

0 Comments

Bismilahirohmanirrohim

Powered by Blogger.